#throwback Parti Ulangtahun Budiey.com 1 Dekad

10:00 am

✿...السلام عليكم✿

Ni cerita asam jeruk kelubi yang dah lama terperap sejak bulan 3 hari tu. mulanya memang ada hati nak share kat sini tapi lepas tu terus lupa. bila gambar dah pindah masuk pendrive, lagi terus amnesia!

pada mulanya anies tak bercadang pun nak join majlis ni. tapi lepas abam budiey kata Air Asia ada tawarkan hadiah cabutan bertuah ke Laos, terus anies register. nampak sangat laa nak pergi berjalan2 free hahaha...

majlis ni berlangsung di Red Box, The Garden Mid Valley. ramai budieyators yang hadir termasuklah beberapa artis popular seperti Wani Harita, Asfan, Arja Lee, Keena Mentor dan ramai lagi.

selain meraikan usia budiey.com yang ke 10, majlis ni juga diadakan bagi meraikan pengasas budiey.com iaitu abam Budiey sendiri. kira macam 2 in 1 laa majlis ni.

majlis bermula pukul 2.30 petang dan dihoskan oleh abang Dollah Chantek dengan kak Maria JJCM. memang happening majlis ni bila diorang berceloteh. ada je modal nak mengusik tetamu.

oleh kerana ramai yang sponsor untuk majlis ni, jadinya hadiah cabutan bertuah dibuat berselang dengan aktiviti. kalau tak silap anies ada lebih 160 hadiah cabutan bertuah yang disediakan untuk mereka yang hadir. antaranya, iPhone, pakej percutian, tiket penerbangan dan macam2 lagi. tak cukup dengan tu, yang datang dapat goodies beg bernilai lebih RM100!

Alhamdulillah, barangkali dah tertulis rezeki untuk anies, buat pertama kalinya anies menang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah tv LED 43 in. fuhhh... menggigil beb nak amik hadiah. hahaha...

sebelum datang tu, dah berkira2 nak naik LRT je. tapi lepas tu terfikir, "agaknya kalau aku menang tv, cam ne aku nak hangkut tv tu nanti?" Alhamdulillah... kata2 itu doa. nasib baik laa bawa kereta. tak ada laa kena heret tv tu naik LRT.

okey laa macam biasa kalau dah bercerita kena ada gambar kan? ni sebahagian gambar yang sempat anies snap. kalau korang nak tengok gambar2 official, bolehlah terjah atau follow teruslah IG budiey.com kat SINI.

p/s terima kasih budiey.com atas anjuran majlis yang meriah ni. harap tahun depan ada majlis yang lagi gempak daripada yang ni...

p/s gambar dengan artis tak ada sebab masa diorang buat persembahan, mem besar duduk kat belakang. lepas makan, baru dapat mencelah duduk depan.

... di mana majlis berlangsung...

abam budiey dengan artis2 jemputan...

apa laa yang kak maria bisingkan tu hahaha



abam budiey tiup lilin


kak maria yang belum habis bercakap dari tadi hahaha

susah nak menyelit masa ni... nasib laa kalau termasuk...




abam budiey sedang melempar goodies syok ooo masa ni...

antara kek...


isi goodies beg...

ni laa nombor bertuahnya... kalau korang join mana2 event dan ada lucky draw, make sure tau korang dapat nombor 47 ni... sure dapat hadiah punya hahaahah... tak dapat tv LED, dapat replika tv LED pun bolehhh hahahaha....

Alhamdulillah... ni lah hadiah yang anies dapat tu... belum guna lagi. masih dalam kotak. insya allah, nanti pindah rumah baru, baru guna hahahah


thanks 4 reading

daaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

32 Words of Lo♥e

  1. dapat TV HD bertuah sungguh badan..

    ada Wani Hasrita..

    ya saya suka dia

    ReplyDelete
  2. kalau guna TV tu tengok game liverpool agak2 boleh menang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti mng laa tp kalu gn utk main ps3 laa kah kah

      Delete
  3. TAHNIAH ANIES MENANG HADIAH BUDDIES...TUAH BADAN

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    Bole le akak datang rumah tumpang tengok tv baru :)

    ReplyDelete
  5. wahhh... bestnyee dpt jompa artis².. hihi.. murah rezeki kamu dpt tibi besar lagi..😘 p/s: pondok usang kembali aktif berblog.. =)

    ReplyDelete
  6. ya ampun !!!! dapat tv wak ???? bestnye.. meh jual kat kite la.. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ramai jg sbnr nyer yg berminat nk beli ya ;-)

      Delete
  7. Meriahnya Majlis. Hadiah cabutan bertuah power2 Pula Tu. Anies Ada menang x

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ni mesti kes x bc entry smpi habis ni hehehe

      Delete
  8. Alhamdulillah rezeki Anies dapat tv besau gitu.
    Seronok nampaknya tu

    ReplyDelete
  9. Wowww! Dapat angkut balik tv sebijik! Tahniah, Anies :)

    ReplyDelete
  10. Itu dimana tempatnya bagus ni banget saya ingin kesana.. nak temu upin dan ipin?

    ReplyDelete
  11. Wahhh tahniah.. dpt tv! huntung sgt hehee.. meriah party ni, goodie pun mcm2 dpt.. best2 :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆