#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #TheMeg

11:58 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Mengisahkan tentang sekumpulan marine biology yang mahu meneroka alam bawah laut melebihi 11 000 meter. usaha mereka hampir berjaya namun satu pelanggaran ke atas kapal selam mereka menyebabkan fokus mereka terarah kepada pencarian 'objek' yang menyebabkan misi mereka tergendala.

Meg adalah singkatan daripada megalodon yakni spesies jerung yang dikatakan hidup sejak zaman purba (seusia dinasour) dan berlegar-legar mencari mangsa. kumpulan yang diketuai Dr. Zhang ini terus memburu megalodon hingga ke akhir meskipun ada ahlinya yang terkorban.

mampukah mereka menumpaskan haiwan berukuran 70 kaki ini? adakah kudrat manusia mampu mengatasi hukum alam?

komen:

jujur cakap, filem ni tak best dan mengarut. bagaimana dari sekumpulan penyelidik marine biology boleh bertukar kepada pemburu jerung? jika mereka memburu dengan tujuan penyelidikan, barangkali cerita ini boleh diterima lagi tetapi pemburuan mereka hanyalah sekadar untuk membunuh jerung yang dianggap sebagai marine predator?

banyak adengan 'tak masuk akal' (ya anies tahu cerita Hollywood memang banyak yang tak masuk akal - cerita melayu pun sama) tapi bilamana scene ketika memburu megalodon, Suyin boleh pula bawa bersama anak kecilnya? what??!! meskipun watak sampingan, tapi bagi anies ia benar2 tak boleh diterima akal. misi berat kot... kat tengah2 laut... bawa budak kecil? lepas tu Meiying mampu berenang di tengah laut tanpa jaket keselamatan? oh my...

tapi kalau korang nak tengok, anies tak boleh nak halang. mungkin 'taste menonton' setiap orang lain2. kalau korang sukakan cerita macam Jaws etc tu, mungkin filem ni patut ditonton kot... so, tak payahlah amik serius dengan komen anies ni ya...

so dari ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐1/2 je... dan filem ini akan masuk pawagam seluruh tanah air pada esok hari ya... 9 Ogos.

terima kasih kepada pihak budiey.com atas 2 pass premiere ini... dan tak lupa juga, happy belated birthday budiey. semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhirnya...

antara scene dalam The Meg. gambar credit:

Suyin berada dalam sangkar khas dan bersedia untuk menembak mata megalodon...

Meiying (anak Suyin) ternampak megalodon ketika bermain di aras 0 di The Mana One... part ni, megalodon menghentam cermin The Mana One tapi retak sikit je... scene sebelum tu, megalodon langgar kapal selam terus rosak... what??!!

peluncur yang dinaiki Suyin dikepung oleh seekor sotong kurita ketika operasi menyelamatkan rakan-rakannya yang terkandas...

Suyin menyangka bahawa sotong kurita inilah yang menyebabkan kapal selam rakan mereka mengalami kerosakan...

Meiying dan Jonas... 

megalodon sedang menyerang orang ramai di persisiran pantai di Sanya Bay...

 trailer credit

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

36 Your Words of Lo♥e

  1. takmo tengok...teruja nak tunggu hantu kak limah je ni :D

    ReplyDelete
  2. Omg besaqnya jerung tu... Anak menakan mesti suka sebab semua cerita jerung dia tengok. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bdk kecik mesti suka kot cerita mcm ni...

      Delete
  3. seru ya filmnya mbak? .
    salam kenal mbak :)

    ReplyDelete
  4. Hollywood memang selalu buat cerita mengarut. Kadang2 tu, 100% nampak mengarut. Haha.

    ReplyDelete
  5. tak best ke..tengok bila dah keluar astro ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap bg sy x best...x tau plak bg org lain haha

      Delete
  6. Jujur betul tu.. kita pun tak makin tak minat nak tgk cerita mat saleh jugak.. kadang2 mengarut sampai tak dpt diterima otak

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus jujur fiza wpn setiap org punya taste lain2 ;-)

      Delete
  7. Hahahha... direct jer Anies kata tak best.
    Tengok iklan macam best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena jujur sis hahahahahahahhahaha

      Delete
  8. Saya suka cerita cintan cintun...hahaha

    ReplyDelete
  9. Ok noted, dah tau dah mcm ne perasaan Anies menonton movie ni. Mmg bukan pilihan jugalah klu jln ceritanya mcm tu :D

    ReplyDelete
  10. Oh..baru plan nak tengok aritu, nampak trailer macam best. Thanks Anies dah review awal-awal..

    ReplyDelete
  11. Selalunya filem yang dilakonkan Jason Statham hebat dan berkualiti. Mungkin menerusi The Meg beliau mencari kelainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lakonan JS tetap mantap cuma jln cerita tu laa yg x berapa nk mantap hahahaah

      Delete
  12. filem ni macam nak jual pelakon main character je, tp betul la hollywood ni cerita psl jerung je dah berapa kali duk ulang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn jg.. pd sy dlm ms sm diorg thh highlight hubungan diplomatik china - us yg dikatakan tegang ms ni..

      Delete
  13. anak kecil menggambarkan kasih seorang ayah hahaha...

    nak buat macam mana..

    bukan semua filem dihasilkan oleh otak yang bergeliga..

    ada yang berkarat berkurun lamanya

    ReplyDelete
  14. Sha nak tengok sebab ada Jason Statham je.. Kikiki.. Boleh tak cengginie..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆