مدينة المنورة، المملكة العربية السعودية: زيارة الروضة
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
agak sayu nak tulis entry ni. ya laa... ni antara sebab utama kenapa kita buat umrah dan tak lain tak bukan adalah untuk 'bertemu' dan menyampaikan salam buat junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW.
...السلام عليك يا رسول الله
kalau ikut pengalaman pertama buat umrah dulu, kami tak perlukan aplikasi Nusuk untuk masuk ke Raudah. cukup dengan berkumpul kat suatu ruang lepas solat Subuh, then dalam pukul 7.30 or 8.00AM, pihak security akan buka pintu. maka berlari-larianlah kami menuju ke Raudah.
masa tu, bilangan masuk tak terhad dan berada kat situ pun, tak ada limit. yang pasti slot lepas Subuh tu memang khusus untuk kaum Hawa.
tapi bila buat umrah kali kedua ni, aplikasi Nusuk wajib download sebelum masuk. ya, security akan check sebelum kita masuk. yang bernasib baik je tak kena check. tapi dia punya barisan, ya Allah... kemain panjang!
kami pergi satu group dan diketuai mutawif perempuan berasal dari Indonesia tapi dah menetap di Madinah lebih 10 tahun. so, ustazah ni akan guide kami dari mula sampai kami keluar dari Raudah. BTW, anies terlupa namanya. yang pasti dia bahasakan dirinya sebagai Ummi.
slot kami pukul 9.30PM. tapi kami dah mula masuk barisan sebaik sahaja selesai solat Isyak. proses menunggu tu lebih kurang setengah jam. lepas dah check Nusuk, kami diarahkan masuk ke ruangan menunggu di dalam masjid.
anies tak pasti berapa ramai yang dilepaskan untuk masuk ke Raudah. kami just ikut je arahan security. Alhamdulillah, group kami dapat masuk ke Raudah serentak dan berpeluang menunaikan solat sunat di saf paling depan bersebelahan makam Rasulullah SAW.
masa dapat jejakkan kaki kat sini, terasa begitu sebak dan terharu. mutawif pesan, setiap saat kat situ, titipkan apa sahaja doa yang terlintas di kepala. dan jangan lupa, selitkan doa dan salam buat Rasulullah SAW semoga kita diberi peluang untuk hadir ke sini lagi pada masa akan datang.
tempoh 10 minit yang diberi terasa sangat pantas. tahu-tahu je kami dah diarahkan untuk beredar. sebelum keluar, dapat laa oleh-oleh sebotol air zamzam dan candy kurma. Alhamdulillah...
اللهم صل على سيدنا محمد
menunggu giliran dalam masjid sebelum masuk ke Raudah...
.jpeg)



Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
20 Words of Lo♥e
Ada yang guide insyaAllah jadi lebih mudah. Akak masuk sendiri, huhu…redah ajelah.
ReplyDeleteSekarang katanya lebih ketat, ramai yang tak dapat slot di aplikasi Nusuk.
Alhamdulillah dapat beribadah dalam raudah
ReplyDeleteAlhamdulillah..Rezeki Anies dapat jejak kaki di sini buat kali keduanya. Walau apa pun rules dia kita kena ikut je lah kan. Doa semoga Allah permudah urusan ibadah di sini. InsyaAllah pasti baik-baik je.
ReplyDeleteSaya belum pernah sampai lagi. Semoga ada rezeki jejak sini nanti. Aamiin...
so amazing photos!
ReplyDeleteKita pergi zaman 2000 haha confirm jauh sangat beza keadaan di sana waktu itu. Insyallah kalau ada rezeki teringin juga nak jejak lagi. Harap kesampaian la kan🥰
ReplyDeleteThank you for sharing your photos and video. I wish you good health and happiness...now and always.
ReplyDeleteThanks for your sharing
ReplyDeleteMuy linda. Te mando un beso
ReplyDeleteBoa noite minha querida amiga Anies. A cidade de Cachoeiras de Macacu é muito linda. Assim que tiver, oportunidade farei uma matéria de suas cachoeiras. Uma excelente noite de quinta-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeletehave a nice evening
ReplyDeleteBanyak juga perubahan berbanding umrah pertama, sekarang semuanya lebih tersusun dengan Nusuk. Walaupun beratur panjang, mesti rasa sebak bila akhirnya dapat melangkah masuk ke Raudah. 🤍
ReplyDeleteBestnya dah berpeluang ke sana. Walaupun 10mins kena manfaatkan sebaiknya.
ReplyDeletesemog saya akan ke sana satu hari nanti. InsyaAllah...
ReplyDeleteNaah 2018 saya umroh tuh belum pakai nusuk juga. Tapi bergantian masuk, sambil menunggu yg didalam keluar dulu. Sekarang dah pakai ya kak.
ReplyDeleteSayapun ingat menangis juga di sini. Memang salah satu momen yang buat teringin balik kesana . Tapi kami berusaha umroh lagi dengan mengajak anak2. So nampaknya menabung harus lebih giat 😄
ReplyDeleteKalau nanti ada kesempatan dan rezeki balik, memang saya akan memilih travel yang lebih bagus dari yg pertama. Yang pertama dulu banyak buat saya emosi jiwa 😢. Memang tak betul travel nya
ReplyDeleteTerfikir jugak kalau nak buat umrah DIY nak masuk Raudhah ni macamana ye. Hari tu pergi dalam kumpulan jadi berani la sikit walaupun nervous ye jugak takut kena sailang dgn jemaah negara lain 😂
ReplyDeleteRindunya nak ziarah kota madinah dan juga masjidil nabawi... dulu sempat masuk raudah tanpa app nusuk.. memang 3-4 kali berpeluang ke raudah.. sekarang seorang sekali sahaja boleh masuk..
ReplyDeletesaya baca haritu, sekarang dah susah dapat slot nusuk. kesian buat org yg pertama kali datang tapi tk dpt ke raudhah.. nak masuk pun ketat sangat sekarang. padahal seluruh umat islam nk jumpa kekasihNya :(
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆