✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum ke Jepun, anies memang dah pasang niat nak ke sini kalau ada peluang. then, bila mana farah dan nora beri 100% kepercayaan untuk buat itinerary, anies rasa kesempatan ni kena ambil... no matter what!
walaupun dah sediaa maklum yang jarak Osaka ke Hiroshima tu jauh, tapi bak kata pepatah... alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang alang dah tiba Jepun, biar sampai ke Hiroshima. haa gituuu😂
Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar hinggalah saat kami tiba kat stesen Hiroshima. balik dari Pulau Miyajima... sebenarnya sebelum turun dari Hiroden, kami dah nampak bangunan famous ni. dalam masa sama berharap, cuaca kekal baik walaupun langit semakin gelap. tanda-tanda nak hujan tu memang jelas sangat.
dari stesen Genbaku Dome-mae, kami cuma perlu melintas jalan je untuk ke sini. sebaik tiba, anies tersenyum sendiri. Alhamdulillah... sampai juga kami kat tempat yang pernah menjadi sejarah hitam dunia suatu ketika dahulu.
well... FYI, tinggal 4 hari sahaja lagi Hiroshima akan mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 8.15AM, 6 Ogos 1945, 79 tahun yang lalu...
dari apa yang anies baca, setiap tahun akan ada satu majlis khas untuk memperingati mangsa-mangsa peristiwa ini. jadi, kalau korang datang ke Hiroshima pada Selasa minggu depan, haa... faham faham je laa kenapa sesak kat area ni.
dari tepi bangunan... berdekatan jalan raya... dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan Hiroshima Memorial Peace Park ni...
boleh baca tak?
antara batu tanda yang ada berdekatan
jemput baca...
ada baca tapi dah lupa dah tentang tugu ni...
sorry laa kecik nau tulisannya...
masa tengah ralit tengok bangunan ni, dalam hati tertanya-tanya. ada tak sisa-sisa nuklear melekat kat bangunan ni? korang rasa?
ni baru satu bangunan. bayangkan, 79 tahun lepas... keadaan sekitarnya... yang dikhabarkan bagai padang jarak padang tekukur. lebih 140K nyawa terkorban...
bangunan ni terletak bersebelahan sungai Motoyasu...
juga dikenali sebagai A-Dome... ia mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage pada 1996...
bangunan ni bukan sekadar memorial. ia juga bukti bahawa peperangan & kezaliman itu lahir daripada tangan-tangan manusia durjana...
A-Dome bila malam menjelma. sempat lagi kami snap sebelum kembali semula ke Osaka...
Hiroshima ✅
Nagasaki ✖
harap ada rezeki ke Nagasaki satu hari nanti. aminnn...
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. lately, anies tak dapat nak BW macam biasa. kalau sempat malam baru BW. kalau tak esok atau hari berikutnya baru BW🙏🙏🙏
thanks for reading...
daa...















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam