Siapakah paling kaya di China?
7:56 pmZhong Shanshan dilahirkan pada 1954 di Hangzhou, China dan berhenti sekolah di usia 12 tahun. Beliau telah mencuba pelbagai bidang pekerjaan termasuk pembinaan, penanaman cendawan, penjualan minuman dan bekerja dalam bidang kewartawanan.
Pada 1996, beliau memutuskan untuk membuka syarikat sendiri yang diberi nama Nongfu Springs. Syarikat ini menghasilkan air minuman botol dan ia berkembang dengan pantas selain menjadi produk minuman yang terkenal di China.
Selama bertahun-tahun menjalankan bisnes, syarikatnya telah menjadi syarikat minuman terkemuka di China. Tetapi kejayaan terbesarnya adalah berpunca daripada keputusan beliau untuk membangunkan Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise yang menjadi syarikat pembuatan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.
Di kala pandemik berleluasa, saham Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise meningkat lebih daripada 2000% dan saham Nongfu Springs turut melonjak naik hingga 155%.
Kekayaan bersih beliau kini adalah sebanyak USD71.9 bilion dan semakin meningkat. Pencapaian ini menjadi lebih bersejarah kerana beliau sama sekali tidak terkenal di luar negara mahupun di China.
Beliau juga tidak pernah terlibat dalam dunia politik dan amat menjaga kepentingan perniagaan. Beliau juga sendiri tidak terlibat dengan mana-mana keluarga kaya lain termasuklah dengan pihak media.
Kekayaannya kini telah mengatasi hartawan-hartawan teknologi China lain seperti pengasas Pinduoduo, Colin Huang (USD66 bilion), pengasas Tencent, Pony Ma (USD58.2 bilion) dan pengasas Alibaba, Jack Ma (USD51.5 bilion).
Kesimpulannya, kekayaan Zhong Shanshan datang daripada hasil kebijaksanaannya yang pandai mengambil peluang dan disiplin tinggi. Selain daripada itu, beliau tidak pernah berputus asa walaupun pelbagai ujian yang mendatang.
Di sebalik pandemik, beliau dilihat menjadi semakin kaya-raya. Beliau pernah berkata “dalam dunia bisnes, saya hanya mahu berbisnes sahaja” dan kurang bergaul dengan orang lain. Sebab itulah beliau digelar ‘lone wolf’.
diubahsuai daripada artikel INI.
53 Words of Lo♥e
Pengeluar vaksin c19 tentulah kaya raya
ReplyDeletetu laa... 3-4 thn ni mmg diorg buat duit je
DeleteAda. Berani ambil risiko untuk ceburi cabang perniagaan lain.
ReplyDeleteuntung sabut timbul untung batu tenggelam ;-)
Deletegood written:)
ReplyDeletenot mine actually ;-)
DeleteOoooooooo saya selalu nampak muka uncle tu. rupanya dia pemilik alibaba
ReplyDeleteya betul ;-)
Deletebestnyaaa jadi kayaa kan anies ^_^
ReplyDeletekann... kalu sy mcm ni hari2 sy bg shida beg LV😊
DeleteHahaha saya terhibur, saya nak jugak la kalau gitu :D
Deleteno prob tiqa... so doakan sy jd billionaire ya ;-)
Deletesikapterbaik tu rajin berusa n low profile walau billionnare
ReplyDeletebetul tu kak
DeleteKita pula, kaya dengan hutang.. haha
ReplyDeleteni lg seram dr cite hantu😆
DeleteUy parece que ni la pandemia le mermo el negocio. Te mando un beso
ReplyDeleteInnegable. eso es cierto, algunos de ellos obtienen muchas ganancias debido a la pandemia...
Deletewalaupun rakyat China ni ada peel-peel yang kita tak berapa kenan, tapi kalau bab semangat nak berjaya dan kerja keras tu memang puji la
ReplyDeletebetul. semangat tu yg 'mahal'. no wonder umur 14 thn da mng olimpik.
Deletemesti umur 2 tahun dah kena campak dalam kolam. huhu
Deletekolam yg kena isi air sendiri tu kn? hehehehe
Deletehave a great day:)
ReplyDeletethank you dear
DeleteOrang bisnes ni lain macam cara pergaulan dorang..
ReplyDeleteKalau otak mindset keuntungan memang bangun tidur je fikir macam mana nak jana untung lebih dari semalam..
Btw. Good sharing Anies
betul tu. determination. tu yg bkn semua org mampu buat
DeleteKagum dengan mereka yang kaya raya ni yang bermula dari hidup susah dan tak belajar tinggi. Berkat usaha dan disiplin tinggi pasti ada ganjarannya. USD berbillion tu.
ReplyDeletekannn...suatu yg positif dan wajar kita contohi... berbilion tu 7 keturunan x abis mkn ;-)
DeleteTahu takpe! Berkat usaha dia, dapatlah hasilnya. Boleh dicontohi :)
Deleteyg baik tu kita ikut dan contohi. mana tau kan bleh duduk sebaris dgn dia hehehehe
DeleteWaow ad yg ngalahin jack ma ternyata,,,
ReplyDeleteBisnisny juga vermanfaat bisa bikin vaksin
ya mas... tp ramai yg tak kenalnya
Deleteknal jack ma jer..sbb igt alibaba group..:)
ReplyDeletetp yg ni lg kaya😆
DeleteOh very interesting darling
ReplyDeletethanks sakura ;-)
DeleteSaya kenal orang kaya tuh 'Paman Gober atau Uncle Scrooge' sebab ia bisa berenang-renang dalam kolam koin emas. Hehehehe. Terima kasih informasinya, kak Anies. Rindu sangat baca tulisan-tulisan kak Anies ^_^
ReplyDeleteooo ye ke? tak pernah pula sy dgr gelaran tu. mungmin dlm bangsa cina di sini tahu barangkali
Deleteitu tokoh dalam film kartun Donald Duck, kak, saya juga dulu baca majalah Donald Duck. Uncle Scrooge ini pamannya Donald. Hhehehehe
Deleteooo ya ke? heheheh faham2 ;-)
Deleteberbeza betul dengan apa yang coach ajar tentang bisnes ni bila kita kena ada banyak networking. Zhong Shanshan ni elok je naik jadi yang terkaya walaupun lone wolf
ReplyDeletekann... sy pun belajar mcm tu. kn byk kn networking dlm bisnes... tp mungkin jg bisnes dia ni bisnes 'essential'. jd x byk networking pn org ttp cari
DeleteTekad dan bernekad membina perniagaan, dan menangkap peluang keperluan semasa dan trend permintaan tu yang berjaya hingga kaya..
ReplyDeletesetuju! x dinafikan... shanshan pantas bertindak utk ambil peluang yg ada..
DeleteOrang Cina kuat kerja, gigih berusaha. Majikan Kak Amie pun bangsa tu.... aduhai memang siang malam dan waktu cuti kami dikerah buat kerja! Hasilnya sudah tentu cemerlang, tapi yang tak bestnya bekerja dalam suasana tertekan!
ReplyDeletesamalah kite kak... kdg nk give up je. tp apakan daya. kita cari rezeki kan...
DeleteWajah-wajah orang kaya :)
ReplyDeletetermsk lah sy😆😆😆
DeleteBerusha dan terus berusaha.. disiplin dan juga batasan pergaulan.. kikiki..
ReplyDeleteBetul-betul rezeki dia buat duit bila dia bijak ambil keputusan..
bak kata org bkn sng nk sng... jenis pandai gali peluang...
DeleteGracias mi amiga..
ReplyDeleteMostly org jutawan asalnya dr org susah yg berjaya ubah nasib keluarga
ReplyDeleteWow, cerita inspirasi ni. Apa yang saya nampak dan belajar dari cerita ni, jangan cepat mengalah dalam sesuatu perkara, kalau bidang tak sesuai tukar dan cari bidang yang serasi. Buat sampai jadi. Lagi satu, semua billionaire akan melabur untuk beranakkan duit mereka. Hopefully im in the right track la sekarang sebab tengah buat semua ni..aamiin
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆