Kisah si penjual sayur

12:32 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kisah ini berlaku kira-kira 4-5 tahun lepas. saya menerima mesej daripada seseorang yang mengatakan beliau mahu ikut trip saya ke Spain dan Morocco.

"Boleh saya tahu, encik XX ni biasa ke dengan konsep backpacker ni?"

"Encik XX boleh ke nak jalan kaki sehari 10KM? Lepas tu tidur kat hostel je?"

Lepas berborak-borak, dia cakap dia tak kisah dan sudah biasa dengan semua tu.

Saya ni pengendali trip secara backpacker. Sebab itulah saya tanya macam-macam dan bukan semua orang saya terima. Jadi saya terpaksalah selidik terlebih dahulu sebelum mengambil mereka untuk menyertai mana-mana trip yang saya kendalikan.

Di akhir perbualan, Encik XX meluahkan sesuatu kepada saya.

"Sebenarnya sebelum ni saya pernah tanya satu group travel untuk mengikuti mereka ke Jepun. lepas tu mereka tanya saya, apa pekerjaan saya. Saya pun jawablah, saya ni penjual sayur di pasar malam. Saya dah lama berhajat nak Jepun. Bila mereka tahu yang saya ni hanya penjual sayur, mereka terus tolak permintaan saya atas alasan saya ni cuma penjual sayur."

"Saya sedih sangat. Mungkin diorang ingat penjual sayur ni tak ada duit. Nak pergi sendiri saya memang tak tahu langsung. Dan seumur hidup saya, (usianya hampir 30an) saya tak pernah naik kapal terbang."

Akhirnya encik XX ikut trip saya ke Morocco dan Spain. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana encik XX tak pernah timbulkan masalah. selalu beri kerjasama dan tepati waktu.

Pada akhir tahun lepas, saya terima mesej daripada encik XX. dalam mesej itu, dia sertakan sekali gambarnya bersama isteri dan anak berusia setahun di hadapan Disneyland Tokyo.

"Encik XX pergi dengan siapa?" soal saya.

"Saya pergi sendiri. tanpa agent. semua benda saya buat sendiri dari A sampai Z."

Sebak saya mendengarnya. saya terbayangkan, seandainya 4-5 tahun lepas saya tak ajak encik XX sertai trip saya hanya kerana dia penjual sayur di pasar malam, mungkin sampai hari ini dia tidak menjejakkan kaki di mana-mana negara luar.

Atau dia mungkin menjadi mangsa penipuan agent pelancongan (scammer).

::moral of the story, don't judge the book by its cover 😊😊

cerita ini diubahsuai daripada sebuah emel.

gambar sekadar hiasan

Salam Jumaat everyone!
thanks 4 reading...
daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

56 Words of Lo♥e

  1. Masih lagi manusia memandang pada taraf ye.. Sabar jelah.. Mujurlah masih ada juga yang tidak memandang pada apa perkerjaannya.. Barulah Encik XX berpeluang menimba pengalaman dan membawa anak isteri ke Jepun.. Cerita yang ohsem..

    ReplyDelete
  2. Ternyata Allah membukakkan pintu rezeki dan jalannya melalui trip kak Anis. Senengnya bisa diingat sama bapak itu. .. Semoga sama" selalu diberi kesehatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan trip saya, mbak. saya cuma share cerita sahaja

      Delete
    2. Hihi kirain punya kak Anis. Tapi ini penuh pelajaran. Supaya kita tidak menilai orang dari penampilan dan pekerjaannya saja, dan supaya tidak menyepelekan kemampuan orang lain hehe

      Delete
    3. betul. at the end kita tetap hamba Dia. kita bukan siapa siapa

      Delete
    4. Iyaa kak bener bangt semuajuga bakal kembali pada Allah. Jd jangan sampai jd hamba yg buta krna harta dan tahta...

      Delete
    5. sayangnya masih ramai yang buta hati

      Delete
  3. Alah, sedihnya baca kisah ni. Tak suka orang yang suka judge orang. Takde pun dalam mana-mana kitab or guides yang sekian-sekian pekerjaan tak dibenarkan travel T^T

    ReplyDelete
  4. Semoga encik senang telah berkunjung bersama keluarga ke Disneyland..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah sedihnya, Allah bantu encik penjual sayur tu jumpa orang yang betul untuk belajar..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Kesian jika ada orang suka merendah-rendahkan org lain hanya kerana pangkat dan harta walhal diri ini kerdil sbg makhluk Allah..

    ReplyDelete
  7. kisah yang inspiratif dan sangat menyejukkan hati, makasih kak sudah berbagi ;)

    ReplyDelete
  8. saya lagi la jakun dr dia..haha..teringin g travel tp fulus nak guna utk yg lbh pnting..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki kelak pasti akan smpi luar negara

      Delete
  9. Ya Allah...semoga encik itu bahagia bersama dengan keluarga beliau

    ReplyDelete
  10. Dan cik gojes dear anies yang tak pilih bulu...

    ReplyDelete
  11. Takkisah lah kita nie keja ape kan...yang penting kita tak pandang org tue dia pakai baju brand ape...kasut brand ape kan...kita kan sesama makan nasik jugak kan😐😐

    ReplyDelete
  12. Anies CB doakan awak bahagia selalu😗😗

    ReplyDelete
  13. Kalau saya belum pernah keluar negeri , sebab tak cukup uang. Kalau mau jalan - jalan ke Malaysia kira - kira berapa karung uang yg harus dipersiapkan, Mbak ?

    siapa tahu saya mau berjumpa dengan Upin dan Ipin.😅😄😃😆

    ReplyDelete
  14. Semoga berbahagia dgn jalan yg dikasih oleh tuhan
    Asal mau berusaha bila ada jalan jgn malu

    ReplyDelete
  15. Jangan dipandang rendah hanya kerana perkerjaannya.. Perkongsian yang bagus Anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila duit jadi ukuran. kesian manusia macam ni

      Delete
  16. KESIAN....org berniaga ni banyak duit . kan berniaga 9/10 adalah sumber pendapatan.

    ReplyDelete
  17. Lumrah manusia, suka menilai orang lain dengan pandangan luaran sahaja...

    ReplyDelete
  18. siapa kata penjual sayur tak mampu.. rezeki ada di mana2..

    ReplyDelete
  19. we should not judge orang mcam tu. tah tah duit dia lagi kepok2 dari kita. kemainnyaa diva yang reject dia tu. tapi itullaaaa lumrah kehidupan. yeay skrng Encik XX da berjaya pergi travel sendiri =D

    ReplyDelete
  20. Nilah sikap sesetengah manusia yg memandang darjat.. dia tak tau, silap2 penjual sayur tu lagi kaya dan mulia dari dia. Siapa tau si penjual sayur tulah nanti yg akan travel lebih banyak ke serata dunia dari org tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila hati sudah gelap... mcm ni laa jd nya

      Delete
  21. sedihnya bila ada sesetengah org mcm ni.. sekurang2nya tolong la bawakan

    ReplyDelete
  22. kisah penjual sayur yang malang nasib, semoga kesehatan dan rejeki selalu menyertainya amin

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆