Hokkaido cheese cake by Pistacios Bakery

11:41 am

✿...السلام عليكم✿

Siapa 'hantu' cheese cake? tolong angkat disket tinggi2?

uhh... ramai juga ya... so, korang dah rasa ke belum cheese cake ni? belum? kalau belum, silalah terjah Pistacios Bakery berdekatan.

kek ni memang tak sama dengan Hokkaido cheese tart tu ya... of coz laa kan... yang ni kek... yang tu tart... rasa, bentuk memang langsung tak sama. yang sama adalah, depa ni keturunan cheese 😆😆😆

alkisah minggu lepas, teringin bebenor nak makan cheese cake. fikir punya fikir, kat mana nak dapatkan chesee cake ni?

tiba2 teringatlah bakery nan satu ni. Pistacios Bakery ni memang salah satu favourite bakery anies. kalau tengah mengidam tu, hari2 boleh ke sini.

sebab apa suka dengan bakery ni? kebanyakan kek, bun, roti, biskut yang dihasilkannya tak berapa manis. terutama kek. murah pun ya... kalau ada member kad, siap dapat diskaun lagi.

unboxing... harga sekotak RM14.90. selain cheese cake, ada juga marble cake dan chocolate lava cake.

muka nampak macam tak handsome... tapi rasa boleh buat kau terduduk. sangat2 fluffy... puas hati! tapi jangan makan laju2. nanti tercekik. lagi satu, simpan dalam peti ais. makan sejuk2. barulah nikmat!

pekena cheese cake dengan teh tarik panas. perrghhhhh... maka, nikmat Tuhan mana yang nak kau dustakan?


selain cheese cake, sempat sambar bun coklat ni. harga RM2.40 sebungkus.

satu2 nya bun yang anies memang tak boleh #moveon dari dulu sampai sekarang. dari harganya RM1.90 sampailah RM2.60. cream cheese bun. kalau beli tak boleh sebungkus. paling kurang 3. sorry, cant share with you. nak makan pergilah beli sendiri. mengada2! hahaha

PB cawangan taman permata, KL. sebelah Giant. korang kalau pergi zoo negara, bolehlah singgah sini. dekat je. dalam 500M je jaraknya.


daaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

32 Your Words of Lo♥e

  1. Rindunya nak makan cheese cake! :(

    ReplyDelete
  2. Cheese cake..mak aihh sedapnya.
    Betul tu anies..tak kisah rupanya macam mana..yang penting rasa kek yang lemak berkrim tu

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang nak 3 point, tapi dapat 1 je nak buat cmane. eh..

    ReplyDelete
  4. pergh..saya juga suka cake cheese.

    cuma tak selalu.

    boleh dibilang beberapa kali dalam setahun..

    ReplyDelete
  5. Angah angakat Pen Drive ni...nampak tak..

    ReplyDelete
  6. salam..
    hi anies..
    wahh makan cheesecake dier..
    ayh yaya suka ni...heeee

    ReplyDelete
  7. ya Allah, cheese cake! feveretttttt!!

    ReplyDelete
  8. Adoiii... meleleh air liur tengok cheese cake yang dah potong kekecik tu.
    Mrs. A suka sejenis macam tu.

    ReplyDelete
  9. review tak berbayar hhaha.. nanti tapau bt bekal

    ReplyDelete
  10. Weh Cake nya sudah terlihat enak apalagi kalau di makan lebih enak lagi

    ReplyDelete
  11. Tak pernah rasa lagi.. tengok mcm sedap. Tau tempat tu, nnti bolehlah singgah beli jugak :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆