Roti ice cream by Baskin Robbins

9:31 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Zaman kanak-kanak dan ais krim memang tak boleh dipisahkan. anies ingat lagi, setiap kali sebelum mula waktu belajar kat sekolah agama petang, mesti akan muncul pak cik penjual ais krim kat bawah pokok mangga depan sekolah.

selain jual ais krim calung (cone ice cream), dia juga jual ais krim roti. tapi disebabkan harga ais krim roti lebih mahal daripada ais krim calung, so bila ada duit belanja sekolah lebih barulah dapat merasa makan ais krim roti.

waaarghhh nostalgia betul kalau ingat balik. tapi lepas makan roti ais krim dari Baskin Robbins (BR) ni, agak-agaknya memori tu berulang semula ke?

mana mungkin... 🤣🤣🤣 bila dah hadap ais krim, memang dah tak ingat benda lain daa... kena pula ais krim mahal kannn...🤣🤣🤣

so, baru2 ni terbaca kat IG, BR ada keluarkan ais krim roti khas bersempena Hari Kemerdekaan ke-63 dan Hari Malaysia..

ada 4 variety ais krim ditawarkan dan korang boleh pilih flavor dan topping yang disukai... harga setiap ais krim roti ada terpamer kat situ ya... insya Allah ada rezeki nak try yang lain pula...

lepak kat sini untuk makan ais krim. kebetulan anies ada urusan kat KL Sentral masa tu. so, alang2 dah sampai, jom panjangkan kaki ke NU Sentral. kiosk BR ni berada di level 1, NU Sentral.

yeahhh ni laa roti ais krimnya... anies pilih roti ice cream froot - flavor chocolate mint dan topping strawberry (ada slice strawberry) so, macam mana rasanya? sedap weiiii... roti Mighty White ni memang lembut je dan bila kena dengan ais krim... warghhh terpejam2 mata dibuatnya... nikmat sungguh! (dah nama ais krim mahal, kalau tak nikmat tak tau laa nak cakap apa 🤣🤣🤣) yang warna warni tu pula rasanya Froot Loops by Kellogg's. anies agak je ni. sebab tu namanya ice cream froot. kalau salah tolong betulkan ya... 

so, kalau korang nak rasa roti ais krim BR ni, silalah terjah mana2 kiosk BR berhampiran. for more info, click HERE.

okey tu je laa yang anies nak share untuk hari ni... thanks 4 reading... daaa....

Kisah Silam Untuk Masa Depan

63 Words of Lo♥e

  1. waaa..roti ice cream..mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ice cream mahal kan... kalau x sedap sy bakor BR ni hehehehe

      Delete
  2. Br ade yer letak roti.... Namti nak carik👍👍

    ReplyDelete
  3. nak try roti aiskrim almond tu.. akak suka yang ada kacang2 gini..

    ReplyDelete
  4. Really nice selection!
    Great post dear!

    ReplyDelete
  5. Selamat hari Kemerdekaan untuk segenap Rakyat Malaysia!
    Salam dari Indonesia.. :D

    ReplyDelete
  6. Tapi harga aiskrim roti dia 2x ganda dari aiskrim BR yang kon. Mak cuma mampu beli aiskrim kon BR je la sebab nak kena beli 3 sekali beli pasai bawak bebudak kecik. Lari bajet mak makan aiskrim roti camni..haha

    ReplyDelete
  7. sampai terpejam mata minkmati askem tu ye. cam nak kena try jugak je ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa laa tu dpt mkn ais krim mahal hehehe

      Delete
  8. kalau hari2 makan aiskrim ni..boleh kopak sis..kekeke

    saya beli jela icecream dalam bekas,pastu amik roti gardenia.

    sapu je..siap! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sebulan sekali boleh consider lg hehehe

      Delete
  9. zaman kanak-kanak dulu banyak makan aiskrim kon dan aiskrim 20sen... balik sekolah je makan aiskrim ramai-ramai.. bestnya bila ingat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ice cream, pop ice kan? heheheeh nostalgia betul

      Delete
  10. Es krim nya mahal, tapi wajar sih, rasanya juga mantap..

    ReplyDelete
  11. Kalau saya pilih no 3. Pilih sendiri.

    ReplyDelete
  12. Ambuiiih sampai terpejam-pejam mata tu....bestnya kalau ada kat Kangaq jugak uhuhuuk 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu namanya menikmati ais krim sepenuh jiwa raga hahahaha

      Delete
  13. Uy se ve delicioso tengo ganas de comprar ese helado. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. no olvides comprar para mí también jajaja

      Delete
  14. WOW NAMPAK SEDAP AISKRIM ROTI FESEN BARU NI

    ReplyDelete
  15. Sedapnya.. teringin nak cuba yang almond tu.. mesti best..

    ReplyDelete
  16. Wa menggoda sekali roti ice creamnyaaa.. Mau dong mbak Anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah ke sini saya belanja ais krim BR ;-)

      Delete
  17. hanya orang yang mampu dan sanggup menikmati aiskrim sahaja boleh singgah di Baskin Robbin...

    saya hanya mampu tengok dan telan air liur pun tasa alhamdulillah..

    nikmat imaginasi siapa yang boleh pertikaikan

    ReplyDelete
  18. Wah enak tuh mbak Anies yang Roti Ice Cream Froot, membayangkan makan pada saat siang hari makannya.😋

    ReplyDelete
  19. Boleh buat sendiri macam tu...

    ReplyDelete
  20. Bestnya ice cream roti. Suka uat sendiri. Jimat. tapi nyilu gigi nak makan.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya. Kalau aiskrim mahal ni kena makan sampai titisan terakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh bungkusan dia pn nk telan sekali hahahaha

      Delete
  22. Tak pernah try lagi. Nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  23. GV selalu 100 kali before nak beli aiskrim baskin robbin kerana harganya sangat mahal.huhu. tapi mungkin GV akan cuba beli juga nanti sebab aiskrim roti kat nampak sanagt sedap. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun fikir cm tu jg...tp x bolehlah selalu beli...setahun sekali bolehlah kot hehehe

      Delete
  24. Ni mmg sedap.. saya pun suka. Klu makan mmg puas hati, bukan sekadar aiskrim!

    ReplyDelete
  25. Banyak topping-nya. Kalau disini baru ceres aja kak topping-nya

    ReplyDelete
  26. orang kata aiskrim ni sedap, saya belum pernah cuba hehe

    ReplyDelete
  27. Belum cuba lagi roti ice cream baskin robbins. nak juga lah..

    ReplyDelete
  28. Roti with ice cream looks yummy!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆