Bersama-sama tiga rakan sekerjanya, Can ditugaskan untuk
menangkap perompak dalam satu kes kecurian. namun operasi mereka menjadi buah mulut dan viral seluruh Thailand kerana kegagalan mereka memberkas penjenayah tersebut akibat fizikal
mereka yang gemuk.
disebabkan mereka telah mencalarkan imej institusi
keselamatan negara, ketua mereka memberi amaran. jika mereka tidak berjaya
kurangkan berat badan dalam tempoh 3 bulan, jawatan mereka akan dilucutkan atau
dalam kata lain, mereka dipecat!
Can dan rakan-rakannya berasakan amaran tersebut amat
mustahil untuk direalisasikan. namun kedatangan zumba dance trainer bernama
Meen berjaya mengubah misi mereka. mereka jadi lebih bersemangat untuk kurus dan
sihat dan seterusnya dapat berkhidmat dengan lebih baik.
akan tetapi, kes rompakan lain yang lebih rumit telah
membantutkan usaha mereka. antara kerja-kerja menyiasat dengan misi untuk
kurus, mereka terpaksa memilih yang terbaik. jadi, apa pilihan yang mereka
terpaksa akur?



Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam