I was there : Sabah #4

10:21 am

...السلام عليكم

AUTO PUBLISHED

sambungan daripada Sabah #1, Sabah #2, Sabah #3.

hujung2 tahun ni memang sakit sikit laa...
esp. dari segi masa.
tapi, nak buat macam mana...
reda je la...

sama juga laa bila nak update cerita ceriti kat blog ni.
kalau membisu 1 000 000 bahasa je, tak best juga kan.
nanti ada yang ingat, bernyawa lagi ke tak mem besar blog ni?

well, anies sambung balik cerita pasal pergi ke Sabah ni.
walaupun cerita2 biasa je, anies anggap apa yang anies share kat blog ni sebagai catatan perjalanan gitu.. eceh!
yelah... bukannya dapat pergi selalu kan...

1Malaysia Book Expo 2013 di PWTC bermula hari ini sampai Ahad. jumpa anda di sana yek!

OTW balik dari Ranau, kami singgah di sini.
Kinabalu Park.
belum sampai kat sini, dah excited macam nak panjat Gunung Kinabalu kek dah nyer..

masa ni OTW dari Ranau.
kat Kundasang rasanya.
ya Allah... cantiknya Malaysia ku ini...

sebelum sampai kat Kinabalu Park ni, mak cik dah pesan, nak masuk kena bayar RM5.
anies ingat, kena bayar tu kalau kita bawa masuk kenderaan.
rupa2nya, RM5 untuk per person.
tak kiralah ada kenderaan ke tidak.
masa ni curi2 masuk untuk snap pic.
alaa... kejap je...

view dari atas...
rasa nak peluk2 je...
nak peluk sapa?
peluk view ni laa..

lepas kena halau dengan pak guard...
eh, tak ada lah...
tak kena halau pun...
pak guard tu pun faham.
tapi, kat sini nak posing ke...
 nak menonggeng ke... memang no hal laa..

it's time to...
buang tabiat!

ni kat sebelah parking...
aduyai... kenapalah cantik sangat view kat sini...

dari Kinabalu Park, kami singgah di Telipot.
isi perut lagi.
kali ni pekena pisang goreng.
mak aiii... pisang goreng dia...
marbelesssss okeh!
rasa nak telan je pinggan tu!
RM1 untuk 4 ketul.
kena plak dengan teh tarik...
perrghhh stim ko!

dah syok layan pisang goreng, pekena rojak mi.
alamak! kenapa gini rasanya rojak mi ni?
sorry to say... tak sedappp...
kuahnya rasa macam kuah kari.
bukan kuah kacang...

pak supir.. eceh, macam gi Indon plak... teettt!!
pak supir bawa kami jalan2 sekitar pejabat kerajaan yang baru termasuklah kampus Universiti Malaysia Sabah.
yang ni kalau tak silap, macam Masjid Terapung kat Terengganu tu...


OTW ke Kundasang, anies duduk belakang.
balik ke KK, duduk depan pulak
apa lagi...bersembang lah kami dari A to Z.
time ni orang belum balik kerja.
so jalan pun okey.
tak jammed.

sebelum balik hotel, singgah Pasar Filipina sekali lagi.
ada barang2 yang tak sempat beli semalam.
lepas tu ke pasar ni.
tak ingat namanya.
kat sebelah Pasar Filipina juga.

sambil cari2 barang kat pasar ni, baru perasan rupa2nya ada pasar malam kat belakang pasar tu.
so, panjanglah kaki kami ke sini.
pic ni sebenarnya nak tunjukkan labu yang besar gedabak tu...

can you imagine...
betapa besarnya isi durian ni?
nak beli ke tidak...
nak beli ke tidak...
last2 tak beli.
snap pic je...

last but not least...
harus interprem sebelum balik...
overall... Sabah memang BEST!!
(double thumbs up)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

22 Your Words of Lo♥e

  1. cantik2 view...rugi siapa yg xkesini lagi yer...samalah dgn yg tulis tu kan...

    ReplyDelete
  2. Knapa tk beli doyan tu anis..boleh bt crepe doyan saba ba...

    ReplyDelete
  3. memang best, rasa nak ikut sekali, lain kali durian tu beli Anies, kalau tak nak pos je ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  4. betoi la anies, cantik sgt2 view dia..

    ReplyDelete
  5. fuh merata berjalan yer , syoknya...

    ReplyDelete
  6. seronoknya traveling :)
    banyak belanja ye...

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pemandangan kat sana.... punyalah besar labu tu..

    ReplyDelete
  8. one..sabah mesti ku terjah. one day la not so soon..

    ReplyDelete
  9. akak pernah ke sana... sabah mmg banyak tempat2 menarik... gunung.. town.. laut... ladang lembu... mcm2 la..best sgt!

    ReplyDelete
  10. bestnya pi sabah. saya pernah sekali pi sabah...

    ReplyDelete
  11. tak pernah sampai sabah lagi...bestnya...comel ja anies pakai tiger kat atas kepala tu ;)

    ReplyDelete
  12. Nanti eynda update kisah sabah jugak ...best kan sabah :-)

    ReplyDelete
  13. betul2..selalu kak dengar, sabah tak best, tak de aper..
    baik p sarawak..

    ReplyDelete
  14. wah cantik pemandangan kt laut tu.. terasa nk fly ke sabah la

    ReplyDelete
  15. akak suka la tengok gmbar2 anies kat Sabah ni.semua cantik2

    ReplyDelete
  16. sabah yg indah..rindu nak ke sana lagi :)

    ReplyDelete
  17. sabah yg indah..rindu nak ke sana lagi :)

    ReplyDelete
  18. Patut kat kinabalu park tu pergi sampai kaki gunung kinabalu tu. baru best,

    ReplyDelete
  19. meruntun hati bila tgk view ni ...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆