✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
ooo yeahhh... akhirnya! ya akhirnya... entry jalan-jalan ni sampai ke penghujung. dannn... penutup bagi trip ni tak lain tak bukan adalah... aktiviti menghabiskan saki-baki duit Bath yang ada dengannnn... ber shopping!
jangan tanya anies! beli apa? masa ni dah tak larat dah nak beli itu ini. sekadar tengok-tengok je. sebabnya ada barang-barang yang dijual kat sini, anies dah pernah beli masa ke Hatyai 2 tahun lepas.
lagi satu, barang-barang kat kedua-dua tempat ni, sama je. kalau kat Kaysorn ada jual keychain gajah, kat Kim Yong Market pun jual juga. harga lebih sikit kurang je.
makanan pun sama. cuma bezanya kat Kim Yong Market, gajus, kacang walnut dan lain-lain tu, boleh beli ikut timbangan yang kita nak dan ada banyak pilihan serta pelbagai gred kacang.
oh ya, masa ni hujan masih lebat lagi. hujung tahun, kawasan selatan Thailand menerima hujan lebat dan kalau salah timing, memang boleh terperangkap dalam banjir seperti mana yang viral tahun lepas. hampir 4000 pelancong Malaysia terkandas kat Hatyai disebabkan banjir besar.
well... layankan je laa foto-foto yang sempat anies snap ni yaa...
orang Malaysia kalau pergi selatan Thai, rasanya wajib kot singgah sini😂
aneka balm
tilam Toto dan beg barang-barang
korang perasan tak? kalau beli keropok Lays kat Thailand ni, rasanya lagi sedap daripada yang kita beli kat 7E / Family Mart tu kan?
aneka beg
souvenir
beg anyaman
songket Thai
boleh lepak sambil makan kat sini...
suasana depan Kaysorn... hujan lebat!
Kim Yong Market
jajan oh, jajan...
ubat dan balm di mana-mana...
👆👇kami tengah tunggu bas sampai... tak sabar dah nak jumpa buah hati balikkk...
balik KL!
dari ICQS Padang Besar kami naik prebet sapu terus ke Stesen KTM Padang Besar. masa tu tak sedar dah nak masuk pukul 3.00. anies pun cepat-cepat beli tiket Komuter dan sebaik kami tiba kat platform, tren pun sampai. fuhhh... lega!
tiba Penang Sentral sekitar 5.00++. then pergi makan sekejap. lepas maghrib, siap-siap untuk bertolak balik KL...
bas balik KL @ Penang Sentral. Alhamdulillah... perjalanan smooth dan kami tiba @ TBS sekitar 12.30 pagi. dari TBS order Grab untuk balik ke rumah.
maka dengan ini... tamatlah cerita jalan-jalan ke 5 buah negara. walaupun sebenarnya 4 negara je, tapi anies puas hati laa lebih-lebih lagi dapat merentasi 70 daripada 76 buah wilayah @ Thailand. baki lagi 6 tu, nanti-nanti laa kalau ada rezeki kelak....
BTW agak lama jugalah nak habiskan perkongsian 'series' jalan-jalan ni. almaklum laa pergi ikut rombongan. banyak tempat yang disinggah. beza sangat dengan trip DIY atau solo. tempat-tempat yang dikunjungi tak sebanyak macam pergi dengan travel agent.
both ada pros & cons nya. yang okey tu kita senyum dan warwarkan kepada orang ramai. yang tak okey tu kite simpan je laa dalam hati😁
well terima kasih kepada korang yang ikuti cerita ni. kalau ada apa-apa nak tanya fasal pakej ke, travel agensi ke, lokasi ke atau apa-apa je laa yang berkait... drop je pertanyaan tu kat ruangan komen ya...
hmm ke mana destinasi seterusnya? ada yang boleh TEKA? kalau TEKAAN korang tu TEPAT & TERPANTAS, insya Allah nanti anies bagi hadiah.
that's all for today... selamat berpuasa pada hari ke-9 Ramadan...
thanks for reading & support...
daaa


















.jpg)

Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam