London | ronda rondi dengan bas double decker

1:53 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

Alhamdulillah... kami selamat sampai di Victoria Coach Station (VCS)  hampir pukul 6 pagi waktu London. dari VCS, kami naik teksi terus ke Bayswater / Porchester. 

tiba di rumah kak Eida, hidung terbau nasi lemak.... warrghhh best nyer... kak Eida macam dah tau2 je yang kami bukan takat kebuluran je tapi kerinduan ya amat dengan nasi lemak. pada hal baru je seminggu tak jamah... bukannya 10 tahun... btw, terima kasih kak Eida!

solat, sarapan dan lepas tu rehat... penat sesangat... ingatkan nak tidur 2 - 3 jam je tapi lajak sampai nak dekat Zohor. Zohor pulak time tu dalam pukul 12 lebih.

usai solat dan bersiap, anies cakap dengan diorang, anies nak merayau2 kat area London ni since diorang plan nak bershopping... haha... kalau tanya anies memang tak laa bershopping tu...

makanya...

dengan adanya oyster card ni, marilah kita merayau2... sesat pun tak pe sebab, nanti jumpa balai polis kita buat je report kat situ hahaha... oleh sebab nak naik train, anies dah siap top up. kat setiap stesen Underground ada mesin top up. senang!

dari stesen Bayswater, dalam otak anies dah fikir macam2. mana nak tuju ni. bila tengok map, nampak stesen Notting Hill dan terus teringat kedai buku ☝ kenapa kedai buku ni? haaa korang yang meminati filem Notting Hill mesti dah sedia maklumlah dengan kedai buku ni. di kedai milik William (Hugh Grant) ni lah dia bertemu dengan Anna (Julia Roberts). then...

bila keluar dari stesen Notting Hill, semuanya blank... hahahaha... gelak kat diri sendiri. tu lah... berlagak pandai sangat. yelah... dah tau nak pergi tempat tu, sediakanlah map awal2. ini tak. dah laa tak ada GPS/ Waze bagai, nak redah macam tu je? memang nan hado laa kedai buku si William tu...then, at the end...

anies decide... merayau2 and cuci2 mata je laa kat area Notting Hill ni walaupun time tu hujan renyai2... 

jalan punya jalan, nampak bus stop dan tak lama lepas tu bas double decker berhenti. anies tengok je and dalam hati tak ada keinginan pun nak try bas ni. tapi lepas nampak bas double decker tertulis di atasnya, Chelsea Old Town, anies tak fikir dua kali. dalam hati cakap, mana laa tau kan... tetiba bas ni lalu depan Stanford Bridge... hehehe... pic ni ☝ masih kat Notting Hill sementara tunggu bas sampai...

yeayyy... akhirnya... merasa juga naik 'London's iconic' ni... sebab nak tengok view kat luar, terus naik tingkat atas. kebetulan orang pun tak ramai...

gambar2 sepanjang perjalanan dari Notting Hills ke Chelsea Old Road...







anies ikut bas tu sampai ke stesen terakhirnya iaitu Chelsea Old Town. dari situ, merayau sekejap, tengok bangunan, tengok gelagat orang, tengok kenderaan...

yang ni, gambar2 kat sekitar Chelsea Old Town...




entah macam mana, tengah2 jalan tu, nampak bas double decker dan di atasnya tertulis Liverpool St. wahhh hati dah kembang kuncup.... mana laa tau kan... bas ni boleh bawa ke Anfield... kah kah! verangan laa ko anies... dalam berkira2 tu, lalu sebuah lagi bas ke Liverpool St. tanpa banyak soal, anies terus tahan dan naik. ke mana bas ni nak pergi?


gambar2 sepanjang perjalanan dari Chelsea Old Town ke.... entah... anies ikut je hala tuju bas ni. dalam hati dah berkira2. andaikata ternampak mana2 London's iconic, terus tekan loceng dan turun....




sempat snap keadaan di tingkat atas bas... sorry gambar gegarrrr...


nampak je VCS ni, barulah anies tau, rupanya bas yang anies naiki ni akan masuk kawasan2 famous di London! wahhh tazabarrr nak tunggu ni...

nak tau apa tempat2 yang famous tu?

tungguuuuuu....

Kisah Silam Untuk Masa Depan

15 Words of Lo♥e

  1. alamak..panjang lagi cerita dia..hihi

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaa. Teringin nak kesana satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. dulu setiap pagi naik bas double decker ni. mula2 slalu nak duduk atas tp bila dah lama2 malas pulak nak panjat tangga hehee.. rindu pulak.. menarik :)

    ReplyDelete
  4. macam dah tak sabar juga nak tahu kisah seterusnya..

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya.. baru lepas hujan ye masa ni

    ReplyDelete
  6. bestnya... :D


    Jemput baca kisah benar ibu ini nekad ikhtiar cara lain untuk naikkan Hb kerana takut disuntik zat besi disebabkan mengalami anemia yang teruk sepanjang kehamilan

    ReplyDelete
  7. Fuh...lama juga kembara ke europe ni ya...

    ReplyDelete
  8. berani anies jalan sorang-sorang kat tempat yang tak penah pegi..

    ReplyDelete
  9. Seronoknya ! Teringin nak pergi !

    ReplyDelete
  10. semua iconic dan bersejarah... nasib tergerak hati nk naik bas tu 😉😉

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆