Pulut inti

10:03 am

✿...السلام عليكم✿

Semalam, anies share pasal resepi pulut serunding. Hari ni nak share resepi pulut inti pulak. One of my favourite kuih so haruslah ditempek resepinya untuk bekalan di hari tua hahaha

Sebenarnya, kuih ni, anies buat sekali dengan pulut serunding. Memandangkan ianya pun senang (sekali jalan – share pulut), why not kita tambahkan hidangan untuk our Friday gathering.

Okey laa malas nak membebel. Moh laa kita usha2 resepi yang mudah ni!

ini namanya food presentation yang dah masuk ke dalam bekas ;-)

Bahan2:

(inti)

kelapa parut / kelapa muda / kelapa putih
gula pasir
gula merah
gula Melaka
daun pandan
air
durian (ikut suka)

untuk pulut dan cara membuat, klik kat SINI. Malas mok cik nak taip dua kali ;-)

cara membuat (inti):

1.     masukkan air, daun pandan dan gula merah.
2.     Biarkan mendidih seketika sambil mengacau dengan api yang perlahan.
3.     Masukkan gula pasir dan diikuti gula Melaka yang telah siap dihiris.
4.     Apabila gula mendidih, masukkan kelapa dan diikuti durian. kacau sehingga kering.
5.     Sejukkan seketika.

inti kelapa yang telah siap dimasak. sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam freezer.


-pastikan daun pisang telah dilayur terlebih dahulu.
-lap daun pisang (kedua-dua permukaan – bersih)
-potong daun pisang (berbentuk segiempat)
-letakkan pulut yang telah dikepal ke atas daun pisang.
-letakkan sedikit inti di atas pulut.
-bungkus pulut dan inti seperti membungkus nasi lemak.

Okey itu sahaja. Selamat mencuba.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

17 Your Words of Lo♥e

  1. Anies...rajinnya......wa tak pernah buat kuih tradisional ni...x reti sangat2.kalau nak makan beli je..hihihi

    ReplyDelete
  2. sedap tu.. buat minum pagi pun sedap.. ;)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sabtu anies....sedap ni kan anies...diana suka....hubby jak tak suka makan pulut tapi serunding dia suka pula....hihi

    ReplyDelete
  4. Wow... saya antara penggemar kuih ni... feveret.. buat sarapan atau makan petang... mmg best... marveles... :) :)

    ReplyDelete
  5. MashaAllah sedapnya, tapi tak rajin nk buat huhuuu. Bahan pun tak pasti ada ke tak dkt sini. Hehe

    ReplyDelete
  6. Mcm kuih kochi... nyum nyum sedapnya

    ReplyDelete
  7. Nyum2...rasa sedap, bentuk pun comel

    ReplyDelete
  8. rajinnya... i omg main beli je lah.. rajin makan je..

    ReplyDelete
  9. Pulut inti ni biasanya kami makan macam tu je. Tak pernah pun masukkan dalam daun pisang. Hehe :P

    ReplyDelete
  10. suka suka.. lepas tu suka kalau pulut tu ada masin2 sket.. ehehe.. inti manis2.. pulut masin2.. jadilah lemak2 rasa gitu =D

    ReplyDelete
  11. Kita pun nak simpan resepi ni untuk hari tua. Pinjam resepi ye :)

    ReplyDelete
  12. sedapnya la buat minum petang :) ...

    ReplyDelete
  13. Lapo le..... Dgn 1 inti macam-macam kuih blh jadi....

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆