Jom bantu Bunga!

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, anies nak beritahu, Bunga yang dimaksudkan ialah seekor kucing. ya... Bunga ialah seekor kucing betina peliharaan pasangan suami isteri yang mengendalikan perkhidmatan penjagaan kucing secara persendirian yang dikenali sebagai Katsumi Petcare (sila klik link Instagram Katsumi Petcare di SINI)

last month, Bunga dihantar ke vet kerana ada ketumbuhan muscle dalam mulut / dekat rahang. selepas beberapa hari, vet benarkan Bunga pulang dan kesihatannya dipantau rapi oleh pihak Katsumi.

Bunga sedang menerima rawatan. Bunga bukan kucing yang agresif tapi ia jenis yang tak boleh disentuh sembarangan kecuali orang yang ia kenal je... kredit gambar.

Bunga tak menunjukkan sebarang tanda2 sakit sehinggalah beberapa hari lepas dia muntah dan dalam muntah tersebut ada darah.

pihak Katsumi terus bawa Bunga ke vet dan kali ni Bunga terpaka admitted. Bunga memerlukan penjagaan rapi sebab apa yang terjadi padanya adalah sesuatu yang rare berlaku pada kucing. jadi, perkara ini sedikit sebanyak merunsingkan pihak Katsumi terutama dari segi kewangan.

jadi untuk itu, dengan rasa rendah hati anies ingin mengajak kawan2 di luar sana agar kita sama2 bantu meringankan beban pihak Katsumi. kawan2 boleh hulurkan sumbangan ke akaun ini:


Maybank - 163028687076 (Puan Hanariawati)

kalau tak dapat hulurkan sumbangan dari segi kewangan, anies mohon kawan2 copy-paste entry ini dan share di mana2 akaun sosial media anda yang aktif.

atau pun bagi yang ada memelihara haiwan seperti kucing dan tinggal dalam negeri Selangor / KL, korang boleh DM pihak Katsumi di IG nya untuk dapatkan khidmat grooming, lion cut, cat sitter etc.

Bunga - ketika sihat. seekor kucing yang kuat tidur... menggeliat pun comel, kan? kredit gambar.

kita mungkin tak kenal pihak Katsumi secara personal. kita mungkin anggap Bunga hanya seekor haiwan. tapi sebagai saudara seIslam, sebagai makhluk yang sama2 tinggal di bumi ini, inilah masa untuk kita saling membantu.

mungkin hari ini mereka dalam kesempitan. esok lusa, nasib kita? tiada siapa yang tahu.

jom kita bantu Bunga!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

58 Words of Lo♥e

  1. comelnya.secomel namanya...badan pun bulat..
    Harap Bunga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...tp skrg dah susut sikit sbb skt kan...

      Delete
  2. kesiannya.minat kucing tapi xleh nak bela.keadaan x izinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe yg penting kita sentiasa perhatikan kebajikan mrk terutama stray cats

      Delete
  3. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN PERAWATAN BUNGA ..BARU NI KAWAN KAK PENULIS RUSS ASAN MENDAPAT DERMA SHBT PECINTA KUCING KERANA KUCINGNYA DILANGGAR KERETA HINGGA RAHANGNYA PATAH N LIDAHNYA TERJELIR. KUCING TU PERLU 5K UNTUK BELANJA PEMBEDAHAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sian nya... so dah dpt ke jumlah yg diperlukan?

      Delete
  4. menggemaskan sekali kucingnya ....pastinya disukai anak anak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu tapi sayangnya sekarang bunga tengah sakit...

      Delete
  5. semoga lebih ramai yang menghulurkan bantuan buat bunga..

    ReplyDelete
  6. Semoga bunga terus kuat dan kembali sembuh.

    ReplyDelete
  7. W'salam..
    Betul sangat pesanan sis anies.
    Berbuat baik sesama makhluk tak rugi pun saling bantu-membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kita kan sama2 tggl kat bumi ni jd kenalah saling tlg menolong...

      Delete
  8. Semoga Bunga kembali sihat, sedih kalau kucing mati. Tahun ni je kami terpaksa tengok kematian 5 ekor kucing peliharaan kami..semua mati sebab yang berbeza tapi sakit punca utama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn betul tu. sbb tu ada cat parents x sggp nk bela sbb x nk lalui perkara sm...hanya mrk yg melaluinya sj tahu betapa peritnya kehilangan

      Delete
  9. Uy ojala puedan ayudar al gatito. Pobrecito te deseo una buena semana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sí, ya les ayudo tanto como pude. Espero que mis amigos de afuera también ayuden al gato.

      Delete
  10. ya ampun lucu banget bunga.. semoga lekas sihat ya mbak anies..

    ReplyDelete
  11. Semoga bunga sekarang sudah sembuh dari sakitnya mbak Anies. Duh, kasihan sekali ya bunga, apalagi kucing biasanya tidak akur dengan orang yang tidak dikenal.

    ReplyDelete
  12. Semoga Bunga cepat sehat kembali dan banyak donatur tergerak membantu kesembuhannya.

    ReplyDelete
  13. por cierto lo comparti en el facebook ojala se pueda ayudar al gatito

    ReplyDelete
    Replies
    1. muchas gracias amigo. que Dios siempre te bendiga..

      Delete
  14. Alololo shiannya, Bunga! Nanti nak sharelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 semoga dana untuk bunga bertambah. terima kasih, dear...

      Delete
  15. Semoga bunga sehat kak plus klinik hewannya semakin maju

    ReplyDelete
  16. InShaAllah sama-sama kita bantu seorang RM10. Sepuluh orang dah 100 dan seterusnya.
    Ya Allah kurniakan kesembuhan pada si kucing bernama Bunga.

    ReplyDelete
  17. Semoga Bunga cepat sembuh dan sihat kembali. InsyaAllah. Aamin kak.

    ReplyDelete
  18. Teman pun ada juga anugerah seperti Bunga di rumah... Di beri nama Nana... Asyik tidur je kerjanya... Makin tembam...

    ReplyDelete
  19. Semoga Bunga kembali sihat. Cute la dia

    ReplyDelete
  20. kucing ni skrg keadaan mcm mana?

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆