Kad raya '18

10:43 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... masih ada yang sudi menitipkan ucapan raya menerusi kad walaupun anies menerimanya lepas raya. tak apa... janji sampai...

cuma tu laa... bila terima kad raya ni, tiba2 rasa bersalah sebab belum pernah balas pun mana2 kad raya yang dikirim dari dulu... alahai... maaf ya kepada sahabat2 yang pernah hantar kad raya tapi anies tak balas. bukan tak sudi. no, no! cuma tu laa... tak ingat langsung tapi bukan buat2 lupa ya...

mudah2an kalau panjang umur, insya allah tahun depan anies akan cuba balas satu persatu... i know... kegembiraan dapat kad raya sekarang memang lain feelingnya. ye laa... sekarang hantar kad dengan WA je. feeling tu tak ada... zaman guna SMS tu, mula2 guna SMS memanglah happy. lama kelamaan feeling tu melayang pergi. tak sama dengan feeling dapat kad raya sepertimana yang kita2 semua pernah lalui zaman kanak2 dulu (sob sob... 😭😭😭😭 terkenang zaman kanak2 bila dapat kad raya bukan sekeping dua tapi berpuluh keping. penuh ruang tamu dengan kad raya yang digantung)

eh, panjanglah pulak membebelnya... padahal nak ucapkan 2.6 BILLION TERIMA KASIH kepada dua sahabat blogger awesome ni!

terima kasih my travel mate yang katanya dah 3 tahun setia menghantar kad raya... nina cakap, dia ada buat GA sebelum ni nak kasi kad raya tapi tulah... pemenang2nya tak kasi alamat... aduhhh korang ni... orang kasi kad raya pun tak nak ke? rugi rugi...

dan kad raya kedua... hah haa... tengok gambar je korang dah boleh tahu kan siapa pengirimnya? siapa lagi kalau bukan si tangan emas ni... blogger Farrah MF! sama macam kad raya nina, anies terima kad ni lepas raya. tak apa... janji selamat sampai... terima kasih sis farrah... lain daripada yang lain kadnya!

okey tu je laa kad raya yang anies dapat daripada sahabat blogger tahun ni. terima kasih sekali lagi atas ingatan ni... mudah2an si pemberi diberi rahmat dan rezeki yang melimpah dari-Nya. dan jangan lupa singgahlah blog nina dan farrah ni ya!

siapa yang bakal dapat buku2 ini? nantikan Isnin ini 2 Julai 2018!



nota untuk SalbiahM:  walaupun Germany tercampak keluar dari WC, tapi Liverpool masih ada.. eh eh!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

20 Words of Lo♥e

  1. argh..mencik..kad raya dia banyak dari kita..haha

    ReplyDelete
  2. Seiring dengan kemajuan teknologi, apalagi sekarang ada WA, kartu lebaran atau kartu ucapan hari raya termasuk hal yang langka ya. Jadi, tentu senang sekali bila menerimanya.

    ReplyDelete
  3. abam kie dpt 1 je kad raya thn ni..

    ReplyDelete
  4. Alahai bestnya dia, kita dah lama tak dapat kad raya..

    ReplyDelete
  5. tak sangka menghantar kad ucapan raya masih ada..

    betul betul legend..

    apa kata anies lepas nie hantar kad jemputan perkahwinan pula kepada kawan-kawan sebagai ganti..

    itu cadangan sahaja hehehehehe

    ReplyDelete
  6. kad raya dari Kak Farrah tu handmade tu.. mahai seni value =D

    ReplyDelete
  7. dapat kad raya drpd nina jugak

    ReplyDelete
  8. kalau dulu Hana lah paling rajin bagi kad raya dekat kengkawan sekelas.. hahah masa sekolah rendahlah.Since dah jadi high school student ni rasa macam dah pupus pulak zaman berbalas kad raya T^T

    ReplyDelete
  9. Walaupun dah ada bermacam aplikasi dan komunikasi utk kad raya ni.. yg mcm ni tetap berbeza feel dia bila kita terima. Evergreen.. semoga ukhwah terus diberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  10. Pecah kaca pecah tong
    Lepas baca harap gantung...:D

    ReplyDelete
  11. Cantiknya kad raya dari sis Farah tu..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, sampai dengan selamat. Saya pun terima kiriman kad daripada Nina =)

    ReplyDelete
  13. Err,..saya sempat berpantun ke tak dalam tu hahahah
    Pecah kaca pecah balas,
    Lepas baca tak payah susah-susah nak balas.

    ReplyDelete
  14. Hari tu tak sempat bg alamat kat Nina nak pos kad raya. Terlepas pandang, blog pun mcm lama 'cuti' 😅

    ReplyDelete
  15. Wah, bestnya dapat kad raya. Zumal tak dapat kad pun sebab zumal tak hantar kad. Hehe...

    ReplyDelete
  16. rabia pun dapat kad raya dari blogger.siap simpan lagi.nnti nk cari fail lah.nk simpan dlm fail.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆