#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #SeruanSetan

11:27 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis ringkas:

mengisahkan tentang 3 beranak, yang berpindah dari Jakarta ke satu daerah asing kerana tuntutan kerja si ibu. Setiba di sebuah rumah, mereka disambut oleh pembantu rumah sewa tersebut yang sudah lama bekerja di situ.

sikap dan perangai Bibi Minar sangat pelik dan menakutkan terutamanya bagi Angel. Namun tidak begitu bagi ibu dan adiknya, Clarissa.

suatu hari, si ibu terpaksa terbang ke Surabaya kerana tuntutan kerjanya. Bagi mengelakkan anak2nya kebosanan, maka dia telah menjemput rakan2 Angel untuk menginap dan menemani anak-anaknya di situ.

sebelum kedatangan mereka, Angel kerap ternampak entiti menakutkan dalam rumah tersebut. Namun dia tidak ambil kisah sehinggalah Clarissa terjumpa papan permainan Ouija.

kawan2 Angel mendesaknya agar bermain Ouija sekadar untuk berhibur, namun sebaliknya, tanpa sedar mereka telah menyeru roh yang pernah mendiami rumah itu agar kembali. Mereka mula dihantui roh2 tersebut sehinggalah............

my review:

bagi anies filem ini terlalu cliché dan apabila papan permainan Ouija muncul di layar, sedikit sebanyak kita dah boleh agak yang cerita ini pasti akan dikaitan dengan permainan berhantu tersebut.

jujur cakap, filem ini tidak terlalu seram, sebaliknya penonton lebih banyak ketawa dari menjerit. hmm... seperkara lagi, ada antara para pelakonnya masih kaku dan ekspresi mereka jelas sangat dibuat2 terutama watak kekasih Angel dan adiknya Clarissa, sampai anies naik penat dan menyampah setiap kali watak mereka muncul di skrin.

so dari ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐ sahaja... sorry...

apa2 pun terima kasih kepada pihak budiey.com atas 2 pass tayangan ni... dah lama tak ke NU Sentral... tengok suasana kat sana dah bertambah meriah walaupun dah malam...

trailer. credit

p/s belum habis BW... sabar ya...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

16 Words of Lo♥e

  1. hyeee kakak salam ramadhan selamat berpuasa. semoga sihat2 sentiasa..

    ni apeeee ni tengok citer antuuuu ni apa ni !! ahahaha..

    ReplyDelete
  2. untung la budiey slalu bg tiket wayang free kat dia..hihi

    ReplyDelete
  3. Ialah dah tentu boleh agak jalan cerita dia sebab kita dah tahu cara permainan ouija tu
    Gambar nampak macam seram

    ReplyDelete
  4. tak seram ea anis? hihi dorang mesti dah xde idea ni kan

    ReplyDelete
  5. Baca review anies teringat satu cerita hantu saya tengok kat panggung dulu, memang membazir. Bukan takut tapi lawak. Kalau lawak best takpe tapi ini lawak geram sebab macam b-d-h sangat ceritanya. Aish, budak tadika tengok pun geram

    ReplyDelete
  6. Cliche sgt kan kalau ada ouija board. Macam dah boleh agak je ending dia.

    ReplyDelete
  7. Nasib baik Anies dah bg review siap2. Kalau cerita adik2 beradik hantu ni, anak akak suka sgt la ajak gi tgk

    ReplyDelete
  8. saya lebih suka cerita lawak dari cerita seram..

    ReplyDelete
  9. Wah... syoklah selalu dapat tiket free... 😅

    ReplyDelete
  10. Banyak lak citer hantu sekarang ni yer selain aksi...

    ReplyDelete
  11. Citer hantu ni kdg2 kita expect ok, tp bila tengok kiciwa hihii :)

    ReplyDelete
  12. mcm tiru movie US je... hahahha
    lps raya ni byk la hantu balik

    ReplyDelete
  13. Memang tak tengok cerita yang macam nie, mahu menjerit nanti.. kikiki

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆