Wajah tua itu

3:48 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Wajah tua itu
jauh sungguh lamunnya
entahkan berfikir
atau menghitung nasib

wajah tua itu
sesekali menggeleng laju
mungkin hati terasa dijentik
atau cuba menafi sesuatu

wajah tua itu
ralit melilau memerhati
bunga-bungaan hiasan laman
kini warnanya kian layu

wajah tua itu
berkocak air mukanya 
ada susuk melangkah mendekat
tapi bukan putera puterinya

wajah tua itu
menyisip kopi nan hitam
pekat dan pahit menyatu
mengabur galau hatinya

wajah tua itu
laju bangkit tinggalkan pangkin
sayup-sayup suara si bilal
pada Sang Pencipta ingin diadu

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

64 Words of Lo♥e

  1. Thanks for your visiting my Blog :) The fire disaster in Turkey was very bad, our forests were destroyed. Our people worked hard to put out the fire..

    ReplyDelete
    Replies
    1. please send my condolences to the entire family of victims

      Delete
  2. Semoga wajah tua itu segera tersenyum

    Berhenti melamun
    Berhenti memikirkan hal-hal yang jauh

    Sedap makan
    Lelap tidur
    Bahagia lahir dan bathin

    ReplyDelete
  3. Insan berpengalaman, memgenang masa lepasnya, pasrah menduga masa depan, ditemani orang sekeliling, seoi tapi lihat kecantikkan menceriakan diri, pantas menyambut azan.. Rindu ibubapaku..

    ReplyDelete
  4. Pandainya berpuitis anies!! hebat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. spontan je tu shida.. pandai lg blogger kak PI kite tu😊

      Delete
  5. Flower is beautiful Dear friend ! I think there is wrong on my phone interpreter. I couldn't translate your words to our language. Have a wonderful day. Greetings from Turkey.

    ReplyDelete
  6. Akan tiba masanya wajah kita menjadi tua, seiring masa dan usia yang berlalu.

    ReplyDelete
  7. Kepada yang masih ada ibu bapa. semoga sihat2 sahaja ibu bapa kalian. Didoakan sentiasa Allah jaga
    Buat yang sudah tiada yang ptus kirim doa. kerana itu sahaja yang kita punya

    ReplyDelete
  8. Menang jauh wajah si tua fikir kenangan masa lalu dan merenung masa hadapan.

    ReplyDelete
  9. Bom dia. Parabéns pelo seu excelente trabalho.

    ReplyDelete
  10. wah dah jadi pemuisi...

    alhamdulillah dan tahniah

    ReplyDelete
  11. teringat orang tua di kampung.

    ReplyDelete
  12. tua yg rajin mengisi masa menyeri indah alam

    ReplyDelete
  13. Bello poema, te hace pensar . Me gusto la flor te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gracias mi amigo. es solo una idea espontánea ...

      Delete
  14. muhasabah seketika.. semakin hari kita meniti usia.... terasa cepat masa berlalu...

    ReplyDelete
  15. Terharuu..saya doakan semuanya baik-baik saja :)

    ReplyDelete
  16. hargailah orang tua kita selagi mereka ada

    ReplyDelete
  17. Wajah dan usia tua macam wak ni
    Tapi masih mampu main blog

    ReplyDelete
  18. Wajah tua itu pasti menyimpan pelbagai cerita.

    ReplyDelete
  19. Terus teringat mak abah kat kampung. huwaaaa...

    ReplyDelete
  20. Rinduu pulak dekat wajah tua ayah saya yang jauh di mata sekarang ni. Dah lama tak jumpa,
    arwah mak lagilah rinduuuu, lagilah lama tak jumpa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga covid/pkp cpt berakhir dan kita dpt jumpa mereka yg dirindui

      Delete
  21. Hiba pula membacany..
    Nukilan yang cantik dan menyentuh jiwa..

    ReplyDelete
  22. Wah pandainya awak berpuisi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x laa pandai mn pun. sekadar idea spontan je ni ;-)

      Delete
  23. Teringat ayah, kemarin baru saja pulang dari rumah ayah, tapi sekarang sudah rindu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kesempatan boleh melawat lg mbak naia😊

      Delete
  24. Huhu rindu arwah mak Dan ayah

    ReplyDelete
  25. Sedihnya bila bayang mak ayah :(

    ReplyDelete
  26. Bila baca entri ni terus teringat mak dan abah di kampung .

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap lps ni kite semua dpt rentas negeri n jumpa famili

      Delete
  27. Semoga kita dpt berbakti sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆