#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #극한직업 #ExtremeJob

9:51 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Sekumpulan detektif dari bahagian narkotik mahu memburu pengedar dadah terkenal, Moo-bae. pada mulanya mereka berkumpul di sebuah restoran ayam goreng berdekatan lokasi Moo-bae bertemu konco-konconya untuk mengintip pergerakan mereka.

tidak semena-mena, pemilik restoran terbabit memberitahu kepada kumpulan detektif ini yang dia mahu menjual restoran itu. setelah berbincang, akhirnya Kapten Ko bersetuju untuk membeli restoran terbabit menggunakan wang persaraannya. setelah berjaya memiliki restoran itu, mereka jadikannya sebagai markas untuk mengumpul maklumat tentang jenayah yang dilakukan Moo-bae.

namun tanpa diduga, markas mereka bertukar menjadi restoran ayam goreng dan selepas itu ia tular kerana berjaya menghasilkan ayam goreng paling sedap. tugasan mereka dari seorang detektif kini bertukar menjadi tukang masak, pelayan restoran, tauke restoran dan juga pembantu restoran!

adakah misi menangkap Moo-bae berjaya? setelah restoran ayam goreng mereka tular, mampukah mereka menyorok identiti mereka sebagai anggota polis?

komen:

kalau korang rasa tiada filem boleh menandingi Train To Busan, think again! hahaha... ini filem terbaik Korea untuk tahun 2019 (so far). sebagai bukti, dia berjaya menarik 10 juta penonton dalam masa 2 minggu tayangannya pada hujung Januari lepas.

apa yang korang inginkan? aksi lasak? ada... lawak dan lucu? ada.... suspen? ada... lakonan mantap? ada... jalan cerita senang faham? ada...

pendek kata filem ni mampu membuatkan korang puas hati. memang lawak. fasal pelakon tak payah cakaplah. yang nampak serius boleh jadi pelawak tanpa perlu reaksi berlebihan.

jalan cerita memang teratur dan tetap mengekalkan 'elemen kepolisan' walaupun misi mereka tersasar...

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐⭐ filem ni bakal masuk wayang pada 28 Mac 2019. lusa guys! jangan lupa pergi tengok tahu!

terima kasih ya budiey atas 2 pass premiere ni... ni first time anies tengok filem Korea bersama budieyators yang lain. terbaik!

antara adengan2 dalam 극한직업

sebaik sahaja mereka tiba di pelabuhan, kumpulan Moo-Bae dan Ted Chang sedang bergaduh sesama mereka...

dimarahi ketua jabatan mereka kerana prestasi kerja yang hambar...

sedang berusaha menyelamatkan rakan mereka yang diculik oleh penjenayah...

credit gambar
credit gambar
credit gambar

trailer

selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

40 Words of Lo♥e

  1. best nampak citer ni..hurmm..xdok pawagan kat cni..tunggu keluar kat tv la..best la tgk wayang org sponser.haha

    ReplyDelete
  2. Memang cadang nak tengok sebab trailer dia menarik sungguh..

    ReplyDelete
  3. Nak tengok sangat cerita ni tapi kena tunggu available online je sebab dekat sini takde tayangan movie Korea.

    ReplyDelete
  4. Saya penasaran banget seberapa kocak dan menghiburnya. Mau nonton trealernya ah, biar puas.

    ReplyDelete
  5. Patutlah best cerita korea rupanya.
    Eh! tiberrrrrr

    ReplyDelete
  6. Wah... ini sih film genre favorit banget Kak. Penasaran nontonnya.
    Makasih ya Kak reviewnya, apalagi bintangnya tuh, bikin pengen cepet-cepet nonton.
    Thank you Kak.

    ReplyDelete
  7. REVIEW MENARIK MESTI RAMAI YG BERASAK MENONTON

    ReplyDelete
  8. Menarik sepertinya film ini. Karena tidak hanya action aja yang diangkat, tapi ada juga komedinya..

    ReplyDelete
  9. Jalan cerita yang menarik... actually, teman bosan dengan filem tempatan... asyik terperangkap dengan kisah cinta je, jalan cerita pun agak longgar... tak mantap...

    ReplyDelete
  10. Lihat ekspresi pemain di cuplikan film itu kebayang aksi seru kocaknya akting mereka ...
    Sepertinya ngga bakal kecewa nonton film ini ya, kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas nonton mau nonton lg😅

      Delete
    2. Wouw ...
      Dobel namanya kalau begitu .. xixixi 😁

      Pasti kak Anies mau mengamati aktingnya, terus belajar akting dari sana buat .. persiapan shootingnya kak Anies 😉

      Delete
    3. haha... saya memang suka sinetron dan movie dari korea. saya suka sebab mereka selalu hadir dengan idea menarik dan tip top. bukan cerita cintaaaaaaa sahaja

      Delete
  11. Menariklah.. trailer pun buat rasa nak menonton juga ni

    ReplyDelete
  12. Dilihat dari trailer nya sepertinya mendebarkan...
    Wah kaya detektif konan mungkin

    ReplyDelete
  13. menarik juga kak ceritanya, kapan kapan bisa dicoba nonton itu filem ya, untuk refresh otak biar kembali segar lagi ;)

    ReplyDelete
  14. wahhhh.. seronok selalu dpt pass premiere :)

    ReplyDelete
  15. Ada seru dan seru
    Dalam film pasti menghibur kalbu

    ReplyDelete
  16. keseruan film ini di bioskop pasti sangat ramai dan bisa jadi hiburan bagi kita semua ya kak :D

    ReplyDelete
  17. Cerita aksi kelakar tu yang menarik nak tonton tu.. Huhu..

    ReplyDelete
  18. mcm kelakar je.. hahaha.. ayam sedap tu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆