Cik Melur Ikan Bakar Air Asam Mencepu @ Medan Selera Bandar Sri Permaisuri
12:43 pm
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kitorang beria nak makan kat sini gara2 tertengok Majalah Tiga tempoh hari.
dalam segmen buah mencepu, pengacara bawa penonton ke restoran ni sebab hanya di restoran ini saja yang menyediakan ikan bakar cicah air asam buah mencepu. dia punya meleleh masa tu... mak aiiii... macam dah terasa kemasaman buah mencepu dalam mulut... perghhhh...
lokasi restoran yang kami pergi ni adalah Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras. kami datang lepas balik kerja. masa tu pula hujan renyai2...
since restoran pun baru buka (5.00 petang), pengunjung pun tak ramai. jadi kami terus pilih ikan yang nak dibakar.
kami pilih ikan merah. mula2 nak makan siakap, tapi nampak besarlah pula sedangkan nak makan 2 orang je...
Alhamdulillah... kenyang dan puas hati. ikan pun terasa fresh sangat. bahan perapan (pes) pun sedap sampai ke tulang kami balun hahahaha...
air asam mencepu pun sedap. tapi anies makan dikit je sebab masa tu tekak dah perit (nak selesema)
so korang yang tinggal berdekatan, bolehlah terjah restoran ni. total makan kami hari tu tak sampai pun RM50 termasuk minuman, nasi putih dan tomyam.
ikan merah yang dah siap dibakar... perghhh masih terasa kesedapan perapan (pes) ikan ni... manakala dalam bekas kecil tu, air asam buah mencepu. masam2 pedas gitu... tapi sedap!
tomyam campur...
nasi putih dan minuman... yang kuning tu fresh oren panas. mem besar dah start sakit tekak nak selesema masa ni...
tempat bakar ikan. depan restoran... dalam tong oren tu ada pelbagai jenis ikan segar untuk dipilih...
untuk mereka yang tak kenal buah mencepu. lain tempat lain panggilannya. nak baca lebih lanjut tentang buah mencepu klik kat SINI. gambar credit SINI.
thanks 4 reading... daaaa
31 Words of Lo♥e
kalau kat kelantan panggil buah cupu jer..hihi.. btw ikan bakar tu nampak menggoda..hihi
ReplyDeletejanji hujung2 ada bunyi pu hahahahaha
DeleteCikbunga tengok jugak Majalah 3 ari tue...wah dah merase.yer buah mencepu🍽🍽
ReplyDeleteada nmpk sy dlm tv x? hahahaha
DeleteDari Fidah Shah
ReplyDeleteKesini aku singgah
Harap ada senyum ramah
Datang dari tuan rumah
Hmmm seger itu minumannnya
terima kasih mbak. harap sudi datang lagi ;-)
Delete1st time dengar buah mencepu ini.. Pergh!! Meleleh owh tengok sos ikan bakar tu.. mengancam..
ReplyDeleteu shud try... once tried u'll never regret hahahaha
DeleteWahhh suka sekali saya dengan makanan diatas tu, apalagi liat ikannya tu sedapp.. nak lah
ReplyDeletejom datang ke kuala lumpur saya belanja ;-)
Deleteyummy...
ReplyDelete😊😊
DeleteOh! itu ka buah mencepu tak pernah tahu hiks!
ReplyDeleteIkan tu nampak mengiurkan.
eikkkk apo ni orang nogori x tau buah moncopu? hehehehe
DeleteNampak sangat menyelerakan semua tu...
ReplyDeletesmpi teringat2 zumal
DeleteOh..ini ke buah mencepu. Macam pisang kaki versi mini ye?
ReplyDeletebentuk cam manggis, rs masam, dr jauh mcm pisang kaki
Deletebuah mencepu macam buah mangis..
ReplyDeletebagaimanakah rasanya ..
masammm
Deletesedap nmpk ikan bakar tu..hah buah mencepu tu pernh mkn tu pn org bg..lupa dh org tu bgtau nama buah tu
ReplyDeletehjg2 nama buah tu mesti dia sebut 'pu' kan hehehe
Deletesedapnya ikan... mencepu? tak pernah dengar hahaha.. kesian
ReplyDeleteboleh bukak resto cm ni kt penang😄
Deletesedapnya ikan... mencepu? tak pernah dengar hahaha.. kesian
ReplyDelete*tepuk dahi😄
DeletePerghh.. ikan merah tu jadi tak tahan tengok. Terbuka selera!
ReplyDeletennt try laa sggh
DeleteFirst time dengar buah mencepu 😬. Btw ikan bakar memang nampak sedap gilos.
ReplyDeletennt sggh laa😊
Deletebagaimana rasanya anies apakah asam , baru pertama lihat buah macam ini kalau bentuknya sama dengan manggis tapi bukan manggis
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆