#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #RohYangTakTerlihat

11:14 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis ringkas:

Berdasarkan kisah benar, Saraswati atau mesra dipanggil Saras mempunyai the 6th sense dan berkebolehan melihat hantu, syaitan, iblis dan seangkatannya sejak kecil lagi. Kelebihan yang dimilikinya itu tidak pernah diceritakan kepada mamanya sebaliknya dia berkongsi dengan rakan baiknya Adit dan adiknya, Laras.

Hampir saban hari dia 'didatangi' makhluk2 halus ini sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Suatu hari, kawan karibnya Adit tidak hadir ke sekolah beberapa hari. Setelah diselidik, Saras terus ke Bandung untuk menjejaki keluarga Adit. Setiba di hadapan pntu pagar rumah Adit, Saras didatangi 'bayangan' peristiwa Adit dibunuh. Akibat terkejut, dia pun pengsan. Sebaik sedar, dia dapati dirinya berada dalam rumah Adit dan ibu Adit kelihatan termenung. Apa yang mengejutkan Saras, 'pembunuh-pembunuh Adit' itu merupakan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat dengan keluarga Adit.

Dan sejak itu, Saras secara tidak langsung merungkai beberapa hal misteri di sebalik makhluk halus yang ditemuinya.

Berjayakah Saras menyelesaikan segala konflik yang ada? Bagaimana pula dengan penerimaan mamanya terhadap the 6th sense yang dimiliki anaknya itu lebih-lebih lagi selepas Saras dikatakan menjadi punca kematian adiknya, Laras?

my review:

Sebenarnya ini merupakan filem Indonesia pertama yang anies saksikan di pawagam. kalau di seberang, mereka menggunakan judul #MerekaYangTakTerlihat tetapi untuk pasaran Malaysia, mereka tukat kepada #RohYangTakTerlihat.

 Apa yang dapat anies simpulkan, filem ini keseluruhannya tidaklah begitu menyeramkan walaupun ada je yang dalam wayang tu terjerit2 sebab terkejut. Tambah pula bila diselitkan dengan elemen lucu. Jadi, ada part ynag nampak macam seram tapi akhirnya bertukar jadi part lawak. Dari segi jalan cerita, walaupun berdurasi 1 jam 30 minit, ia cukup padat dan laju tetapi penonton masih dapat menghayati setiap babak dan plot. 

daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐⭐

filem ini bakal menerjah pawagam seluruh tanahair pada 12 April 2018. ingat tu, 12 April tau!

sama macam KL Special Force, kami menontonnya di MM Cineplexes E-Curve Mutiara Damansara. so, terima kasih banyak2 kepada pihak budiey.com atas dua pass tayangan perdana ini.

selain 2 pass tayangan, para tetamu diberi sekotak pop corn dan setin Coca Cola... oh dietku...

wakil produksi Malaysia sedang memberi ucapan ringkas...

wakil kepada penerbit filem ini yang dijemput khas dari Indonesia...

trailer. credit.

okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. selamat menonton!

thanks 4 reading...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

21 Your Words of Lo♥e

  1. wah bestnya..tgk mlm2 plk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya mmg mlm cik nor siang keje😊

      Delete
  2. trailer dia mcm tak seram tp jalan cerita menarik :D

    ReplyDelete
  3. Kekadang background muzik tu buat seram dari gambarnya... Hehe zumal yang penakut ni mesti kerap tunduk bawah...

    ReplyDelete
  4. Bestlah dapat tengok dulu! Hehe >_<
    .
    Thanks for the review kak Anies!! <3

    ReplyDelete
  5. antara filem yang saya tak suka nonton ialah filem seram..

    entahla sehingga ke hari ini saya belum dapat lagi jawapan..

    entahnya mungkin dah jadi misteri nusantara

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa tgk yg ni sbb xseram lgsg😊

      Delete
    2. mungkin pada masa yang datang..

      20 atau 30 tahun lagi.

      harap masih hidup lagi la

      Delete
  6. Sebab anak2 saya suka tgk cerita hantu..macam boleh layan aje cerita ni..
    Thanks for the info

    ReplyDelete
  7. Wah, tahniahlah dapat pass tayangan perdana..

    ReplyDelete
  8. Mrs. A suka juga tengok filem seram.
    Nanti nak tengoklah.
    Eh! dukun pun dah tayang tapi belum sempat tengok lagi.

    ReplyDelete
  9. akak tak suka tengok cerita hantu..
    seram

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya Adit & Laras dah mati ye? Saras kawan dgn roh diorang je? Ye ke? Haih

    ReplyDelete
  11. tengok ni mau 3 malam aku tak tido woiii

    ReplyDelete
  12. lama xtgk movie seram indo ni. kalau free mau dong hehehe

    ReplyDelete
  13. Cuba nak tengok, tapi tak berapa nak berani.. kikiki..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆