✿...السلام عليكم✿
Plan nak ke sini sebenarnya tak termasuk
pun dalam senarai cuti-cuti 2015.
tapi disebabkan dah 'berhutang' cuti,
maka terpaksa laa mencari tempat2
yang sesuai untuk melepakkan badan
bincang punya bincang, akhirnya Langkawi
terpilih dan seterusnya menjadi destinasi
pertama cuti2 Malaysia untuk tahun ni.
(perrghhh... ayat... kemain skema)
bagi menambah perisa
kali ni, kami memilih keretapi sebagai
pengangkutan untuk ke sana.
err... kita bercerita dengan gambar ek?
ini tiket last minute. why? sebabnya KTMB ada problem dengan sistem dgiorang. ini berlaku kerana pertindihan pembelian tiket (online) akibat cuti sekolah yang lepas dengan cuti CNY. so, terpaksa laa walk in untuk dapatkan tiket ni. Alhamdulillah, dapat koc yang best dan lebih selesa. macam pic kat bawah ni...
kawan anies cakap, koc berkatil kat gerabak lain tak sama macam yang kami dapat ni. yang ni lagi selesa dan luas.
RM45 untuk katil atas. RM55 untuk katil bawah. RM36 untuk seat biasa.
masa ni nak dekat sampai stesen keretapi Alor Setar (lepas Gurun). keadaan dah terang benderang. suka tengok pemandangan sepanjang jalan yang dilitupi sawah padi... ni yang rasa nak repeat lagi ni!
kami tiba di stesen keretapi Alor Setar lebih kurang pukul 8 pagi keesokannya. lepas tu, terus ambil teksi menuju ke jeti Kuala Kedah. perjalanannya tak jauh...just 10KM je... harga tambang teksi dari stesen keretapi Alor Setar ke jeti Kuala Kedah adalah antara RM15-RM25 (untuk 4 orang). sampai je kat jeti, terus beli tiket. harga tiket feri (sehala) untuk dewasa RM23 manakala untuk kanak-kanak RM18 (kalau tak silap laa)
ni laa ferinya... kecik je... kecik2 pun, penuh dengan penumpang. Alhamdulillah...selamat juga kami sampai di jeti Kuah. cuaca agak terik time ni. dari jeti Kuah, kami terus ke restoran sementara menanti masa untuk check in kat apartment.
kat sini laa kami menginap sepanjang berada kat Langkawi ni. ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. selain tu ada swimming pool dan security guard. lokasi apartment ni cuma 1KM je dari jeti Kuah. harga penginapan kat sini dicampur dengan sewa van (14 seat) selama 3D 2N adalah RM600. murah ke mahal?
okey, anies stop kat sini dulu ek. sebenarnya
ada lagi cerita yang nak di share. ni just intro
je dulu. nanti anies sambung lagi ek...
daa...
BW belum habis lagi... sabaq noo... kalau anies belum singgah teratak yu ols...



















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam