I was there : Sabah #2

11:16 am

...السلام عليكم

AUTO PUBLISHED.

sambungan daripada Sabah #1.

aktiviti yang ditunggu2!
apa lagi kalau bukan shopping 'menyoping'!
yeeee haaaa...

tapi sebelum tu, anies nak minta maaf andai belum berkesempatan BW ke blog anda. 
sebelum shopping, perut harus diisi dulu.
yang ni, murtabak ayam tapi meriah dengan sayur-sayuran.
kat mana nak dapat murtabak ni?
senang je.
resto ni terletak bersebelahan hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.

yeee haaaa...
tempat untuk mengopakkan purse!
mana lagi kalau bukan kat sini!
kalau sebut Pasar Kraftangan, nanti ramai yang terpinga2.
tapi kalau sebut Pasar Filipina, hah... kompem semua tahulah!

acu tengok budak baju oren tu.
mata dia tak berkelip bila tengok mutiara!
kalau boleh satu kedai dia nak borong!

suasana kat dalam Pasar Filipina ni agak sempit.
so, bagi yang tak biasa dengan keadaan macam ni...
tak payahlah nak merungut2 kepanasan ke, sempit ke...
yang penting... enjoy!
selain barangan perhiasan diri, nak rembat FM ke, keychain ke...
hah, kat sinilah syurganya!

dah puas menyelam laut cari mutiara dan seangkatan dengannya, moh la kita ke Pasar Ikan Masin.
jangan risau... tak jauh... 
sebelah je dengan Pasar Filipina ni.
kat sini, cuma memborong barang2 yang penting je.
macam ikan bilis, udang kering dan tak lupa juga, kuih cincin yang keras tapi sedaapppp...

tu, budak baju oren tengah buat proses tawar menawar.
orang dah kasi murah, dia tawar lagi sampai tauke kedai tu terduduk.
ekekeke

udang kering, ikan masin, sotong kering....
perrghhh...

lepas tu... ehhh... belum habis lagi menyoping...
kita terjah pasar buah pulak!
tak jauh juga.
sebelah je dengan Pasar Ikan Masin ni.
pesan anies, kalau nak cari buah yang sedap tapi murah... 
carilah yang betul2 elok.
takut2 nanti, baru je sampai hotel... buah dah tak boleh nak makan...

rembatan of the day!
kalau nak memborong ikan masin banyak2, jangan risau tentang bau bila naik flight.
orang kat Pasar Ikan Masin tu tahu sesangat cam ne nak tolong packing macam kotak kat atas tu...

kira-kira dalam pukul 5.30 petang, saudara kami datang jemput untuk ke rumahnya yang terletak di Putatan.
ya Allah... nak ke Putatan ni tak lah jauh mana...
oleh kerana kami keluar time orang balik kerja, makanya bersiap sedialah untuk mengadap jammed!
perrrghhh... panas montot woo nak sampai Putatan...

lepas borak2 dengan saudara mara, pak cik Ghafar sekeluarga ajak kami keluar makan.
ngeh ngeh ngeh...
tak kan nak menolak kan?
kat mana ni?

mereka bawa kami makan kat sini.
Seri Tiga Rasa Seafood.
terletak tak jauh dari Pasar Filipina.
kalau yu ols nak makan kat sini, cari je khemah kaler putih, tepi jalan.
tapi kena banyak bersabarlah time nak tunggu hidangan tu.
agak lama juga laa...
sebabnya, orang sangat2 ramai time tu...

antara juadah malam tu...
butter prawn, sotong goreng tepung, ketam masak kicap, ikan bakar etc.
Alhamdulillah... kenyang sampai ke pagi.
terima kasih pak cik Ghafar sebab belanja kami.
moga2 murah rezeki pak cik sekeluarga.
aminn...

last but not least...
sekalung tahniah buat officemate kami... 
Que Lyana yang berjaya menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 bagi karyanya yang berjudul 'Lukisan Lisa Untuk Ibu', yang berlangsung semalam di Hotel Istana.
you made us proud, dear!!

well.. anies pergi ke mana lepas ni?
tungguuuuu....

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

34 Your Words of Lo♥e

  1. wahhh p sabah ghupenyerr ye...

    ehhh ada kuih cincin tak? hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh.sabah. hehe. Tahun depan nk pegi iAllah. Kg suami kat sana tp xpernah pegi. Hehe. Kuih cincin tu best. I loike

    ReplyDelete
  3. Hai lmbt plk pic2 ni keluar...

    meriah sudah semestinykn...

    ReplyDelete
  4. Masa akak pergi dulu rasanya macam tak ada pulak tulis pasar kraftangan tu.

    ReplyDelete
  5. seronoknya pergi sabah anies...
    selain beli mutiara...udang...bab makan paling best...murah dengarnya

    ReplyDelete
  6. bila agaknya saya nak sampai sabah

    ReplyDelete
  7. ecah ke sabah pon penah sampai tawau jek..hehe...menarik jugak..tp nak angkut bawak balik tu la x larat..hehe

    ReplyDelete
  8. nampak pic seafood yg segar kat Sabah ni rasa nk terbang segera ke sana.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tengok murtabak tu :)

    Hasil laut pun nampak segar bugar je :)

    ReplyDelete
  10. dah lama tak ke KK.. last pergi atas urusan kerja.. wah.. sotong celup tepung tu buatkan aiza terliur..

    ReplyDelete
  11. Nak g sabh lagi..mmg seronok jln2 kat sana..lgpun sbb adik ada kat sana..nl cri anggur laut..rasa mcm bendi pun ada..dan tak lupa..mutiara sabah..mmg cntik.. :)

    ReplyDelete
  12. wah jauh berjalan.akak last ke sabah thn 2007.ntah bila la nak kesana lg.

    ReplyDelete
  13. alahai sedapnya udang sotong goreng tepung tu

    ReplyDelete
  14. lama x berkunjung ke sini..

    bessnya dapat berjalan2... menenangkan fikiran, akak sibuk ngan jaga exam spm, sampai la ni blum dapat bercuti sekolah punn...

    ReplyDelete
  15. bestnya jalan2...lum sampai ke Sabah lg

    ReplyDelete
  16. noted..

    kak memang dah lama nak ke Sabah cuma belum tau bila..
    boleh jadi rujukan nanti:-))

    ReplyDelete
  17. Meriah gila murtabak tu!

    Mmg jeles betul tgk org gi Sabah...ikikikiki...seafood kat sana fresh..murah2....Saya tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  18. wah suasana nya rame banget. hampir sama kayak di indonesia mizz ^^

    ReplyDelete
  19. Tudiaa! Bestnya pi Negeri Di Bawah Bayu~ Tak mau cerita experience? ;)

    ReplyDelete
  20. wah mcm2 ada di sabah bah.. hee.. enjoY cuti k.. ada part 3 x ni heee

    ReplyDelete
  21. syiok dia ke Sabah yerk... akak dah lama bebeno tak nyampai ke sininyer... amboi banyak gak shoppingnyer tu...

    ReplyDelete
  22. wow.. gi sabah. Sabah ni memang sorga seafood. sedapnya tekak

    ReplyDelete
  23. klau ada rezqi thn dpn plan nk kesini :)

    tahniah buat memb anies.. :)

    ReplyDelete
  24. bestnya anies,
    ada blikan FM utk eB x? he3...
    esok2 nk gi sn, eB mesti refer blog nih balik :)

    ReplyDelete
  25. belum pernah lg berkunjung ke sabah

    seronoknya !

    ReplyDelete
  26. Best jgk yek sabah ni..dh beli tiket ke sarawak...nmpak gaya next destination sabah la plk..hehe..kna menabung dr skrg..chayyok. ..

    ReplyDelete
  27. seronoknya nampak percutian anies ni...

    ReplyDelete
  28. macam2 barang yg dijual kt sini rupanya.. rambang mata kalau nk membeli. best2

    ReplyDelete
  29. Nak lagi murah mutiara tu beli dekat pasar malam. Lagi murah daripada pasar filipina tu.

    ReplyDelete
  30. nasib baik naik kapal . berkotak2 pun x pe ... seafood dia , perghhh mengancam !

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆