Pulut serunding

10:32 am

✿...السلام عليكم✿

Kebetulan hari ni anies ada buat pulut serunding untuk our Friday gathering (office), so share terus laa resepi kuih ni kat blog. Kot2 nanti dah terlupa, boleh rujuk blog sendiri. Tak gitu? ;-)

Nak buat kuih ni senang je. Cuma yang leceh part nak sediakan serunding laa lenguh woo nak kacau / goreng serunding ni. Paling kurang setengah jam. Tak boleh tinggal pulak tu. Kejap je nanti dah hangit. Bila hangit, nak makan pun tak sedap.

kena flash...sebab tu kaler kuih jadi cam ni ;-) untuk 1 kg beras pulut, kalau dibentukkan bulat2 macam ni, boleh dapat 40++. 


Bahan2:

(serunding)

Kelapa parut / kelapa muda / kelapa putih
*Serai
*Lengkuas
*Bawang putih
*Bawang merah
*Jintan manis
*Ketumbar
*Udang kering
*Gula
Serbuk lada putih
Garam
*Cili (hidup)
Minyak

:: sukatan bahan bergantung kepada berapa banyak pulut yang disediakan.

(pulut)

Santan
Beras pulut
Garam
Daun pandan

Cara membuat (serunding)

1.     rendam udang kering kira2 15 minit.
2.     blend semua bahan yang bertanda * hingga halus. Kalau kurang manis, tambahkan gula.
3.     Tumis bahan yang di blend hingga naik bau.
4.     Masukkan garam dan serbuk lada putih.
5.     Masukkan kelapa dan goreng sehingga kelapa benar2 kering (ringan) – proses ni memakan masa yang agak lama. Jadi pastikan api sentiasa kecil untuk mengelakkan kelapa menjadi hangit.

masa ni serunding belum kering lagi...

Cara membuat (pulut)

1.     rendam beras pulut kira2 dua jam.
2.     Bersihkan dan tos.
3.     Masukkan ke dalam Loyang dan kukus kira2 lima minit.
4.     Campurkan pati santan dengan sedikit garam (rasa lemak – masin)
5.     Masukkan daun pandan dan kukus 3 minit.
6.     Masukkan santan dan kukus kira2 15 minit.
7.     Ketika membuka penutup kukus, renjiskan air ke atas pulut dan kacau menggunakan sudip kayu.
8.     Kukus seketika sehingga pulut kelihatan berkilat.
9.     Angkat dan sejukkan seketika.

-ambil minyak masak dan sapukan ke atas tapak tangan.
-bentukkan pulut mengikut kesukaan (bulat, leper etc)
-gaulkan pulut dengan serunding.
-siap untuk dihidang

kalau ada yang tak faham, boleh kemukakan di ruangan komen ya


p/s BW sebelah petang.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. RAJINNYA ANIES BUAT PULUT SERUNDING BULAT2 COMEL YG SELALU TENGOK LEPER BENTUKNYA...

    ReplyDelete
  2. Rajinnya..sy x pernah cuba buat seronding

    ReplyDelete
  3. Terus golek-golekan pulut tu dengan serunding ye Anies..
    Senang kan, terus ngap masuk mulut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak... sy letak dlm mangkuk n golek2 je

      Delete
  4. sedapnya.. pernah mkn sekali masa 2 beli dkt kedai... tapi xde lah serunding dia meriah mcm nih.. hehehe

    ReplyDelete
  5. jrg nk jumpe pulut serundingyang siap ni.. nyum2

    ReplyDelete
  6. rajinnya buat pulut anies...cicah pula serunding sedapnya...
    selalu buat pulut kaler putih aja...

    ReplyDelete
  7. mavelez..buat sarapan pagi kenyang.

    ReplyDelete
  8. Salam singgah sini anies...wahhh...pulut serunding...sedap ni anies..mDiana suka makan tapi hubbyy diana tak suka makan pulut...hihi

    ReplyDelete
  9. Boleh nak cuba masak juga ikut resepi ini. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  10. rajinnya anies memasak.. sedap tu..

    ReplyDelete
  11. Pulut serunding ni paling kerap beli time ramadan... buat buka puasa... mmg terbaik. I love pulut!!.. :)

    ReplyDelete
  12. Perhhh tere...

    Opis u mmg slalu bt mkn2 ye? :-)

    ReplyDelete
  13. Ni memang feveret saya ni..yang sedihnya saya nak boleh makan udang kering... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ganti dgn ikan bilis tp wangi tu kurang sikit laa

      Delete
  14. rajinnya kakak kiteeee ni.. adeh.. PM alamat please.. bebila rasa nak ketuk bleh terjah =D

    ReplyDelete
  15. pulut serunding lagi lah sedap ... terliur tengok :)

    ReplyDelete
  16. rajinnya..tak pernah lagi makan pulut serunding.

    ReplyDelete
  17. apa la rasanya kan..mcm sedap sbb serunding

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆