Taipei, Taiwan: ke Carrefour Guilin Store

12:23 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

hahahaha... pergi Carrefour pun nak buat entry juga ke anies?

ehhh mesti laa... saja nak tunjuk kat korang yang kami shopping sakan sampai senget2 troli! 😆😆😆

ehh... tak ada laa...

sebenarnya kami bershopping ni sebab nak beli bahan 2 mentah. alkisahnya... since ni travel bajet plus kedekut taik hidung masin, maka segala makan minum kenalah kami sediakan. bukan sebab tak banyak restoran halal, restoran halal banyak... tapi tu laa... sebab nak berjimat kan... (harga makanan kat Taiwan ni boleh dikatakan agak mahal juga laa)

maka, kami pun bawa laa periuk elektrik untuk memasak. bahan2 yang kami bawa tak banyak. cuma maggi dengan perencah je. dari info yang kami dapat, imigresen Taiwan ni payah sikit. agak strict kalau sesiapa bawa masuk bahan2 makanan. 2-3 kali jugalah anies tanya kat TVA (Taiwan Visitor Association) tu pasal nak bawa makanan. dia tetap kata tak boleh. akhirnya kami bawa maggi and perencah je laa. tu pun sorok2 celah2 underware.

then, ada sesetengah orang, meskipun ada restoran halal, tekak diorang tetap sukar nak terima makanan lain bila travel. betul tak?

so, dengan sedikit perkongsian hari ni, anies harap, mana2 kawan2 yang nak datang ke Taiwan esp. Taipei and nak cari bahan2 mentah untuk dimasak... nah! entry ni untuk anda!

untuk ke Carrefour ni, korang perlu naik MRT (line merah) dan turun di Ximen Station. bila dah sampai, cari Exit 1 dan lepas tu korang akan jumpa simpang empat. situasi kat situ ala ala macam kat Shibuya Jepun...  hahaha...

then, menyusur sepanjang jalan besar sebelah kanan, then straight je. jarak dari Exit 1 ke Carrefour kira2 dalam 600m.

jangan risau. kalau sesat tanya je orang2 kat situ. orang Taiwan ni, meski ada yang tak faham English, diorang sedia membantu. kalau rasa susah sangat, korang tulis je perkataan Carrefour then tunjuk. insya Allah, pasti diorang 'bersemangat' nak tolong walaupun direction yang diorang beri tu "chong cheng chong cheng" hahahhaahhaa...

berdekatan Exit 1 Ximen Station... ada beberapa patung didirikan dan kalau nak selfie... no prob!

ni laa simpang empat yang anies maksudkan tadi. walaupun tak sesibuk Shibuya. kami sampai ni... cuaca sangat2 nyaman dan redup je...

okey... ni laa laluannya untuk ke Carrefour. straight je... jangan 'kona' kiri kanan sampailah korang nampak bangunan ni 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

ni laa Carrefour nya... tak sama ya macam kat sini (dulu) ya... apa lagi, jom kita shopping!!!

kami terus tuju ke level 3. di sini ditempatkan barangan makanan basah dan kering. barangan basah di pintu masuk manakala barangan kering di sebelah belakang.

satu persatu kami belek makanan yang ada esp. makanan tin atau yang dibungkus. mana laa tau kan ada barangan import dari Malaysia. boleh juga laa sambar buat alas perut kan?

ni laa barang2 yang kami beli. beras, telur, sawi, putik jagung, mi sedaap (ada kat satu rak tu, kami jumpa barang2 halal dari Malaysia dan Indonesia) dan epal. kalau korang nak tau, epal kat sini... ya rabbi.... sedap ya amat! sumpah sedap! sangat rangup, manis dan besar. rasa nak bawa balik Malaysia je. tapi bila teringatkan imigresen, terus tak jadi beli... terkilan juga laa bila dah balik... so, kalau korang ke Taipei, jangan lupa beli epal tau!

suasana depan Carrefour (Carrefour terletak sebelah kiri gambar). laluan yang sama untuk kembali semula ke Ximen Station...


p/s just FYI, currency Taiwan tak ada nilai sen ya walaupun mereka ada duit syiling. currency mereka bermula dari nilai NT1 dan paling besar (kalau tak silap) NT1000. contohnya harga sebatang pen NT60.


okey laa... samapi sini je dulu perkongsian hari ni... insya allah ada masa anies sambung lagi... serta sambung BW

thanks 4 reading...

daaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

32 Your Words of Lo♥e

  1. teringat apple merah yg crunchy... teringat2

    ReplyDelete
  2. Masak sendiri lagi best nak makan😆😆jimat pon jimat
    Duit tue simpan tuk shopping 😘😘

    ReplyDelete
  3. seronok ade pengalaman masak2 di negara orang. nanti boleh share menu skali hehe..

    ReplyDelete
  4. jimat kalau dpt masak sendiri ...

    ReplyDelete
  5. Oh asyiknya belanja di carre four menjelang hari raya.

    ReplyDelete
  6. Sama ramainya dg carefour indonesia..
    Kalo di indo, ada yg dikembangkan menjadi mall, supermarket dan wahana bermain dalam ruangan.

    ReplyDelete
  7. Epal jenis apa yang sedap sangat dekat Taiwan tu?

    ReplyDelete
  8. Besar carrrfour diorang. Rambang mata jadinya shopping. So lepas ni entry masak-masak ye anies

    ReplyDelete
  9. di Malaysia pula dah tak ada carrefour kan...

    ReplyDelete
  10. Mesti sihat....banyak makan sayur tu...

    ReplyDelete
  11. wah! sempat shopping lg di Taiwan...mesti nak dok lama tu.... :)

    ReplyDelete
  12. Bagus jugak idea masak time travel ni.Boleh jimat kan? ^^ hehe malangnya Hana ni jenis yang susah nak kedekut untuk beli makanan T^T plus malas masak jugak senanya :P

    ReplyDelete
  13. hi Anies.. lama x sembg.. how r u there.. heehe

    ReplyDelete
  14. sorok kat celah2 underware.,,

    dahsyatnya awak..

    boleh jadi partner James Bond

    ReplyDelete
  15. suatu hari saya akan ke Taiwan juga..

    sebab nak makan epal di Taiwan..

    orang kata sedap sangat

    ReplyDelete
  16. Carrefour dekat Malaysia ni habis tutup dah semua kan...

    Epal dekat Jepun pun besar, manis dan rangup...

    ReplyDelete
  17. Waa, epal Taipei lebih sedap ya - mgkn organik kot...? Waktu akak kursus kat Jepun dulu, jumpa bbrp peserta dr Malaysia yg x sggp mkn mknn halal di situ. Dorg bawa rice cooker, dll. Mslhnya, tpt tinggal tu mmg strictly mention x blh msk di sana & x blh guna singki bilik laundry utk basuh bekas makanan, sampai keluar extra notis lg. Tapi dorg tetap buat jg.

    ReplyDelete
  18. uikk..mcm best jer bila shopping kat oversea. nak2 bila jumpa produk malaysia..:)

    ReplyDelete
  19. Orang sana emang doyan jagung muda juga yak ??? Kirain cuma orang kita aja yang doyan. Itu buktinya ada di ranjang belinya

    ReplyDelete
  20. bagus gak update entry ni Anies.. kami ni mn la ad pngalaman gini. at least gmbr cantik2 ni boleh la tau sesuatu. hehe

    ReplyDelete
  21. Hahaha chong cheng chong cheng xD
    Biasanya kalau sy memang tak tanya jalan sebab bagi sakit hati.. haha.

    ReplyDelete
  22. Susahnya tak boleh bawak masuk makanan..benda tu saya paling suka buat time travel. Jajan, milo, megi..terpaksa la membeli belah kat carrefour..

    ReplyDelete
  23. Iya...sudah mulai beralih dari tradisional ke modern mart hehe

    ReplyDelete
  24. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  25. bel buah2 sayur2 segar dh tentulh halalnya cuma knan proses yg mersaukn ya anies

    ReplyDelete
  26. Teringat lak Carrefour yang dah jadi kenangan tu... Epal tu ade lagi tak???

    ReplyDelete
  27. seronok eeh pegi hypermart diorang sebab teruja. tengok snack2 diorang tapi tula xleh makan kan.. rasa macam da blend in dengan locals pegi tempat2 gituu..

    ReplyDelete
  28. Malaysia dah xde carrefour ni rasanya.. terasa juga kenangan klu shopping kt situ. Duli suka sos cili carrefour.. rasa dia raw sikit.. sedap hehe :D

    ReplyDelete
  29. Ingat NZ ja strict yakmat immi dia.. Tak sangka Taiwan pon sama

    ReplyDelete
  30. mcm sedap sgt je rasa epal tu bila anies sebut gitu...huhu
    telan liuq dah ni..haha

    ReplyDelete
  31. strait betul ye imigresen dia..

    ReplyDelete
  32. Pembetulan, jangan salah pihak imigresen bila tak kasi bawa, kena salahkan pihak kastam.
    Imigresen periksa pasport dan kebolehan kita masuk negara mereka. Kastam yang periksa barang yang kita bawa tu boleh bawa atau sebaliknya. Kalau boleh kena cukai/duti atau sebaliknya.
    Huhuhu...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆