Pulut kuning + rendang ayam

10:36 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tetiba tekak terasa nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. then mak cik tanya, buat pulut kuning ni sempena apa? anies jawab, sempena ada orang khatan 😆😆

giler ke hapa nak khatan time Ramadan ni... hahaha...

so, alang2 dah buat tu, lets share the recipe! senang je kot nak buat kalau2 dah tak tahu or dah kering idea apa nak dimakan time berbuka nanti!

cekidaut!

Pulut Kuning

bahan2: (anggaran ikut berapa ramai nak makan ya)

beras pulut
serbuk kunyit
pati santan
garam halus

cara membuat:

1. rendam beras pulut bersama serbuk kunyit sampai kembang.
2. buang air kunyit dan basuh sedikit berat pulut.
3. didihkan air dan kukus beras pulut kira2 15 - 20 minit.
4. masukkan sedikit garam halus ke dalam pati santan dan kacau.
5. angkat pulut yang sudah masak dan masukkan ke dalam mangkuk.
6. gaulkan pati santan dengan pulut sedikit demi sedikit.
7. kukus semula pulut kira2 5 minit.
8. sedia dihidangkan.

sori, gambar malap sebab snap dalam kelambu hahahaa


Rendang Ayam

bahan2: (anggaran ikut berapa ramai nak makan ya)

bawang putih*
bawang merah*
bawang besar*
halia*
kunyit hidup*
serai*
asam keping
santan
daun kunyit
minyak
garam

cara membuat:

1. blend semua bahan bertanda *
2. panaskan minyak dan tumis rencah yang telah siap di blend
3. masukkan santan perahan kedua dan asam keping.
4. masukkan ayam dan didihkan
5. apabila sudah mendidih masukkan santan perahan pertama. pastikan api dapur berkeadaan sederhana.
6. apabila sudah mendidih, hiris bawang besar (nipis) dan gaulkan
7. hiris daun kunyit (halus2) dan taburkan ke dalam rendang.
8. masukkan garam dan biarkan rendang menjadi sedikit kering.
9. sedia dimakan bersama pulut kuning.

ni pun snap dalam kelambu juga hahaha


selamat memasak!


::ENTRY AUTO PUBLISHED::

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

23 Your Words of Lo♥e

  1. anies..plis masak kan utk Cik Nor..hihi

    ReplyDelete
  2. Kejamlah entry ni.
    Terliur Mrs. A tau huhuuhu...
    Pulut tu nampak sedap kalau makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap

    ReplyDelete
  3. Wahh.. saya antara penggemar pulut kuning.. perfect match dgn rendang tu. Best2 :)

    ReplyDelete

  4. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  5. ini ketan gurih kuning ya
    jadi ingin coba resepnya
    😊🙏🏻

    ReplyDelete
  6. lama aih tak makan.. terliur

    ReplyDelete
  7. Mirip nasi kuning khas Kalimantan hehe, mantapp sedap eyyy

    ReplyDelete
  8. rendang kite suka tapi rendang ayam hehe.. dapnye rendang ayam =D

    ReplyDelete
  9. ya allah komen apa ya habibi ya maulana ni ? ahahaha..

    ReplyDelete
  10. Resepnya unik ya, jadi cara menikmati pulut kuning ini dengan rendang ayam
    wah terbayang nikmatnya masakan ini

    ReplyDelete
  11. Suka bangat pulut, klo mau dikasih kuning atau putih sama saja bagiku,, yg penting manis saja

    ReplyDelete
  12. Ya Allah Ya Tuhanku sedapnya..lamanya tak makan ni..

    ReplyDelete
  13. Ekeke, khatan time ramadan? haha

    ReplyDelete
  14. Kan dah rasa nak cari pulut kuning lak petang ni....haiihhhh

    ReplyDelete
  15. macam senang je cara nak buat..

    ReplyDelete
  16. Memang favorite ni... tapi bulan puasa ni belum buat lagi.

    ReplyDelete
  17. Teringat lak pulut kuning yang arwah tok selalu buat, zumal suka makan dengan gulai ayam...

    ReplyDelete
  18. Feveret ni.. klu banyak pun silap2 boleh habis makan especially klu ada rendang atau sambal udang haha.. best!

    ReplyDelete
  19. time raya tak jumpa pulak pulut ni

    ReplyDelete
  20. Tetibe teringin nak makan pulutlah pula.. huhuhu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆