Sightseeing + good bye Phnom Penh!

11:39 am

✿...السلام عليكم✿

Entry ni adalah sambungan dari SINI.

akhirnya... akhirnyaaaa... sampai juga ke penghujung... fuhhh!! mem besar boleh senyum lebar dan tarik nafas lega.

apa2 pun TERIMA KASIH kepada kawan2 yang sudi baca dan drop komen untuk entry2 dan perkongsian sepanjang kami berada di Cambodia. harap2nya, kalau ada info bermanfaat, dapat digunakan sebaiknya. kalau nak jadikan rujukan sebelum ke Cambodia nanti, dipersilakan untuk meng'copy'nya. benda baik kannn... apa salahnya kita kongsi. kalau nak kongsi tiket flight dengan anies... ishhhh... kecik tapak tangan, dataran merdeka anies tadahkan! 😄😄😄

okey laa... berbalik pada tajuk, lepas terjah 3 monumen, kami bercadang nak masuk The Royal Palace. memandangkan masih ada masa lagi, dari Botum Park kami terus ke istana.

sebaik sampai di kaunter tiket, kami tengok harga tiket dah lain. dari info yang kami dapat, katanya USD5 je. tapi bila tengok, dah jadi USD10!

kami pun bincang and berkira2 nak masuk ke tak. berbaloi ke tak dengan USD10 yang kami leburkan tu nanti. lepas ambil kata sepakat, kami pun beredar. means, tak masuk and just tengok2 tinjau2 dari luar je laa...

dari istana, kami stop kat dataran depan istana. ada ramai orang dan burung2 merpati. ada yang jual makanan untuk burung dan boleh laa nak layan hati yang sebal sebab tak dapat masuk istana tadi.

lebih kurang 15 minit kat dataran, kami beredar ke Wat Ounalom. wat ni merupakan salah satu tarikan yang terdapat di PP dan terbuka kepada pelancong. tak ada sebarang bayaran dikenakan. yang penting korang berpakaian sopan dan buka kasut bila nak masuk.

dari Wat Ounalom, kami lepak sekejap kat kawasan depan sungai. saja jalan2 tengok gelagat orang ramai yang bersiar2 kat situ. depan kawasan ni, adalah pertembungan antara Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. warna air pun berlainan kalau korang perhatikan betul2.

kemudian, kami kembali semula ke dataran depan istana dan buat kacau dengan burung2 merpati yang ada. sambil tu buat laa posing macam dalam iklan konon2nya.

bila rasa dah penat, kami decide nak balik hotel je lah. tapi, dalam perjalanan balik, kami melewati National Museum. nak masuk, dah lebih masa. jadi kami just snap je laa apa2 yang ada kat situ sebelum balik hotel.

hari esoknya, lepas shopping di Central Market dan bersarapan di restoran Ah-Man (klik entry berkaitan di SINI, SINI), kami pun check out. kami check out lewat sikit (1/2 jam) sebab nak solat dulu.

turun je ke lobi, kawan Salim dah tunggu untuk bawa kami ke airport. flight kami pukul 4.00 petang. tapi kami bertolak awal sebab ada banyak contruction sepanjang jalan ke airport.

lebih kurang 45 minit, kami pun sampai di Phnom Pehn International Airport. sebelum beredar, barulah kami bayar service kawan Salim (jemput kami dari stesen bas ke hotel dan dari hotel ke airport). service nya USD15 untuk 4 orang / 1 tuk tuk.

okey, tu je laaa perkongsian anies sepanjang 4 hari di Cambodia (2hari di SR, 2 hari di PP).

so kite tutup dengan gambar laa yek!

otw ke The Royal Palace

laluan ke pintu masuk istana...


kalau berhajat nak masuk istana ni, ini peta laluannya

ruang menunggu

kat sinilah baru kami tau bayaran masuknya USD10 seorang, bukan USD5😓

bila dah tak jadi masuk istana, kami beredar ke dataran depan istana yang saaangat luas

blogger nina sempat lagi beli makanan burung. kalau tak silap USD2 sebungkus kan nina?

pintu masuk Wat Ounalom
nak masuk, kenalah daki sikit... tak tinggi pun

kawasan depan wat, view dari atas tangga... luas juga kawasan wat ni...

dalam wat... cuma kami berempat je... tercari2 juga penjaga wat tapi tak de. so kami just snap gambar and beredar...

dari wat, kami ke sini... tak jauh mana pun... depan wat juga... sori laa kami tak tau ni tugu apa...

kat sinilah pertembungan Sungai Mekong dengan Tasik Tonle Sap. warna air pun lain2

kalau tak silap, sebelah malam kawasan sini sibuk dengan pasar malam...

ramai orang amik angin kat sini...

kembali semula ke dataran depan istana dan main kejar2 dengan burung merpati😆

National Museum, bersebelahan Royal Palace...

kami tak masuk pun. just tengok2 je dari luar... lagi pun dah sampai masa nak tutup. 5PM.

jalan yang sibuk serta deretan kedai berdekatan hotel kami...

dah sampai Phnom Penh Inter. Airport...

dalam airport... sedikit lengang... mungkin sebab hari tu bukan weekends...

bye2 Cambodia... panjang umur kami kembali lagi....

terima kasih semua... 


ia bakal menghantui anda...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

20 Your Words of Lo♥e

  1. dh hbis legaaa.. sebungkus 2USD tp bdk tu bg free sebungkus lg. akak cantik p beli kot haha 😂😂

    2.Techo Meas & Techo Yot statue nanti edit. kesian org tak tau.

    3. mana gambar muka dgn patung menari dpn museum tu? hahaha malu nk tunjuk ye

    ReplyDelete
  2. Teringat subjek Sejarah bila nampak Tasik Mekong dengan Tasik Tonle Sap.

    ReplyDelete
  3. lengangnya airport.alhamdulillah, pasni boleh mem bukak cerita baru.tak sabar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo sabo... baru 5 - 0...belum lg 10 - 0 ehhh apani??

      Delete
  4. MESTI MENARIK SGT APA YG ADA DLM ISTANA RAJA CAMBODIA SBB TU KOS MASUKNYA MHL SGT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah laa kak... bla dah naik harga trs hlg mood

      Delete
  5. Macam best je cambodia... Tak pernah gi lagi T_T

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. mmg besar n luas... tp bla berjalan x terasa langsung

      Delete
  7. Sepanjang pemerhatian saya, tempat2 pelancongan dan kawasan lawatan tu nampak bersih dan terjaga.. mmg boleh dipujilah mereka menghargai nilai2 sejarah yg ada.

    ReplyDelete
  8. yeaaay dah selesai. memang selagi tak habis entry jalan2 rasa tak tenang hahaha.. ku mengerti perasaan itu =D

    ReplyDelete
  9. rindu burung2 apakah mereka sihat di sana... heee. kalau kt sini habis kena tangkap anak2 burung tu sbb blh jd ubat asma

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆