Ke Kuala Lumpur International Motor Show 2018 @ MITEC

9:45 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Antara event yang ditunggu2 peminat automotif dan permotoran... walaupun KLIMS tak sehebat Japan Motor Show or Paris Motor Show or Geneva Motor Show, namun KLIMS ada ciri2 tertentu yang mampu menggamit orang ramai untuk hadir tanpa mengira peringkat usia.

dari awal lagi, bila ternampak billboard KLIMS, hati memang dah terdetik nak pergi. then usha2 tiket online. tengok harga... okey laa... sekali sekala pergi. lagipun KLIMS ni bukan diadakan saban tahun. kalau tak silap kali terakhir 3 - 4 tahun lepas kot.

event ni dah lama berakhir tapi anies baru nak share ceritanya hari ni sebab malas nak upload gambar punya pasal. bila gambar terlajak banyak, mulalah penyakit malas...

okey, back to the title... pada hari kejadian, memang sengaja pergi lewat dengan harapan dapatlah parking nanti. tapi nan hadooo... sebenarnya boleh je guna shuttle service yang disediakan. tapi tulah...dah sampai baru tahu. maka berhuhu lah kita sampai ke sudah...

setiba di MITEC, perkara pertama kena buat adalah redeem tiket. yang bagusnya kalau beli tiket online ni, kita tak payah beratur panjang. masa kami sampai tu, Q yang walk in tu dia punya panjang sampai ke luar dewan! fuhhh...

dapat je lucky draw form dan tag, tunggu apa lagi... terus je isi form tu. sambil tu doa banyak2 manalah tahu kan ada rezeki dapat bawa balik kereta sebijik! hahahaa

then tanpa berlengah terus masuk ke ruang pameran. FYI, ruang pameran terbahagi kepada dua. tingkat bawah ruang pameran untuk kenderaan manakala tingkat atas ruang pameran untuk motosikal, trak, aksesori kenderaan dan macam2 lagi.

sambil tengok gelagat pengunjung dan juga kenderaan yang dipamerkan, pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang cenderahati yang disediakan pempamer. dengan syarat, pengujung hendaklah menyertai mana2 program yang mereka anjurkan.

overall, KLIMS kali ni bagi anies 'kurang umph' sebab banyak jenama kenderaan tak ambil bahagian. jangan sebut kereta2 mewah2... tu memang tak ada... kalau ada sebiji dua kereta je laa... tu pun menyelit kat booth lain...

harap2nya KLIMS akan datang lagi hebat kerana dengan events sebegini secara tak langsung boleh jadi tarikan pelancong luar untuk hadir ke Malaysia...

dan.... sebahagian gambar yang sempat anies snap...

entrance...

lucky draw form dan di belakang tu, hadiah lucky draw. kereta yu ols.... bukan kereta mainan ya hahaha

berdekatan pintu masuk... ruang pameran bagi pengeluar kenderaan jenama Honda... 

mungkin... kereta terbaru keluaran Honda... suka dengan warna dia... cantikkkk

kereta konsep je ni... tak tahulah pula kalau akan datang Toyota akan keluarkan model ni...





paling mencuri perhatian... kereta jenama Lexus...


kereta konsep Perodua...

Ford Mustang...

ada ke yang berkenan dengan kereta ni? hahaha


tak dapat beli dapat duduk pun jadi laa hahahah

ruang pameran tingkat atas...

replika F1 

gamers tak lepaskan peluang...


bayangkan masa ni tengah drive trak Isuzu hahahah verangan is free...

peminat motor serbu kat sini...

ruang pameran kereta2 antik...

Limousin terpanjang turut dipamerkan...

macam2 jenis bike ada kat sini...

nak nak dapatkan aksesori kenderaan, datang je ke sini...

antara goodies yang diperoleh dari KLIMS 2018...

tu je untuk hari ni... thanks 4 reading...

daaaa

salam takziah untuk keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

42 Your Words of Lo♥e

  1. anies..hadiahkan cik nor sebuah kereta import..:)

    ReplyDelete
  2. Menarik events nya.. Kena bayar ye Anies.. Kalau tak banyak sangat kereta mewah macam tak menariklah pula kan..
    Sha pun berkenan kereta merah maroon yang honda tu.. Lawa warna dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap kena byr... sy rs kereta mewah x amik bahagian sbb x ramai org malaysia yg guna / beli jenama mereka hehehe

      Delete
  3. SEMUA KERETA CANTIK BELAKA SESUAI DGN REGANYA

    ReplyDelete
  4. Wow, keren-keren kendaraan yang dipamerkan, kak ...
    Oh, iya kudoakan kak Anies memenangkan undian doorprize berupa mobil ..., itu yang mobil kecil keren, kak.
    Nanti kalau betulan dapat doorprize, liburan ke Magelang ya, kak hehehe

    ReplyDelete
  5. bestnya ... kami tak dapat pergi sbb masih di langkawi masa tu.

    ReplyDelete
  6. Macam menarik ja kereta konsep Toyota tu, kecik dan comei. Cheq suka! 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta konsep mmg ramai suka

      Delete
    2. Cheq sangat tangkap cintan kat Toyota Pixis Joy tau..tapi rasanya model ni macam tak boleh dapat kat Malaysia ja, kat Jepun sana tu dah ada la sejak 2016.....huhuhuuu 😞

      Delete
  7. a.. bestnye !! haritu kita dah set nak pegi jugak tapi banyak nau halangan.. nasib awak sudi share gegambar.. merawat juga hati yang lara ini.. hahahaha~

    ReplyDelete
  8. Tahun nie, tak sempat nak pegi melawat KLIM nie... Sibuk dengan urusan anak... Last pegi KLIM hari tu tahun 2013... dah berzaman pun... kikikikiki...

    ReplyDelete
  9. Honda 'the power of dream'
    haaa ....mengidam Honda satu boleh takk

    ReplyDelete
  10. Mmg happening ni.. tapi tak dpt nak pergi sbb bnyk sgt hal walaupun pada awalnya ada juga rancang2 nak pergi. Lagi pun, bajet tengah takde nak beli kereta, risau nanti jadi tak boleh tido asyik teringat2 kereta idaman hehee :D :D

    ReplyDelete
  11. pergi jugak KLIM 2018..layan minat husband

    ReplyDelete
  12. Bila dapat keputusan cabutan bertuah tu? Kot2 laa akak dpt keta sebijik. ;)

    ReplyDelete
  13. Cantik pulak tengok kekereta antik tu manalah datangnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada collector nya sy xigt dato apa (chinese)

      Delete
  14. Konsep cars memang selalu bombastik the bomb. Tapi nk mass produce berhuhuhu aje lah. Hehe.

    ReplyDelete
  15. woah menariknya..!! yang XConcept tu ada tengok kat PaulTan hehe.. kalo Perodua kluarkan XConcept memang awesome lah..!!

    ReplyDelete
  16. Wow..cun la kereta2 ni semua! Kereta konsep Toyota tu pun comel je tapi konfirm kalau keluar, harga nangis bucu katil..

    ReplyDelete
  17. Moga dapat miliki sebuah truck 4x4 suatu hari nanti

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. rugi arr x lena tidur dpt mata pa da esoknya😆

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆