Hotel Smile @ Setapak, KL

3:39 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Yeayyy... kerja-kerja BW dah pun selesai. tapi kan guys... ada blog yang tak ada link. jadi anies tak dapat nak BW macam biasa. so, korang tolonglah update dekat blogger profile tu. jangan kata nanti anies sombong tak nak 'datang rumah' korang pulak. pada hal... link dah tak ada. macam mana tu?

                                                                               >>::<<

Bulan lepas ada kursus 3 hari kat Setapak. so anies decide untuk stay kat hotel je. senang kerja! badan pun tak penat.

Hotel Smile ni bolehlah dianggap sebagai hotel bajet yang berbaloi di sekitar area KL. sebelum ni, anies pernah menginap kat Hotel Smile, Wangsa Maju

untuk 3 hari, anies kena bayar sebanyak RM297.12 untuk bilik single. Alhamdulillah, menginap kat sini nak kata best sangat tu, taklah. okay je. cuma yang tak best nya, ada suatu malam tu tengah syok syok layan movie, tiba-tiba pintu bilik diketuk!

>>::<<

"Nabil! Nabil! Nabil!" jerit suara di sebalik pintu.

anies dah berkerut kening. bila masa pula aku stay dengan Nabil ni? tanpa buka pintu, anies pun jerit dari dalam.

"tak ada orang nama Nabil kat dalam ni. saya seorang je!" (gila ke apa? nak kena tangkap khalwat ke stay dengan jantan?)

tak sampai seminit, terdengar bunyi kecoh kat depan bilik. anies malas nak ambil pusing. tiba-tiba, telefon berbunyi.

"Cik, minta maaf ya. Ada orang ketuk pintu bilik ya?" soal receptionist.

"Ha'ah. Dia cari Nabil. Pada hal saya seorang je dalam bilik ni," balas anies.

"Maaf ya, cik. Kami dah halang dia dari naik ke atas tapi dia degil," ujar receptionist lagi.

"Okay, okay," balas anies, mematikan perbualan.

                                                                        >>::<<

well tu je laa ceritanya. esok hari anies tanya receptionist, apa jadi dengan orang yang cari Nabil tu? katanya, diorang dah halau keluar. adehhh... macam-macam hal!

oh, ya! lupa nak beritahu. lokasi hotel ni berhadapan dengan Setapak Central. tapi nak melintas jalan tu, ya Rabbi... punyalah lama sebab kenderaan sangat banyak dan laju! kena hati kering sebelum melintas!

dari segi kebersihan, anies puas hati. semua peralatan berfungsi dengan baik. since menginap di bilik single, sempit tu perkara biasa. terpaksa solat depan pintu tandas. tapi anies dah standby tuala siap-siap sebagai alas. then, kalau korang nak pakej sekali dengan sarapan, korang kena tambah dalam RM10 - RM20

okey laa... layan je gambar yang ada ni.

depan hotel. ada parking di sini kalau korang datang bawa kenderaan.

ruang santai di depan kaunter receptionist.

main entrance dan kaunter receptionist (kanan).

lif. kalau nak guna (bilik) iron atau surau, make sure korang guna lif ya. jangan guna tangga. confirm tak sampai.

koridor depan bilik (bangunan sebelah). FYI, hotel ni ada dua bangunan saling bersebelahan dan dipisahkan dengan tangga dan lif di tengah-tengahnya.

anies menginap kat bilik ni.

ruang yang memisahkan antara 2 bangunan. di sebelah kanan gambar ada tangga. kotak hitam (kiri) tu water dispenser.

katil single untuk bilik single. takkan nak letak katil super king pula untuk bilik single, kan? gila ke apa?😅

bilik ni tak ada almari/wardrobe. ada penyangkut je. then, channel TV pun cuma ada 4 je. kalau nak channel banyak, sila tonton TV di rumah sendiri!😅

everything is okay dengan bilik air ni. cuma hand held bidet sprayer tu je yang 'ketat' sampai sakit tangan dibuatnya bila mencuci dalam tempoh yang lama.

pintu bilik. ada kala access card lambat detect and ambil masa untuk pintu dibuka.

well tu jelah perkongsian untuk kali. thank 4 reading.

daaaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

26 Words of Lo♥e

  1. Comel anies, nak channel banyak sila tonton tv di rumah haha.. Terkejut juga ada orang ketuk pintu.. Alhamdulillah Anies selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... nasib baik ada suara. kalau ketuk tanpa suara. lagi sereemmmm

      Delete
  2. ehh Setapak Central tu dah dekat dgn rumah...

    lain macam ejaan Royalthy Program tu...mesti menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke?
      heheeh nak nampak lain drpd lain kot?

      Delete
  3. Lindo hotel y me alegra leerte de nuevo.

    ReplyDelete
  4. Boleh lah check in untuk santai santai 🌹🌹

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum wbt. hi anies.. bw ke blog yaya ok kan? bole smpai kan? hehe
    Anies sorang je ke tu? dan2 pla ade org ketuk pintu cri Nabil pula..tp nasib baik jgk dia ketuk tu pngil nama, dibuatnya ketuk pintu tp senyap je.. haaaaa seriau temannn =p
    hati2 tau bila kelua jnjalan sorang. =)

    ReplyDelete
  6. dimanakah nabil?
    siapakah nabil?
    wahh novel misteri nih.. 😅😅

    ReplyDelete
  7. Ingat ada peristiwa seram ketuk pintu. Rupanya tetamu biasa sahaja tapi bengang juga kan. Terganggu perasaan.

    ReplyDelete
  8. Adoiii! suspen Nabil mana pulak tu hahahaa...

    ReplyDelete
  9. bini Nabil ke cari dia? nasib baik bukan momok. huhu

    ReplyDelete
  10. this hotel looks nice and comfy:)

    ReplyDelete
  11. Boa noite. Parabéns pelo seu trabalho. Fico feliz em saber que você voltou a publicação de novas matérias.

    ReplyDelete
  12. waau, tempatnya cantik ya, kamar hotelnya bagus juga

    ReplyDelete
  13. bahaya juga kalau ada orang ketuk-ketuk di hotel ini..

    kalau orang baik tak pe..bagaimana kalau orang kurang baik

    ReplyDelete
  14. Scary jugak time tengah duduk sesorang ada orang mai ketuk pintu. Pengalaman saya dulu masa tengah duk sesorang kat hotel sebab outstation, tetiba masuk mesej wechat tanya nama, umur semua. Takut jugak sebab ingat ada kamera ke dalam bilik tu. Rupanya receptionist dok buat 'look around' wechat nak kawan..huhu. Ghisau

    ReplyDelete
  15. Eh.. Eh.. Cari nabil pula dia.. Mujur Anies tak buka..
    Menarik bilik dia..

    ReplyDelete
  16. bolehlah kalau nak tido kan.. hihi

    ReplyDelete
  17. kat muar dulu mmg ada hotel yg ketuk2 macam ni.. boleh teka siapa yg ketuk? jeng2

    ReplyDelete
  18. hahaha.. kelakar pulak bab nabil tu. mcm adegan dlm drama.
    jgn serik duduk hotel sorg2 lps ni. kalau ketuk pintu tgh mlm pun jgn layan tau

    ReplyDelete
  19. Simple je biliknya. Okaylah dengan harga tersebut. Seram pulak bila ada orang ketuk pintu. Walaupun manusia sebenar bukan hantu tetap seram. Dahlah staff tu cakap dia main terjah je naik atas.

    ReplyDelete
  20. nampak cozy ya. Kalo tamu tak smile bisa kena denda tak?

    ReplyDelete
  21. Gakpapa baru BW yang penting sehat selalu. Untuk hotelnya lumayan nyaman (^^)

    ReplyDelete
  22. agak2 hotel smile ni ada lg ke tak lps covid

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆