Mai Penang

1:47 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lama tak bersiaran... tup tup keluar cerita pergi Penang. pada hal ada je cerita jalan-jalan ke Ipoh. yang tu biarlah blogger Salbiah M yang buat. ai ols dah kena sampuk penyakit malas😂😂😂

well... cerita ke Penang ni bukan cerita fasal bercuti. datang ke sini sebab ada urusan. sampai sini tengah hari, balik ke pangkal jalan tengah malam.

esoknya... badan jadi letih gila! dah macam jetleg pulak😂 dia punya penat tu sampai lapar pun tak terasa. kalau nak niat puasa sunat pun boleh😂

bila fikir balik, anies rasa mungkin sebab cuaca kat Penang ni. ya Allah.... panas yakmat! kepala naik ting tong bila (hawa) panas campur cuaca sejuk (air cond). nyaris tak muntah dalam kereta sebab at the same time perut tiba-tiba buat hal. adoiiii....

berbalik pada topik... settle semua urusan, seperti yang dirancang, 'terjah' blogger nina mads kat tempat kerja dia. 

sebelum tu anies rasa nak give up dah sebab miskol 10 kali dia tak jawab langsung. dalam hati, "ah, redah jelah" walaupun masa tu nina mungkin dah siap-siap nak balik kerja (5.30pm). ada rezeki, jumpalah. kalau tak, kita jumpa lain kali.

Alhamdulillah... akhirnya kami 'bertentangan mata' juga selepas lebih 2 tahun plus plus tak jumpa. penangan PKP kan... dalam masa sama sempat lagi kacau blogger Salbiah M (video call) sebab nina ada 'hutang Ipoh' yang tak selesai.😂😂😂😂

lepas jumpa blogger nina, barulah berkesempatan jalan-jalan makan angin.

singgah depan The Ship College @ Batu Kawan. kolej ni berbentuk kapal and kalau korang jenis yang suka berposing sakan, meh laa datang sini. lokasi dia tak jauh pun dari Ikea Batu Kawan. kalau terasa nak feeling feeling Titanic kat situ, pergilah minta kebenaran dari pihak kolej. anies tak kose nak buat! 😂😂

dari kolej kapal, kami seberang laut (ke pulau) melalui Jambatan Kedua. tujuan masuk pulau sebab nak naik highway tertinggi di Malaysia iaitu Highway Bukit Kukus yang baru dibuka pada 13 Januari lepas. highway ni tak ada tol sebab panjangnya cuma 5.5KM je. 

kami sampai sini dah gelap gara-gara terperangkap dalam jammed. tapi tak apa laa... janji dah sampai. masa tiba kat satu simpang atas highway ni, kami nampak ada orang berkumpul tepi jalan. rupanya nak ambil gambar (night scenery) dari atas highway. kami tak buat sebab keadaan tu agak bahaya.

dari highway Bukit Kukus, kami singgah restoran Kasim Mustafa. perut masih tak okay lagi tapi anies gagahkan juga makan nasi. Alhamdulillah lepas tu terus elok. dalam hati bimbang juga kalau jadi lain. nanti habis menjunam mood jalan-jalan.

selesai makan, kami jalan-jalan ambil angin sekejap kat area Jalan Lebuh Queen & Jalan Lebuh King sambil cuci mata tengok gelagat manusia dan tanglung. tak jauh dari situ ada orang bakar bunga api. mungkin sebab Thaipusam kot? kalau CNY lama lagi.

memang best naik ETS ni. bukan sahaja selesa, malah nak fikir fasal jammed pun tak sempat😂 perjalanan dari KL ke Penang dengan ETS memakan masa lebih kurang 4 jam 15 minit. tren berhenti di stesen-stesen tertentu. tiket boleh beli online atau walk in ke kaunter KTMB. (sila baca macam nada promoter KTMB)

depan kolej kapal. cantik scenery kat sini. tapi sayang... masa ni silau sangat (matahari) tu yang mata macam nak tidur je...😂😂

Highway Bukit Kukus. ni je gambar yang sempat anies snap sebab masa ni kepala dengan perut tengah sakit. so gagahkan juga tangan untuk ambil gambar walaupun tak senonoh kejadiannya😂. 

selesai semua, terus gerak ke stesen bas. masa untuk pulang😭😭😭😭 perasaan paling tak best kalau moment jalan-jalan dah sampai penghujungnya... why time flies sooooo fast?????

jumpa lagi Penang...byeeee

daaa...

p/s anies woiiiiii bila nak BW??????😡😡😡😡😡

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

42 Words of Lo♥e

  1. Ada juga cerita tentang P.Pinang. Oklah itu sekejap tapi bermakna.

    ReplyDelete
  2. Lama menyepi, keluar keluar entry Penang. Entry Ipoh sal dah settlekan dah. Ke ada lagi? hihi..jalan jalan urusan kerja pun seronok. Jauh perjalanan banyak pengalaman. Menarik gak tempat tu. Dapat posing ala Titanic best gak kan. hehehe..

    Seronok naik ETS, route dia banyak permandangan indah dan tak jammed tu paling penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah settle kot? hehehe sy belum ketuk lg pintu blog dia

      Delete
  3. Lama menyepi, keluar keluar entry Penang. Entry Ipoh sal dah settlekan dah. Ke ada lagi? hihi..jalan jalan urusan kerja pun seronok. Jauh perjalanan banyak pengalaman. Menarik gak tempat tu. Dapat posing ala Titanic best gak kan. hehehe..

    Seronok naik ETS, route dia banyak permandangan indah dan tak jammed tu paling penting.

    ReplyDelete
  4. Mesti Penang sudah semakin maju kan. Last ke sana pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  5. Selamlar Anie :) gemi şeklinde bir yapi oldukça ilginç...

    ReplyDelete
  6. WAH JALAN JAUH PI RONDA PENANG YA

    ReplyDelete
  7. untung la selalu g jejalan..kita jejalan blog org jer..hihi

    jemput baca : https://norminieza.blogspot.com/2022/01/kesan-pengurangan-tembakau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 2 thn plus cik nor terperap x g memana...

      Delete
  8. oh..nilah punca tanya pasal tiket ETS. haha. takpe lain kali boleh gi lagi. ingat ko g Penang naik kete

    ReplyDelete
  9. Interesting post my dear, thank you for sharing )

    ReplyDelete
  10. naik ketapi ets pon mcm best tuhh.. mailah doha pulak .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu wak sponsor tiket kapal terbang hehehe

      Delete
  11. Penang memang best sangat 🌹🌹

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Kita datang ni hikhik
    Wah, dah sampai ke Penang dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam jemput laa masuk hehehe dah smpi n dah blk pun hehehe

      Delete
  13. Esok dah CNY dah Anies.
    Takde gambar dengan blogger Nina pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. x dan nak ambil. dia pun dgn uniform n boot kerja dia... kejap je kami jumpa

      Delete
    2. hhehehe.. sedih tak selfie pun.

      Delete
  14. Hai Kak, Fotonya bagus. Terutama foto gedung putih itu, mirip kapal Laut!
    salam.

    ReplyDelete
  15. jumpa nina kat kilang mattel ke?

    ReplyDelete
  16. Great review and beautiful photos! :)

    ReplyDelete
  17. Perut sakit tetap snap tu betul2 gigih namanya hehe.. suka baca ksiah travel mcm ni. moga sihat selalu ya anies

    ReplyDelete
  18. Agree with you Kak Anies

    Selalu sedih saat trip berakhir
    Waktu tak terasa terlalu cepat berlalu :')

    ReplyDelete
  19. Memang dah rezekikan.. Dapat juga jumpa Nina.. Alhamdulillah..
    Mujurlah lepas makan nasi terus perut Anis sihat..

    ReplyDelete
  20. macam panas jer kat situ..

    BTW..memang nampak nampak cantik view bandar Penang

    ReplyDelete
  21. bagusnye gedung macam titanic tu..

    ReplyDelete
  22. Ada Ikea kat Penang ke? Wow..sis is taktau

    ReplyDelete
  23. nina sorang saja yg tak selfie depan kapal tu. hahaha
    ada jugak rezeki jumpa kan walaupun sekejap saja dirimu sudah pergiiii

    ReplyDelete
  24. Saya tak sabaaaaaaar sangat nak ke Penang ini kak ❤️❤️❤️. Bagi saya Penang macam second home. Terakhir kali kesana dah lama sangat 2012. Saya rasa, pas landing nanti, saya bisa terharu agaknya 🤣.

    Dah saya tulis pun nak kemana aja nanti. Hotel dah dibooking. Sengaja Deket komtar, biar puas jalan2 di sekitar area situ. Banyak kuliner dan tempat shopping 😄

    Tapi memanglah udara Penang itu beda agaknya, dengan KL. Lebih humid. Bahkan beda dengan JKT. Saya kluar semenit aja, langsung terasa gerah nya. Jakarta panas, tapi tak terlalu humid. Medan yg humid parah. Mungkin Krn Medan pun dekat dengan Penang. Jadi cuaca sama

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆