✿...السلام عليكم✿
Kat sesetengah tempat, ia dipanggil kuih dadar. mmmm tak kisah laa apa sahaja panggilan untuknya, bila dah masuk mulut, memang tak boleh nak berhenti. betul tak?
macam anies cakap sebelum ni, kalau membeli, memang tak cukup. maklum laa... anak 15 orang. tak kan laa nak potong 3 untuk beri diorang makan, kan? so... rajin2 kan laa kaki dan tangan tu untuk bersilat kat dapur.
alaa... bukan susah pun nak buat kuih ni. kalau susah, tak de laa orang yang menjual kan? eh, banyak laa cakap mok cik ni! cepat laa... share resepi!
okey okey!
bahan2:
(untuk kulit)
tepung gandum
sebiji telur gred A
air
garam
minyak masak
pewarna hijau (apa sahaja pewarna kesukaan)
(untuk inti)
kelapa parut (sebaiknya kelapa muda)
gula pasir
gula melaka
gula perang
daun pandan
isi durian (jika suka)
air
cara membuat (inti):
1. masukkan air, gula perang, gula melaka yang telah diracik halus dan daun pandan ke dalam kuali / periuk.
2. apabila air sudah bertukar menjadi coklat kehitaman, masukkan gula pasir dan kacau hingga kelihatan sedikit likat.
3. jika terlalu likat, tambahkan sedikit air.
4. apabila air gula kelihatan sudah mendidih, masukkan kelapa dan kacau rata. pastikan api dikecilkan untuk mengelakkan inti menjadi hangus.
5. masukkan isi durian dan hancurkan. teruskan mengacau sehingga inti kelihatan serata.
cara membuat (kulit):
1. satukan tepung dengan air dan kacau. kalau tepung tu berketul2, tambah air sedikit demi sedikit.
2. masukkan sedikit garam.
3. masukkan telur. kacau lagi.
4. ambil blender dan masukkan adunan. ketika blend, kalau adunan kesat, tambahkan air. kalau terlalu cair, tambahkan sedikit tepung.
5. masukkan pewarna.
6. masukkan 1 sudu teh minyak masak dan kacau sebentar.
7. leserkan adunan di atas pan. biarkan seminit dan angkat.
8. isikan inti kelapa dan gulung dengan segera.
extra info:
pastikan inti kelapa benar2 sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama 2 minggu. inti yang sama boleh dijadikan 'inti' untuk kuih pau, kuih koci, kuih bom (kuih bijan) etc.
selamat mencuba.
(open order COD KL / Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)







Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam