Đà Nẵng, Vietnam: Hung Anh Hotel

11:26 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Boleh pulak tertinggal cerita fasal hotel kat Da Nang ni...

dan macam biasa, anies memang suka share mana2 hotel yang best, selesa dan bersih kalau singgah / pergi ke sesuatu tempat. (kalau rajin laa)

since kami ke Da Nang guna pakej, so pemilihan hotel ni dibuat oleh pihak agent. apa2 pun anies nak ucapkan terima kasih kat agent sebab pilih hotel ni yang bukan saja dekat dengan pantai tapi juga menyediakan makan minum khusus untuk pelancong Muslim.

cakap fasal sarapan / lunch / dinner kat hotel ni, sebenarnya pihak agent minta pihak luar yang masakkan menu kami. then pihak hotel just hidangkan saja bila sampai waktu makan.

menu pula, lebih kepada citarasa tempatan. since Da Nang dekat dengan laut, so boleh dikatakan setiap kali makan, mesti ada seafood.

cuma tulah, nama pun tekak melayu, mesti nak makan pedas, kan? 2-3 kali makan boleh terima lagi. masuk kali keempat, terus cakap dengan agent, tolonglah buat masakan yang pedas sikit hehehehe...

berbalik pada hotel, bilik kami memang bersih dan selesa. cuma part air cond je bermasalah sikit. selain berbunyi, entah kenapa masa kami nak check out, tetiba keluar ais laa pulak.... waduhh...

bilik air memang bersih, lengkap dengan toiletries dan macam biasa, housekeeping akan datang kemaskan bilik.

recommended tak anies hotel ni pada kitorang? yes, very recommended sebab jaraknya dari airport lebih kurang 7KM dan cuma berjalan kaki je untuk ke My Khe beach.

selain tu, kedai serbaneka pun dekat sangat dengan hotel ni. korang yang sukakan barang2 dari Korea, bolehlah terjah kedai serbaneka ni.

untuk harga penginapan, korang boleh check kat Agoda ke, Booking.com ke... sebab anies tak dapat nak pastikan harga sebenar (sebab dah included dalam pakej).

dan macam biasa... sebahagian gambar yang sempat anies snap khas untuk korang... 

gigih snap pic ni dari seberang jalan hehehe...

entah macam mana gambar bilik kami tak ada dalam kamera... so pinjam gambar ni dari agoda. macam ni lah lebih kurang bilik kami... ada almari besar (sebelah kiri gambar - tak kelihatan)

toilet yang bersih. sebelah kanan gambar, bilik mandi. ntah mana lah pergi gambar bilik mandi...hmmm...

lobi hotel. ada 2 lif disediakan...

lobi dan kaunter...

lobi - menghadap jalan besar / pintu masuk...

tengok tu! dapat guest review dari booking.com! 👍👍👍

ni antara juadah yang disediakan untuk kami... memang banyak tapi tu laa... tak pedas... menyesal tak bawa sambal sendiri hehehe


hotel ni ada service sewa motosikal...

main entrance... sebelah main entrance ada kedai jual batu permata, selipar, accessories etc (kiri gambar).

bersebelahan hotel... yang sukakan barangan dari Korea, bolehlah terjah kedai serbaneka ni...

okey tu je anies nak share hari ni...
thanks 4 reading...
daaa

p/s ni entry ke-100 untuk tahun ni... alahai...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

88 Your Words of Lo♥e

  1. ada beli batu permata tak utk i..haha

    ReplyDelete
  2. wah kat vietnam pun ada kedai korea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap sbb da nang sgt terkenal dlm kalangan org korea

      Delete
  3. Replies
    1. sejak bla jd awek vietnam ni wak?😆😆😆

      Delete
  4. Must be a very good hotel

    The dishes looks yuummyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kepada agent yang memilih hotel ini hehehe

      Delete
  5. bagus bab food dia ye.. good agent lah. sensitive.
    ni sarapan pun rasa takut2. akhirnya makan roti je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa antara kelebihan kalu g dgn agent ni

      Delete
  6. Cik, tak ada nasi saat breakfast yah? Bukannya orang vietnam juga suka nasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk breakfast tak ada nasi. kami diberi roti saja ;-(

      Delete
  7. Nice blog dear. I am following you and I will be very happy if you want to follow back ☺️

    ReplyDelete
  8. selalu senang ke blog kak anies. bisa lihat cerita jalan jalan

    ReplyDelete
  9. Di lihat dari gambar ruang tidur, dan ruang makan memang the best lah.
    Yang unik tu ada pulak rental bisikal he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mas ke sini nanti jangan lupa booked hotel ini ya ;-)

      Delete
  10. Boleh bawa sambal ikan bilis kering untuk pi travel

    ReplyDelete
  11. Hahaaa siap ade kedai Korea 😍😍

    ReplyDelete
  12. wah2 vietnam trip
    bestnya meriah makan-makan tu
    sedap2 nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi dgn agent ni laa antara kelebihannya. kalau g sendiri tak mcm ni hehehehe

      Delete
  13. terasa nak gi shopping di Vietnam la.

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. org lain dah beribu entry ray setahun hehehe

      Delete
  15. hotel seperti ini cantik nian aku suka kat hotel hanya untuk kerja online saja sebab koneksi internet mereka biasanya kencan sangat

    ReplyDelete
  16. bagos lah hoteli, pasti tido pun slese.

    ReplyDelete
  17. Suka tengok bilik besar luas dan bersih. Paling penting bilik air dan toilet bersih. Barulah rasa best nak stay kat hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kite byr mhl kn jd mmg harus serba serbi bersih

      Delete
  18. Replies
    1. da nang mmg tmpt tumpuan pelancong korea sbb tu kedai ni wujud

      Delete
  19. lokasi hotel memang penting kalo pegi jalan2.. at least yang walking distance kalo tempat makan ke airport ke kedai ke memang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau boleh nak sebelah airport. sng kerja hehehehe

      Delete
  20. WAH MEMANG SELESA NAMPAKNYA HOTEL NI

    ReplyDelete
  21. Hotel yang bagus.. Service agen pun nice.. lepas Anies minta tu, makanan ada rasa pedas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada laa pedas sikit tp pedas mcm msk cili sebatang dua je hehehe

      Delete
    2. hehehe.. ingatkan dia buat pedas lebih.. okaylah dia tambah juga cili.. hehehe

      Delete
    3. org vietnam x mkn pedas mcm org thai tp lauk lbh krg serupa

      Delete
  22. Meriah betul tengok makanan tu.. hotel pun nampak bersih sgt. Servis sewa motor tu pun menarik juga. Klu saya silap2 dah sewa motor layan keliling town hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap lauk pauk mmg nampak meriah sbb style org sana...

      nk sewa motor no prob tp kn hati2 dgn diorg punya trafik ;-)

      Delete
  23. Kak Anies, I love the bedroom. It looks luxurious.
    Perpaduan warnanya lho bikin nggak tega menghancurkannya dengan tidur.

    ReplyDelete
  24. tekak saya tidak boleh pedas...

    oh lupa..

    saya bukan orang Melayu.

    BTW..sangat beruntung dapat melancong ke tempat minoriti Islam dan mendapat sumber makanan yang halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? da nang tak ramai muslim banding ho chih minh. sbb tu kena upah org lain msk utk kitorg

      Delete
  25. agent tu tunaikan tak permintaan Anies untuk masak pedas tu? teringin pula nak tahu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap tp tu laa pedas hujung lidah je... keciwa mak noks hehehe

      Delete
  26. Lokasi yang strategik itu penting. Kita melancong bukan untuk tidur selalu kn. Cari pengalaman itu yang perlu. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalu melancong nk dok hotel je baik x yah melancong kt malaysia pun byk hotel best hehehe

      Delete
  27. Fantastic post! 

    Kisses :)    

    ReplyDelete
  28. Dia punya lauk tu, meriah..btw aircond kalau keluar ais tu konfirm sejuk time tido malam. Boleh bayang caner rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stail org sn mkn mmg byk lauk tp tu laa x pedas

      Delete
  29. Cantiknya Hotel dia.
    Toilet bersih pun penting tau.

    ReplyDelete
  30. nice juga biliknya...hidangan menu tu ada seafood ari2 not bad tp bak kata anies la tk pedas kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tekak melayu mcm mn pun nk pedas jg hehehe

      Delete
  31. Bilik Tu nampak class Dan selesa

    ReplyDelete
  32. makanannya nampak yummy tapi sayang nggak pedas ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... kalau dapat pedas sikit pun tak apa

      Delete
  33. Saya rasa kita sama lah kemana-mana mesti bawa samal sendiri, kecuali ke Padang Sumatera Barat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bila pergi europe tak teringin pula nak makan pedas😆

      Delete
    2. Hahaha, tak suka kah Anies pizza yang topping di sprinkle dengan sambal ?
      Untuk topping ini jangan sambal belacan ya!!!

      Delete
    3. sy mkn pizza nk cheese lebih. yang lain x nk😆

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆