Entry ni ditujukan kepada 2pupu anies: Umi yang selamat melahirkan baby girl 3 minggu yang lepas.
agak terlambat tapi tak kesah la.
yang penting Umi dan baby (terlupa tanya nama baby and pic baby pun tak sempat nak snap) sihat walafiat.
nak kenal Umi, klik kat sini.
nak kenal Umi, klik kat sini.
kebetulan balik tempohari, Umi sekeluarga mengadakan kenduri kecil.
apa yang menarik yang anies nak share dengan yu ols ialah, salah satu menu wajib bila mengadakan kenduri menyambut kelahiran di kampung anies ialah memasak bubur cace.
ni la rupa bubur cace yang original.
yang ni dah dicampurkan dengan durian.
yang ni dah dicampurkan dengan durian.
sedap dimakan masa panas2.
bubur ni paling senang nak buat.
tapi sebelum anies sharekan resepinya, ni caranya bubur cace dibuat.
orang kampung... mestilah guna cara tradisional kan?
tapi, kalau masak untuk hari2 biasa, tak yah la guna periuk sebesar tu kan?
lagi satu, mmm tentu susah yu ols nak jumpa pic macam ni.
kalau tanya pak cik google dia pun gagap nak jawab ;-)
resepi bubur cace
bahan:
tepung
kapur
air
untuk kuahnya (betul ke dipanggil kuah?):
santan
gula
gula melaka / gula perang
daun pandan
isi durian (ikut suka)
hirisan jagung (ikut suka)
sagu biji (ikut suka)
hirisan pisang (ikut suka)
hirisan jagung (ikut suka)
sagu biji (ikut suka)
hirisan pisang (ikut suka)
extra:
papan acuan cendol
cara membuat:
tepung, air dan kapur digaul sehingga sebati.
jangan terlalu cair nanti susah nak ditekan di atas papan acuan.
terlebih dahulu, didihkan air.
selepas mendidih barulah adunan ditekan di atas papan acuan (macam buat cendol secara tradisional)
kacau adunan kira-kira 10 minit.
toskan.
dalam periuk yang lain, satukan santan, gula melaka / perang dan daun pandan.
kacau sehingga mendidih (untuk elakkan berkerak)
masukkan isi durian / jagung / sagu biji / pisang.
selepas mendidih, satukan adunan bubur dan kacau.
sedia untuk dimakan.
ekstra:
kalau tak ada papan acuan cendol, tepung, air dan kapur diuli sampai menjadi doh.
kemudian, digunting kecil2 serentak ketika air sedang mendidih.
ekstra:
kalau tak ada papan acuan cendol, tepung, air dan kapur diuli sampai menjadi doh.
kemudian, digunting kecil2 serentak ketika air sedang mendidih.





Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam