November for blogger Ujie Othman / Titian Perjalanan

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bulan November ni... korang rasa... laju ke... slow? bagi anies, bulan November ni agak slow jugalah. rasa macam... eh, baru 10 hari bulan? eh, belum 28 hari bulan? gaji oooo gaji hahaha...

diam tak diam tinggal sebulan je lagi kan kita nak tinggalkan tahun 2024 ni. how time flies... apa-apa pun semoga tahun 2024 tetap menjadi sebahagian daripada kebahagian hidup kita.



well... meneruskan tradisi sama seperti bulan-bulan lepas, untuk November 2024 ni anies memilih blogger yang tinggal nunnnn jauh di utara Malaysia. siapa lagi kalau bukan blogger Ujie, pemilik blog Titian Perjalanan.

bila kita introduce blog seseorang tu, antara intipati cerita tak lain tak bukan... macam mana boleh kenal? hmm... tu dah tentulah bermula dari sesi blog walking. tapi jujurnya anies tak ingat bila kali pertama kami saling menyapa kat dunia blog ni...

kalau nak korek komen-komen yang lepas memang jenuhlah nak cari. tapi apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada blogger Ujie kerana sudi singgah sini.

then... apa yang menarik tentang blog kawan kita ni? kalau yang terbaru adalah, perkongsian blogger Ujie tentang lawatannya ke Guangzhou, China. since blogger Ujie bukan pergi dengan tour guide / pakej, so banyaklah tempat-tempat menarik yang disinggahinya di sana.

part paling anies suka bila tengok binaan-binaan kat sana seperti masjid. unik masjid kat sana. dengan dekorasinya, landskapnya selain binaan yang pastinya tak terlepas daripada budaya Cina itu sendiri.

so kalau kawan-kawan ada hasrat nak melawat ke Guangzhou nanti bolehlah roger roger blogger Ujie ya. tapi sebelum tu, make sure korang follow dulu blogger Ujie kat SINI.

okey... tu je perkongsian untuk hari ni. 
thanks for reading...
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆