Main bunga api

9:12 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Aidilfitri (musim perayaan) dan bunga api memang tak boleh dipisahkan. dari zaman kanak-kanak sampailah ke hari ini, even masa berada dalam musim pandemik sekali pun, bunga api tetap dimainkan sebab tanpanya, hilanglah keserian malam raya.

seingat anies, memang dah lama tak main bunga api. bukan sebab takut atau harganya yang semakin mahal. tapi kecewa dengan saiz bunga api yang ada sekarang. baru main sekejap, dah habis. ada tu, berkali-kali cucuh ke api. langsung tak menyala (orang kata masuk angin) haihh... tapi takkan anies nak main mercun bola pula? memang taklah! karang putus jari... tak fasal fasal susut nilai hantaran nanti😂😂😂

terima kasih Epy atas semua bunga api ni. pada mulanya si Epy ni keluar nak beli ayam. bila balik katanya ayam dah habis. yang ada bunga api je. kami yang masa tu attend open house rumah jiran terus bangun basuh tangan then balik. 😅😅😅 penangan tak sabar nak main bunga api😂😂

thanks Anor for the video. ni bunga api paling 'meriah' malam tu. yang lain-lain bunga api biasa je...

'budak tak nak sekolah' ni antara rakyat jelata yang kemain excited dapat main bunga api. sebelum ni kalau dengar bunga api berdentam dentum, celah ketiak mak dia menyorok😂😂😂

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

47 Words of Lo♥e

  1. Seems enjoyable :) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  2. Bunga api dan mercun masih mewarnai hari raya

    ReplyDelete
  3. Setuju. Bunga api sekarang tak berkualiti. Mahal tapi bila main, hidup segan mati tak mahu. Pemegang pun lembik sebab guna kertas nipis.

    Mercun tak berani nak main. Masih fobia bila teringat mangsa mercun yang hilang anggota badan. Mampu main mercun pop je. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... menyampah betul! mcm x ikhlas je jual bunga api...

      Delete
  4. Dah lama tak main bunga api. Dah tua agaknya ~~~~~

    ReplyDelete
  5. Boa noite. Parabéns pelo seu maravilhoso trabalho.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya anies..maaf zahir batin..selamat main bunga api..jangn main mercun bola tau..haha

    ReplyDelete
  7. W'salam anies.. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan.. Raya tahun ni LZ pun beli mercun dan bunga api. Saja melepaskan rindu sambut hari raya dengan anak buah main bunga api dan mercun.. Seronok juga.. Tapi memang betul apa yang anies bagitahu, bunga api sekarang kadang-kadang tak menyala, kalau menyala pun cepat habis, kecewa..

    ReplyDelete
  8. Meriah! malam beraya dengan bunga api kan...
    Anak-anak dan anak - anak sedara Mrs. A main bunga api dan jugak mercun habis beratus-ratus bapak sedaranya melayan membeli

    ReplyDelete
  9. Meriah betul bunga api tu... zumal tak sempat cari bunga api pun just tengok orang main jer maklumlah raya terkejut

    ReplyDelete
  10. ehh kata xmoh hantaran, pakai maskahwin je murr-murr., huhuhu #gurau2

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya, maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  12. simpan sikit bunga api tu nak main kat Paris nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat paghis nnt sy bawa meriam buluh...setakat bunga api mcm ni x menggetarkan jiwa sgt

      Delete
    2. Wah.. Baik bawak meriam batang paip.

      Delete
    3. dlm plan. andaikata meriam buluh x lepas imig. batang paip besi laa alternatifnya

      Delete
  13. bunga api menyerikan malam lebaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak... dah pasang pelita tu alang2 main bunga api terus

      Delete
  14. Mercun sekarang cukuplah sekadar untuk bagi anak2 feel raya tu kan. Tapi memang kejap je nyalanya tak macam zaman kita kecil2 dulu. Bunga api yang merah tu kemain lama nyalanya siap boleh eksperimen macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... dulu rasanya... sebatang 2 main bunga api dah puas dah...ni, baru nak nyalakan asik padam je. fed up jugaklah

      Delete
  15. saya sudah lama gantung mercun dan bunga api...mungkin disebabkan faktor usia semakin matang

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir batin yaa Kak anies 😁

    ReplyDelete
  17. wah zaman kecil dulu main bunga api, sekarang anak-anak tak mau main sebab dia kate takut terbakar.. hehehehe

    ReplyDelete
  18. Masa-masa main macam ni, tak lekang kerana umur, especially the little one, so cute.

    ReplyDelete
  19. Wah, meriahnya! Cantik pulak bunga api tu shoot terus dari bawah.

    ReplyDelete
  20. Rajin betul borong bunga api.
    Saya lama tidak main. Tengok orang main sahaja.

    ReplyDelete
  21. Memang kembang api susah dipisahkan dari lebaran. Apalagi ada takbiran, makin lengkap nih

    Selamat Idul Fitri, mohon maaf bila ada salah kata selama ini :)

    ReplyDelete
  22. Thanks for nice information
    Visit our site at Click Here

    ReplyDelete
  23. tak kisah la mahal ke tak janji mak2 ni belikan utk anak. tak meriah kalau tak ada bunga api

    ReplyDelete
  24. Lama owh tak main bunga api.. Harga mahal, kuantiti sikit je.. huhuhu..

    ReplyDelete
  25. Saya datang sini dekat nak raya haji.Terus feeling feeling raya ni.

    ReplyDelete
  26. Cikbunga pun. Main bunga api jugakkk😁😁

    ReplyDelete
  27. tentu seronok bila budak2 kecik dah pandai main bunga api kan

    ReplyDelete
  28. Bunga api dan musim perayaan berpisah tiada. Tak kisah perayaan apa mesti berdentam dentum bunyinya. Budak budak memang ada macam tu. Takut agaknya bunyi kuat.

    ReplyDelete
  29. tunggu raya tahun depan pula main bunga api. hehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆