Recipe : cheesy beef bread

5:30 am

...السلام عليكم

Hari ni nak share resepi lagi.
kalau ada sesapa yang teringin nak makan lasange tapi malas nak ke PH, so bolehlah buat resepi ni sebab rasanya lebih kurang macam lasange juga.
tapi sebelum tu... happy birthday to me...  yea yea... (ikut kalendar Hijrah)
 macam biasalah...
food presentation memang tak menggodazzz langsung.

bahan2 yang diperlukan:
roti
susu segar (susu cair pun boleh)
daging kisar
serbuk lada hitam
bawang putih
bawang merah
keju ceddar (nak guna keju lain pun boleh)
kepingan keju
garam
minyak (butter pun boleh)

bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus.
then tumis hingga naik bau.
masukkan daging cincang dan biarkan seketika.
jangan lupa masukkan sedikit garam.

campurkan serbuk lada hitam dengan sedikit air.
masukkan ke dalam daging yang ditumis.

masak sehingga air daging menjadi kering.
jangan lupa kacau selalu.
takut berkerak.

celupkan kedua-dua permukaan roti ke dalam susu termasuk keraknya sekali.
bilangan roti bergantung kepada berapa ramai yang nak makan ye!

roti yang telah dicelup dengan susu diletakkan di atas pan.
pastikan pan telah disapu dengan minyak atau butter terlebih dahulu bagi mengelakkan roti melekat.
bubuh daging kisar mengikut kesukaan.
sebelum letak kepingan keju, yu ols boleh juga letakkan hirisan bawang ke, timun ke, tomato ke di atas daging kisar.

celup roti sekali lagi ke dalam susu sebelum diletakkan di atas kepingan keju.
yu ols boleh buat seberapa banyak 'tingkat' pada roti ni.
lastly, taburkan keju ceddar yang diparut.
bakar dalam oven lebih kurang 10 minit pada suhu 180 darjah Celcius atau sehingga keju cair.

well, happy cooking!
jom join GA by me! click HERE for more info!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

19 Your Words of Lo♥e

  1. happy birthday anies...besday yg ke berapa ni? hihi
    nampak sedap sangat roti tu...cara pun simple je...nanti nak try ^_^

    ReplyDelete
  2. brillion idea ni kan.. nanti nak cuba jugaklah ... sebab ada jugak terbaca kat blog memasak hari tu...

    ReplyDelete
  3. Ada harapan try weekend nih...

    ReplyDelete
  4. ummi tak nak buat, nak makan yang Anies buat ni jugak!, hehe..

    ReplyDelete
  5. vahhh mabeles.nk try lah nanti =)

    ReplyDelete
  6. wah best best...aku penggemar cheese, nak try buat...tengs anies!!

    ReplyDelete
  7. anies terliur ni...
    konpom nak try juga...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum anis.. salam kenal.. follower sini yg ke 399.. dtg dari rumah qhaifa nur tadi.. :) hehehe..
    nampak roti cheese ni.. suka lah.. nak amik resepi ye.. :)

    ReplyDelete
  9. boleh cuba...mesti anak2 kakain suka nii...

    ReplyDelete
  10. happy birthday anies.. wah.. nampak sedap resipi ni..

    ReplyDelete
  11. Sedap...
    Resepi pun macam tak susah je :D

    ReplyDelete
  12. macam senang jer , nak cuba buatlah...hehe

    ReplyDelete
  13. simple je...nti nk cuba

    selamat hari jadi ye..ikut kalendar hijrah ye...mcm ni le sepatutnya..

    ReplyDelete
  14. wahhhhh!!!!menariknaaa...sedapnyeeeee :))blhla nti nk try :)))

    ReplyDelete
  15. pergh. awesome. pandai n kreatif betul anis ni.. nasib baik la online malam kan. hehehe...

    ReplyDelete
  16. yummy....teringat plak mozarella yang ada dalam peti sjuk...bleh buat menu sarapan hujung mggu nie...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆