Summit Hotel @ Subang USJ

2:17 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau bukan kerana walimah Azim (boleh baca kat SINI), tak ada maknanya kami saja2 nak duduk sini 🤣🤣🤣

boleh je nak ulang alik dari rumah ke Subang. tapi tu laa... sesekali berkumpul dengan family di 'luar kebiasaan'... apa salahnya kan?

so, kami anggap menginap 2D 1N kat sini sebagai family staycation. sebelum tu azim dah booked 5 bilik tapi mana laa cukup untuk family besar macam kami ni. so kenalah tambah bilik lagi.

fikir punya fikir, anies decide untuk booked bilik lain bagi anies dengan mama.

maka dengan ituwww, bermulalah proses mencari harga termurah terbaik sebab anies memang dah sedia maklum, harga bilik Summit Hotel ni bukan biashe-biashe.

walaupun masih dalam PKP, harganya tak mungkin boleh dapat bawah RM100. tapi... kalau dah nama rezeki, pasti tak ke mana, kan?

Alhamdulillah, anies dapat bilik double bed dengan harga RM93 je (tanpa breakfast). ya betul, RM93 je daripada harga asal yakni RM200++.

so, bila dah dapat harga macam ni takkan nak tengok je kan? haruslah disambar sepantas yang boleh. fast action fast result gituuu

uiii panjang laa pula mukadimahnya pada hal nak share fasal bilik je.

Alhamdulillah, overall bilik sangat selesa dan puas hati. bilik luas, bersih, air paip pun laju, toiletries pun lengkap selain kettle, iron, iron board dan wi-fi yang laju semestinya.

parking pun murah je. RM2 sehari. tu pun kalau korang rajin claim kat kaunter lepas bayar. kalau tak harga asalnya RM4.

since PKP, breakfast kat sini agak terhad. korang kena order menu yang disediakan dan jumlah menu yang disediakan tak banyak... kalau tak, pergi je resto mamak belakang hotel or terjah je Mydin USJ. situ ada food court, resto etc...

ni laa hotelnya... gambar lama ni...tak silap 6-7 tahun lepas. sebab landasan LRT masih dalam pembinaan... credit gambar.

bilik anies dan mama... dia punya bantal memang empuk. letak je kepala terus zzzz sampai ke pagi 🤣🤣🤣 bantal extra ada dalam almari.

kami ditempatkan di tingkat 20 dari 21 tingkat yang ada... syukur lifnya laju...tak perlu tunggu lama...

dari pintu masuk... sebelah kiri gambar - bilik air. sebelah kanan, almari baju dan kabinet.

toilet. belakang pintu ada bath tub. air paip laju. 

bilik kami, 2004

view bilik dari pintu masuk... jangan tanya kenapa banyak sangat mejanya...

macam biasa, TV selalu jadi pak pacak.

koridor / laluan depan bilik...

lif hotel. ada 4. tapi hanya 3 sahaja yang berfungsi...

dining hall... kalau tak PKP rasanya memang penuh kawasan ni...

kaunter reception. staf hotel yang friendly... i loikeee!

lobi hotel...tampak mewah...

okey tu je yang anies nak share untuk hari ni. 

di kesempatan ni, anies nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63. #SayangiNegaraku
merdeka! merdeka! merdeka!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

52 Words of Lo♥e

  1. Güzel bir otel 😊 teşekkürler paylaşım için 😊

    ReplyDelete
  2. duduk hotel selesa je tambah harganya patut sgt

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya , kalau saya mesti nak stay je sini hihi

    ReplyDelete
  4. Wow, Summit Hotel harga bilik tak sampai RM100? Nanges dengar..untungnya lahai..

    ReplyDelete
  5. Memang sekarang Hotel-hotel bagi harga rendah untuk bilik . untung siapa yang bercuti time ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tp sy mmg x expect lgsg boleh dpt semurah ni... sbb hotel mahal kot hehehhe rezeki...

      Delete
  6. Oh, GV pernah lalu depan hotel ni dekat USJ beberapa tahun yang lalu. Cantik dan menarik hotel ni kak. mmg sesuai untuk staycation. hihi. Mydin Mall yg besar pun ada belakang hotel. nice place kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg kiri kanan dpn blkg hotel ni dah ada shopping mall tau...hehehe

      Delete
  7. Me alegra que te hayas divertido y el hotel se ve genial. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. tienes razón. pasamos un tiempo con nuestra familia aquí

      Delete
  8. Bilik kamar hotelnya menarik. Desain2 nya juga sangat menggambarkan suasana kemerdekaan.
    Selamat Hari Kemerdekaan untuk Segenap Rakyat Malaysia, kak Anies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mas... orang kata 'amik feel' hehehe terima kasih

      Delete
  9. wah kece hotelnya mbak Anies, btw Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 yaaaaa. merdeka selaluuu!

    ReplyDelete
  10. Cukup lumayan juga dapat potongan harga RM7 dari RM100 tuh, kak ...
    Tetapi harga menu breakfastnya mahal tidak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan begitu, mas... harga asalnya RM200++ tapi saya dapat RM93 per night ;-)

      breakfast kena bayar RM20 / pax. better makan di restoran berdekatan sebab lagi murah hehe

      Delete
  11. Wah....murah betul, dan yg best skali (bg akak la) ada byk meja & kerusi dlm bilik. Nmpk luas pulak tu. Good deal! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... penangan PKP kot tu yg murah hehehe

      Delete
  12. Assalamualaikum...visit again.

    Eloknya Hotel bagai istana

    ReplyDelete
  13. Wow, looks interesting! Fantastic post! 

    Kisses :)      

    ReplyDelete
  14. Kalau tak baca sampai habis, saya kira ini Subang di Indonesia.. hehehe.. jadi rindu ingin staycation bersama family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? di sana pun ada tempat nama Subang ya?

      Delete
  15. wow, itu benar benar tampak mewah seluruhnya...bila bila masa nak cuba tapi setelah covid 19 ...he he he

    ReplyDelete
  16. Murah betul.
    Koridor lif macam gelapkan dengan banyak warna coklat pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sbb dia nmpk tampak mewah. warna coklat kononnya guna kayu😊

      Delete
  17. Hotel nampak bersih dan mewah👍👍
    Selamat hari merdeka anies.

    ReplyDelete
  18. Bisa jadi referensi nih kak. Tapi sebelum itu mau mengucapin "Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Kak"

    ReplyDelete
  19. Pergh!! Ohsem gila dapat bilik cantik dengan harga murah.. Berbaloi baloi..

    ReplyDelete
  20. Betul betul rezeki tu dapat bilik dengan harga murah sekali breakfast bawah RM100. Bilik pun luas. Memang kena sambar cepat membooking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... sy pn mmg x sangka bleh dpt harga sebegitu😊

      Delete
  21. Nampak menarik... mesti tidur lena sampai ke pagi...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆