Amsterdam | city tour + vaarwel Nederland

3:16 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

jangan ditanya kenapa rajin nak update

masa yang ada tak banyak. lebih kurang 4 jam sahaja sebelum kami mengucapkan selamat tinggal. tapi sebelum tu, kami nak juga menjejaki tempat2 tumpuan pelancong yang terdapat kat Amsterdam ni.

to be honest, kami main redah je tempat2 ni. pendek kata memang bertawakal habislah. kalau sampai, maka sampailah kami ke tempat yang dituju. andaikata tak sampai atau dalam erti kata lain, sesat... makanya... pasrahlah...

pergi jalan2 tanpa agent ni sememangnya memerlukan hati yang sangat2 cekal selain ilmu yang secukupnya.

walau ada waze atau peta di tangan, tapi zero pengetahuan tentang tempat yang dilawati tu, tak guna juga. ni nasihat anies untuk diri sendiri juga.

kalau kat dalam Malaysia ni, sesat kira okey lagi. boleh cakap BM. tapi kalau sesat kat Uganda tu, nak cakap bahasa apa?? English? tu pun kalau ada yang faham, kan? 😀😀 apa2 pun hati mesti kuat dan serahkan selebihnya kepada Dia.

okey... macam biasa... kita bercerita dengan gambar ya!

keluar dari AC, kami terus cari transport. belek2 info yang ada, kami decide naik trem... happy nyer... teringat trem kat Alexandria dulu tapi trem kat sini lagi best. hala tuju memang kami blank masa ni. memang tawakal habis masa ni.

selpie sket.. sorry farah...

tidak semena-menakan, masa tengah naik trem tu, tetiba muncul perkataan Riijks Museum. terus anies cakap kat farah, hah, saya dah tau kita boleh turun kat mana!

bila dah turun trem, kami pun berjalan laa sambil mata ni memerhatikan muzium yang agak besar ni... kalau ada masa lebih memang anies terjah muzium ni... tapi apakan daya...

sebenarnya nak snap laluan trem... tapi...

pintu masuk Riijks Museum... maknanya kita dah sampai kat mercu tanda....

I AMSTERDAM!

memang ramai giler umat manusia kat sini... yelah... semua orang cakap, kalau dah sampai sini, maknanya betul laa tu ko dah sampai Belanda... kalau bergambar kat i amsterdam kat Schiphol Airport tak de laa seramai ni...

memang terkilan laa tak dapat nak snap pic dengan perkataan penuh i amsterdam tu sebab...

ni laa... ada lapangan ski... betul2 depan i amsterdam ni... sebelum ni memang tak ada tapi sebab winter, tetiba dia ada laa pulak... menci! kitorang tak masuk pun... tengok2 je... selebihnya banyak posing and selfie kat i amsterdam tu...

lebih kurang setengah jam kat i amsterdam tu, kami pun bergerak ke tempat lain... ni sebenarnya view belakang Riijks Museum...

kami jalan dan terus jalan sampai laa jumpa sungai ni... dan dari sungai ni kami dah boleh nampak signboard yang dicari2 iaitu....

Hard Rock Cafe! moh ler kite habiskan duit Euro yang ada... lepas ni dah tak guna lagi daa duit euro... kalau nak cari souvenir, kat depan HRC ni banyak kedai2 souvenir. murah dan berbaloi...

lepas HRC dan beli souvenir, kami jalan lagi. farah, dania dengan nurul masih mencari barang yang dikehendaki... so kami pun menyusuri kedai2 di tepi jalan ni... waktu dah nak hampir Maghrib masa ni pada hal baru je nak masuk pukul 5pm...

penat shopping, perut pun dah bervibrate... so marilah kita cari resto muslim dan halal... tak susah pun nak cari resto ni. DANA namanya... masa kat Brussels, memeleh je tengok orang makan french fries macam ni. tapi entah kenapa tak beli pulak masa tu. sampai kat resto ni, anies terus order french fries. yang best nyer boleh pilih sos mana yang berkenan. anies pilih mayonis... perrghhh sedapnya... nampak macam kecik je portion dia kan? sebenarnya besar dan banyak... tak habis pun...

selesai makan, beli barang... kami naik trem semula dan terus ke AC. dari AC terus ke stesen Sloterdijk dan turun. kemudian kembali semula ke hotel untuk collect luggage. sebelum tu, dah tanya staf hotel, betul ke kami kena naik bas kat depan hotel ni (sambil tunjukkan alamat). bila dia jawab ya, kami pun senyum kemain lebar... bukan apa... tak sangka yang pemilihan hotel ni betul2 berbaloi sebab kami tak perlu jalan jauh untuk naik bas balik ke London. bas ni berhenti tepi jalan tau. dia akan sampai 15 minit sebelum bertolak. sharp pukul 8pm, bas pun bertolak. lagi satu, anies tak dapat nak pastikan sama ada ni 'stesen bas utama' atau 'stesen bas sementara'. jadi, korang check dulu tau sebelum beli ya!

ni laa basnya yang akan bawa kami balik kampung London. bas ni akan berhenti di Brussels dan juga di imigresen Perancis / UK. naik je bas, kami terus zzzz tak hingat dunia. tau2 sedar dah sampai kat sempadan. FYI, bila dah sampai imigresen, make sure, korang bawa turun semua barang2 tau. JANGAN tinggalkan 1 barang sekali pun. kalau tak, free of charge je korang kena marah dengan pegawai imigresen tu. masa yang diambil lebih kurang sejam (bergantung kepada jumlah penumpang) kalau tak ramai, mungkin kejap je. dan make sure juga, details yang diisi pada borang yang diberi adalah tepat.

ni details yang farah send kat anies lepas dia beli tiket bus online. korang boleh beli tix bas kat SINI


okey... sampai sini je laa perkongsian jalan2 anies di bumi amsterdam. singkat sangat! yap... tu tak dinafikan. masa yang kami ada ni pun terhad. nak buat macam mana... tapi sekurang2nya bila dah sampai sini, insya allah, next time kalau datang lagi, dah ada gambaran dalam kepala ni... tak perlu nak search google bagai...

bye Amsterdam... till we meet again... 😭😭😭😭😭😭

daaaaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

23 Words of Lo♥e

  1. Siap ada yang panjat-panjat kat huruf-huruf I Amsterdam tu ya

    ReplyDelete
  2. ape beza trem dengan train?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trem gerabak dia kecik je n laluan di di tgh2 jln

      Delete
  3. Ala tak ajak pergi Amsterdam pun...

    ReplyDelete
  4. Yeayy dah tamat..eh ye ke?hihi

    ReplyDelete
  5. bukan semua orang ada peluang melancong begini..

    pengalaman tersebut terlalu mahal harganya

    ReplyDelete
  6. ni tarikh bila? tak abes2 lagi erk citer amsterdam.. hehe2 singah madurudam tak? ;p

    ReplyDelete
  7. seronoknya berjalan tempat orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pn kena smpi jg ke sini 1 hari nnt...aminnn

      Delete
  8. negara kincir angin kan..? terompah kayu lagi...trade mark tu

    ReplyDelete
  9. negara kincir angin kan..? terompah kayu lagi...trade mark tu

    ReplyDelete
  10. bestnye....cantik bangunan museum tu....

    ReplyDelete
  11. Ya Allah bestnye jenjalan. Negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best tu x dinafikan... sis pun kena pergi jg 1 hari nnt tau...aminnn

      Delete
  12. orang sana kalau makanan tu mmg portion banyak kan. diorg jenis makan camtu agaknya

    ReplyDelete
  13. Bagus info ni.. klu ada rezeki dpt prgi lagi mmg boleh rujuk sini. Nampak tempat pun dah mcm bnyk perubahan tu.. thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete
  14. Seronoknya tengok orang jalan2... In shaa Allah oneday...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/07/vitamin-yang-membantu-menaikkan-hb-ibu-mengandung/

    ReplyDelete
  15. syok naik trem sambil nyanyi2 mcm dlm movie bolly dulu2 🙂🙂🙂 ada rezeki blh dtg lg

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆