Macau: bila YB melawat kawasan 'Las Vegas Asia'

10:30 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersempena musim pilihanraya ni, maka marilah kita masukkan unsur2 'politik' kat entry hari ni hahaha... apeni??

okey, sambung balik cerita jalan2 kami kat Macau...

macam yang korang tau, Macau ni kan dah sedia maklum tersohor dengan kasino2nya yang tumbuh melata. jadi memang tak hairanlah kalau ia mendapat jolokan Las Vegas Asia.

tapiiii... kami ke sini bukan nak berjudi ya... nak bet pun bukan. tapi kalau korang nak bet juga, so cer teka siapa yang bakal menang kasut emas BPL tahun ni? Harry Kane ke... Mo Salah? lain daripada tu tak diterima hahahahahaha...

cadangnya, kami nak ke sini sebelum malam menjelma. oh ya... area casino yang kami terjah ni adalah di Cotai dan memang dekat dengan hotel kami. kami boleh je nak jalan kaki tapi entah kenapa, gatal juga nak naik bas.

sebabnya, nanti dah malam, melilau pulak nak cari jalan / laluan balik. pada masa sama, kami nak bergambar kat 'Eiffle Tower'! hah, jangan tak caya... korang ingat Eiffle Tower tu cuma 'tumbuh' kat Paris je ke? no no no...

tapi disebabkan 'sesat dalam dosa' (hahaha) kami tak sempat nak bergambar kat Eiffle Tower tu. maka terpaksalah tunggu malam juga nampaknya.

setiba di The Venitian, kami mula merayau2 dan pada masa yang sama cuba cari jalan keluar (shortcut ke HRC) tapi tak jumpa2. besar ya amat The Venitian ni. apa yang kami jumpa, casino dan kedai2 branded... Dior, Gucci, LV etc.

satu persoalan, kenapa banyak kedai2 branded kat sini? sebabnya, nanti bila dah menang (judi), bolehlah berbelanja sakan kat sini. betul tak?

bila pusing2 tak jumpa jalan keluar dan pada masa sama hujan tengah lebat di luar, kami akhirnya naik laa shuttle bus kat belakang The Venitian dan terus tuju ke City of Dreams di mana lokasi HRC berada. shuttle bus ni FOC ya.

perjalanan cuma memakan masa 10 - 15 minit sahaja. turun dari bas, kami terus cari HRC yang terletak di tingkat 1. tiba di HRC, dalam kepala cuma ingat nak membeli je. sebab tu tak sempat nak snap gambar kedainya. masa tu pulak, ada traveler dari Sarawak. maka berboraklah kami kat situ dengan jayanya.

selesai membeli, kami merayau sekejap dalam City of Dreams tu. then, sama macam tadi, kami tunggu shuttle bus di tempat kami turun tadi. dalam perjalanan, hujan dah sedikit reda, jadi kami pun turun kat depan Studio City. tak macam The Venitian, kami tak masuk pun. cuma tengok2 je dari luar dan snap sekeping dua gambar.

bersebelahan Studio City adalah The Parisian. kat sinilah Eiffel Tower yang anies maksudkan tadi. ramai yang bergambar kat sini selain kami. anies cakap kat Sal, kalau ambil gambar ber-background-kan  Eiffle Tower ni then claim kat soc med yang ko dah sampai Paris, pasti ada yang akan percaya hahahaha...

so, apa yang ada kat dalam The Parisian ni? hmmm lain tak bukan tentulah kasino... kami tak masuk pun... sama macam tadi, just tengok2 dan ambil gambar je...

kira2 setengah jam kat sini, hujan kembali rintik2 dan kami ambil keputusan untuk beredar. mula2 nak tunggu bas, tapi tak jadi sebab bimbang hujan akan lebat. so, kami ambil teksi. bila dah naik teksi and since both of us can't speak Manderin, we just tunjuk je alamat hotel kat driver then dia pun terus bawa kami ke hotel.

dan dengan ini, maka tamatlah cerita jalan2 seharian kami di Macau... dan macam biasalah, perlu ada gambar, kan? apalah erti entry yang taip panjang2 tapi tak ada gambar... hahaha...

untuk si pengumpul pin... sama macam kat HRC HK, beli 4 items, the cheapest among them - FOC...

Sal dah jemput korang tu untuk join dia sekali... jomlah kita sama2 buat dosa hahahaha... ni depan casino kat City of Dreams...

Studio City yang terkenal dengan roller coaster berbentuk nombor 8. yu ols ada bran keww nak cuba?? apa yang anies tahu, kalau korang menginap atau berjudi kat sini, just bayar half price untuk naik roller coaster ni...

suasana malam 'The Sin City' - depan Studio City dan di sebelahnya The Parisian...

korang boleh nampak ke mem besar dalam kegelapan dosa  malam ni? hahaha

lagi... suasana malam depan The Parisian... tapi warna Eiffel Tower tak macam ni... korang boleh baca entry yang pernah anies share kat SINI

mak jemah yang tersangat gigih nak snap Eiffle Tower dari dekat... tapi tak boleh laa dengan camera cap ayam dara ni...


well tu je laa perkongsian hari ni... sebelum terlambat, selamat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara... pilih dan undilah calon dengan akal dan fikiran yang waras serta bijak... bukan kerana pangkat, wang ringgit atau glamour... dan juga, berhati2 di jalan raya...

hadiah2 untuk top commentator Jan - Mac anies belum pos lagi ya... harap bersabar...

thanks 4 reading... daaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

47 Words of Lo♥e

  1. Memang seswai sgt tagline the city of sin, ekeke. Tak kuat iman mau terjoin jugak baling dadu ni, haha

    ReplyDelete
  2. Walaupun dah pernah komen dekat posts yang sebelumnya, tetap juga nak cakap sekali lagi.

    Teringin sangat nak ke Macau. Lagi bertambah bila baca post ni. Bukan sebab nak pergi berjudi ya. Hahahahah :D

    Tempat-tempat ni sebelum ni kita tengok dalam The Amazing Race je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh apa salahnya gi berjudi kat sana hahahahaha #gurau

      Delete
  3. MLM2 JLN AREA CASINO BERANI TU..EIFEL TOWER ASIA CANTIK JUGA

    ReplyDelete
  4. Kejelesan yang tak berpenghujung bila singgah blog kak Anies ni >_< Heheh agak2 bila kita boleh travel sekali tu ya? hahah bergurau pulak dak Hana ni :P

    ReplyDelete
  5. Ngomong2 gua dulu bekas dewa judi, jadi pengen coba kamar mandi disana ckck

    ReplyDelete
  6. Senangnya kalau bisa berkunjung kesini, bisa lihat langsung
    terima kasih ya sudah memberi informasi ini

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..wow bestnya melilau di luar negara

    ReplyDelete
  8. Eiffel tower palsu tu orang dah pernah pergi tak boleh la tipu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. org tu akn buat2 pejam mata hahaha

      Delete
  9. kalau di negara minoriti Islam bukan perkara pelik ada kasino..

    itu sebab saya suka negara yang majoriti Islam supaya rumah Allah lebih banyak dari pusat maksiat..

    siapa traveler dari Sarawak tu..?

    ReplyDelete
  10. cantik bangunan dekat sana yer bila waktu malam

    ReplyDelete
  11. Oh..saya baru tau yang Macau adalah Las Vegas Asia, macam Genting Highland adalah Las Vegas Malaysia ye tak?

    ReplyDelete
  12. Wow, city of lights...x panas ka di situ? Selamat mengundi ya.

    ReplyDelete
  13. Lokasinya apik buat cuci mata dan foto2 😁

    ReplyDelete
  14. Indah sekali waktu malam dihiasi Menara Eifel terimaksi. Salam.

    ReplyDelete
  15. Anies pegi travel semua amek pakej bagpack ke?

    ReplyDelete
  16. tak boleh bayangkan kalau naik yg roller coster 8 tu. aish.. haha

    ReplyDelete
  17. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  18. wah! bestnya leh jln2. pakcik ni je masih kumpul duit.

    ReplyDelete
  19. Salam. Macau byk tpt cantik dan paling best shuttle bus adalah FOC

    ReplyDelete
  20. Wow, cik YB melawat tempat best... Teringinnyer nak pergi...

    ReplyDelete
  21. wah pergi jalan-jalan dengan sal ya...

    ReplyDelete
  22. Roller coaster bentuk nombor 8 tu kalau naik tak tahu la macam mana, muntah terok mungkin wohahaha

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  23. Untung2 menang jackpot terus jadi jutawan ni, eh.. hahaa.. macau ni mmg happening la..

    ReplyDelete
  24. siapa retis tu? ke duta HRC. hahaha
    besar betul. Nampak dh mcm masuk casino

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆