Malaysia vs Vietnam, final 1st leg AFF Suzuki Cup 2018 @ SNBJ

10:41 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, anies nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada En. Faizal yang menghadiahkan 2 tiket final ni...ya Allah tak terkata gembiranya...

since Jumaat, puas godek website nak beli tiket online tapi tak dapat, godek hari Sabtu, masih tak dapat juga. minta tolong runner, runner pun surrender bila keluar berita orang dah start berkhemah kat SNBJ pada Sabtu malam Ahad...

dalam hati, tak apalah... kita jadi bangsa TV je laa untuk final kali ni. tak apalah, janji dapat tengok dah cukup syukur meskipun dalam hati meronta nakkkkkkkk sangat pergi stadium.

Alhamdulillah... memang betul, rezeki tak pernah salah alamat. ahad lepas anies saja2 try mesej En. Faizal and tanya dia ada dapat tiket ke tak? dia cakap, dia tunggu kawan dia belikan. kalau ada rezeki tiket lebih, dia akan kasi kat anies.

bila dia cakap macam tu, anies pun tak harap sangatlah (sebab dah tahu and sedia maklum, nak dapatkan tiket untuk game seumpama ni memang sangat2 payah) sampailah Isnin petang, dia mesej dan beritahu ada tiket extra. and anies tak tanya pun macam mana kawan dia boleh dapat sebab masa tu hanya terfikir nak melompat je hahaha...

Alhamdulillah... terima kasih banyak2 En. Faizal... segan pun ya sebenarnya sebab sebelum ni pun dia hadiahkan tiket WC Qualified 2014... Alhamdulillah... semoga rezeki En. Faizal bertambah dan meluas hendaknya. aminnnnn

so, lepas kerja... terus je naik tren ke Bukit Jalil. dan sama macam sebelum ni, perkarangan SNBJ meriah tak hengat dan sesak. kami memang tak tunggu lama sebab tahu seat pasti akan penuh punya kalau masuk lambat atau end up duduk atas tangga. tak mo!

cakap fasal game pula.... huhhh... semput jugalah dibuatnya bila Vietnam mendahului. walaupun HM menguasai bola tapi pihak lawan bijak mengatur serangan dan once diorang dapat bola, diorang terus attack. tu kelebihan Vietnam merencana strategi dan nyata mereka berjaya membawa bekal berharga di laman sendiri nanti.

pun begitu HM tak mudah mengalah dan segera bangkit. HM takkan sewenang-wenangnya memberi laluan mudah sepertimana ketika menentang Thailand. Gol Shahrul dan Safawi memang sangat2 berharga dan selain menaikan moral pemain selepas ketinggalan 0-2.

apa2 pun kita berdoa dan berharap moga di Hanoi Sabtu ini menyajikan persembahan mantap sepertimana mereka buktikan sebelum ini.

kepada yang bertanya, macam mana HM nak menang kat Hanoi nanti?

HM kena score at least 1 gol tanpa balas (1-0). andai terikat 1-1, Vietnam juara. ini disebabkan kelebihan gol di tempat lawan (Vietnam dapat 2 gol di SNBJ) kalau 3-3, HM juara. tapi boleh ke HM score sebanyak tu? apa2 pun kita doakan mereka berjaya ya!

ayuh Malaysia! Selamanya Harimau Malaya!

tiket yang menjadi rebutan rakyat Malaysia... mem besar malas nak rotate gambar. bertabahlah...

sekali lagi duduk kat tier 3... masuk gate C... bertabahlah kena menapak jauh...

warming up session...

sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara diperdengarkan...

UM dan tifo... jarang menghampakan... #EkorUM sorry gambar blur...

the game is on!

end of the game. see you in Hanoi! well done lads!

thanks 4 reading....

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

36 Words of Lo♥e

  1. HM boleh.. go HM go..kita layan kat tv jer..:)

    ReplyDelete
  2. wah tgk bola di sadium..rezeki dpt tiket tu...smlm tgk kt tv je la...good luck msia kt stadium vietnam plak nanti

    ReplyDelete
  3. Tahniah juga... Apa yang penting, berjuang hingga wisel penamat... Jangan mudah mengalah... Teman sempat tonton di TV je la utk game kali nie... Game kat Hanoi nie sedang di plan... harap2 menjadi laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... nk p hanoi ka? wahhh best tu

      Delete
  4. Haha mesti semangat molek bila pegi stadium. Tak pernah ada pengalaman pun tengok game kat stadium, tapi kalau terjebak tengok kat TV pun kadang2 semangat dah. Hihi

    ReplyDelete
  5. wahhhh...mmg rezeki betul tu dpt tiket free...untung laaaa

    ReplyDelete
  6. Fuh! tengok kat TV jer... ramai sungguh manusia.
    Mujur jugaklah dapat counter attack 2-2 tu kalau tak berhuhuhu la nampaknya HM

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa bla aidil n syahmi xde kelam kabut jg hm

      Delete
  7. wah,rezeki tu dapat tiket,ada yang sampai pengsan..tapi saya tengok dekat tv ja,mungkin sebab saya bukan jiwa stadium...Malaysia kena baiki pertahanan kalau nak dapat result yang positif.

    ReplyDelete
  8. wah dpt juga anies bersama ribuan penyokong HM kat stadium ya..bca n3 anies terkenang kat sal yg juga minat bola ..manalh hlgnya blogger cute tu

    ReplyDelete
  9. wah untunglah dpt tiket,
    kita tgk kat rumah je,
    mmg penuh debaran....
    tahniah malaysia

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat HM.. smeoga terus cemerlang di Hanoi..

    ReplyDelete
  11. Bila lah boleh dpt tiket free ni...haha..untung dpt tegok final..esok tgok tv ja lah kan LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe janji tgk n sokong bkn #bangsalalang haha

      Delete
  12. Sedih tau semalam tengok bola masa tengah berniaga di utc. Harap HM akan terus bangkit lepas ni...

    ReplyDelete
  13. HM telah berusaha yg terbaik.. tahniah dan syabas buat HM!

    ReplyDelete
  14. kalah jugak di tempat vietnam..apapun team Malaysia sudah berikan yang terbaik

    ReplyDelete
  15. HM dah lakukan yg terbaik. Kita as fans akan sentiasa sokonh. Aumm 😉

    ReplyDelete
  16. kite tengok bola faham sikit je hehe.. layan jugak tapi banyak tengok pemain =P

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆