Đà Lạt, Vietnam: Datanla Waterfall

11:28 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

pada mulanya anies sangka dari Clay Tunnel (boleh baca di SINI dan SINI) kami akan terus ke restoran sebab masa tu dah masuk waktu tengah hari dan perut pula mula 'berdangdut' sakan. tapi baru saja nak terlelap, kedengaran enjin bas dah dimatikan. bila tengok tingkap, eh... ni bukan restoran!

walaupun sedikit hampa, kami turun juga dari bas dan terus ke main entrance. sama seperti sebelum ni, tiket masuk sudah dibeli oleh En. Yunos (our tour guide). harga ticket pula 170K VND for adult. agak mahal jugalah sebab hanya boleh naik alpine coaster dan tengok air terjun sahaja. nak bermandi manda kat sini, memang tak boleh.

Datanla Waterfall (DW) merupakan antara destinasi wajib singgah kalau korang dah sampai Da Lat. mereka yang sukakan aktiviti2 seperti hiking dan camping, kalau mahukan kelainan sambil menikmati alam semula jadi, so DW adalah tempatnya.

kalau tak, korang layankan jelah air terjun yang ada sambil menghayati keindahan alam sekeliling.

lepas tengok air terjun, kami kembali semula ke main entrance dengan alpine coaster. tak seperti masa kami naik mula-mula tadi. kali ni smooth je dan jaraknya pun dekat je.

sebelum beredar, anies sempat jenguk kedai souvenir yang ada. sekali lagi kecewa bila tengok barang2 yang dijual. adoiiiii... rasa nak je buka kedai souvenir sendiri kat sini.

oh ya sebelum balik jangan lupa collect gambar. harga sekeping gambar 90K VND. anies beli laa sekeping sebab rasa gambar tu macam cun je 🤣🤣🤣

overall, Datanla Waterfall ni okey laa.... cuma anies kesiankan warga2 pencen ni laa... menjerit2 diorang masa naik alpine coaster tu. bila dah sampai kat kaki air terjun, nak kena memanjat tangga pula kalau nak tengok air terjun dekat2. sudahnya duduk je kat pelantar yang disediakan (tengok view dari jauh)

dan macam biasa... mestilah ada gambar kan?? cekidaut!

oh ya... kalau dari Lien Khuong Airport ke Da Lat City, destinasi pelancongan pertama yang akan korang jumpa adalah Datanla Waterfall ni lah...

ticket counter... kalau tak nak beratur, korang boleh beli online. Google je. banyak syarikat pelancongan yang tawarkan pembelian tiket untuk masuk ke sini... tapi buat masa sekarang, tunggulah sampai Covid-19 reda ya

kat sinilah tempat naik / station alpine coaster... betul2 bersebelahan main entrance... syukur time ni pengunjung tak ramai. jadi tak perlu beratur panjang...

okey, kami dah ready untuk menjerit sakan 🤣🤣🤣

video yang tak semenggah masa naik alpine coaster 🤣🤣🤣tolong maafkan si perakam... sesungguhnya dia tidak mengetahui🤣🤣🤣

kejap je naik alpine coaster ni... tup tup dah sampai kat air terjun... oh ya, korang boleh naik alpine coaster ni secara berseorangan atau by group (staf DW akan kendalikan / drive alpine coaster untuk group)

view / scenery DW dari pelantar... tarikan utamanya... tu... air terjun paling belakang... nak ke situ kena turun pelantar dulu.  then kena naik tangga. agak tinggi dan licin jugalah tangga ni sebelum kena pijak batu2 besar...

nampak tak pagar putih depan signboard tu? tu lah laluan untuk naik ke air terjun sebelah belakang tu...

nama pun air terjun, kan? so airnya memang sejukkkk... celup jari je dah ketaq😅😅

bila dah tengok dekat2, no wonder kat sini tak dibenarkan bermandi manda. selain airnya deras, kawasan yang sesuai untuk mandi / berendam agak kecil / sempit. tambah pula banyak batuan licin... risiko cedera / terjatuh adalah tanggungjawab sendiri ya...


nampak rendah tapi sebenarnya tinggi...

air ni mengalir terus ke bawah gunung / bukit / gaung...

view pelantar dari kawasan air terjun...

ni lah air terjun utamanya...

rel alpine coaster... now it's time to say good bye...

kiosk untuk collect gambar... 

update: ni laa gambarnya... size 12R kalau tak silap dan setiap gambar akan dapat folder khas...


tu je laa cerita jalan2 untuk hari ni. lepas ni, anies tuju ke mana pula? tungguuuu

thanks 4 reading.
happy weekend!
daaaa

p/s belum sempat nak BW ke 'rumah' korang... sabar ya...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

63 Words of Lo♥e

  1. Memang air terjun menjadi port wajib untuk singgah, selain view nya yg cantikkk, kena tengok juga sesuai ke idok nak mandi... Temoat tue mamang air nyer deras dan bertingkat tingkat... Batu banyak tue beb👆
    Sian warga emas kena dok tepi jew kan... Dah ler penat nak panjat tue🙄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik tim... air terjun ni cuma utk perhiasan mata je...

      tu lah kesian kt warga emas ni...tp nk buat cm ne...reda je laa

      Delete
  2. Memang betul-betul jalan sampai lapar.
    Macam mencabar sahaja naik alpine coaster.

    ReplyDelete
  3. curam sangat air terjun dia.patut la tak boleh mandi. Tak sesuai sebab sempit.Boleh tengok2 je la ye..

    ReplyDelete
  4. nak naik nie,
    kena tggu lama jgk
    org selalunya ramai...

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan air terjun tu..
    Makin laparlah Anies waktu nie.. Betul-betul melawat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahap kebuluran da ni hahaha

      Delete
    2. kemain pemandu pelancong punya tentatif.. Pulun habis melawat.. hehehe

      Delete
    3. tu lah... tp secara personal tmpt2 yg dibawa agent ni supposed utk yg 'berkaki kuat'... do u understand? heheheh

      Delete
  6. airnya deras sekali ... itu masih pegunungan terlihat sungai yang tak begitu lebar pastinya airnya jernih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. memang deras. dan memang jernih. boleh nampak ikan berenang2 di dalamnya.. ;-)

      Delete
  7. RALIT TENGOK AIR TERJUN YG CANTIK

    ReplyDelete
  8. Enak banget mbak Anies naik Alpine coaster, cuma harganya mahal ya 170k VND.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kalau pergi personal mungkin saya tak masuk ke sini haha

      Delete
    2. dah lama mas Agus berkomentar di sini, mas ;-)

      Delete
  9. Bom dia. Tudo lindo e maravilhoso. Parabéns. Bom final de semana.

    ReplyDelete
  10. alpine coaster tu cam best kak tapi rel dia mamcam menakutkan pula. takpe, yang penting enjoy kan kak. huhu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu esp time tiba kat kona adehhhh nk tercabut jantung dibuatnya hahaha

      Delete
  11. Muy bella cascada, quisiera conocerla. Te mando un beso y te deseo un buen fin de semana

    ReplyDelete
    Replies
    1. entonces deberías venir a Da Lat pronto... quiero decir, después de que la pandemia desaparezca

      Delete
  12. Wadidaawww .. asik banget ini lokasi air terjun keren dilengkapi jet coaster ..
    Kebayang serunya jejeritan sambil lihat air terjun dari ketinggian 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tua yang menjerit-jerit, mas. saya relaks sahaja hahaha

      Delete
  13. Nak naik alpine coaster juga... nak jerit2 juga... ahaks!

    ReplyDelete
  14. Uwwwwwwaaaaaaaaa seru banget, kak Anies😭😍😍😍itu sih beneran bikin fresh pikiran. Wahananya menggoda iman kwkwkw. Terasa pengin ke sana. Sayangnya jauh sekali :(

    ReplyDelete
  15. 170k Dong Vietnam cukup mahal ya kak, tadi saya tengok kat Google, itu setara dengan 108k Rupiah Indonesia.

    Kalau makanan halal disana, macam mana? Susah atau tidak, kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab alpine coaster tu yang jadi mahal...

      saya ada share fasal makanan halal...

      https://aniesandyou.blogspot.com/2020/02/a-lat-vietnam-restaurant-fatimah.html

      Delete
    2. waah gitu, terimakasih informasi nya

      Delete
  16. Kemaaiin kak Anies niiii haha 😄 Bila nak ajak Hana sekali yee? Hahahah takdelah gurau jeee ;)

    ReplyDelete
  17. Nice photos for a great review :))     

    ReplyDelete
  18. Cantik betul tempat ni dengan air terjun tu. Piknik pun best ni. Rare pulak tu ada roller coaster kat air terjun. Cambest pulak naik alpine coaster. Boleh beli tiket online okaylah kan tak perlu nak beratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best. tpi kalau nak naik alpine coaster yg best, pergilah Vinepearl @ Nha Trang. tu laagiiiiii 10x ganda best. siyes tak tipu

      Delete
  19. Destinasi wisatanya cocok nih melepas penat dari rutinitas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sukakan alam semula jadi boleh datang ke sini ;-)

      Delete
  20. Bestnyaaa....nak naik ni jugak! 😆

    ReplyDelete
  21. Bestnya naik coaster sambil pusing taman tengok pemandangan pokok2, kat Malaysia takde lagi kan coaster pusing dalam taman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya belum ada. selalu ada kat theme park je or fun fair hehehehe

      Delete
  22. Kak anies, akupun ingin naik alpine coaster macam ini, ingin jerit2 keras tanpa ada yang marah2 heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom! tapi lepas covid berakhirlah ya ;-)

      Delete
  23. Dah lama tak baca kisah travel Anies. Banyak dah saya missed. Kena study dari mula ni ;)

    ReplyDelete

  24. deberías venir aquí pronto ;-)

    ReplyDelete
  25. Tak la tinggi sangat air terjunnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tinggi part plg hjg sblm air lps ke bwh gunung... sayup2 je dr jauh

      Delete
  26. Videonya singkat sangat..
    Photo-photonya cantik!

    ReplyDelete
  27. Wah cantik dan mendamaikan jer. Lepas ni nak cari air terjun area Selangor, teringin berendam 😂

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆