✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
fuhhhh lama betul tinggalkan cerita jalan-jalan ke Da Lat ni. sampai dah nak habis tahun pun tak selesai2 juga 🤣🤣🤣 come on, anies! you can do it! aja aja fighting!
sebelum tu just nak beritahu, untuk entry Clay Tunnel ni, anies buat 2 bahagian. part 1 & part 2. ni disebabkan gambar terlalu banyak. kalau sumbat semua takut jammed pulak blog kesayanganku ini. hahaha...
okey, kami ke Clay Tunnel (CT) a.k.a Clay Sculpture Tunnel a.k.a Dalat Sculpture Museum di pada hari kedua kami @ Da Lat. selepas je bersarapan kat Restoran Fatimah (boleh baca kat SINI), bas yang kami naiki terus ke sini.
perjalanannya terasa amaattttt jauh disebabkan ia jalan berbukit dan satu lagi, sebab speed limit kat Vietnam ni yang cuma boleh capai 60/per hour... ko rasa berkematu tak punggung acik anies ko ni? 🤣🤣🤣🤣
sepanjang perjalanan, kami memang dihidangkan dengan pemandangan gunung yang cantik. tapi yang tak tahannya, selekoh maut laa... kalau bawa motor bike sure boleh buat kona baring 🤣🤣🤣🤣🤣...
sebaik sampai di CT, perkara pertama adalah cari toilet 🤣🤣🤣... yelah, dah makan/minum banyak sebelum bertolak, haruslah membuang kan?
lepas tu, barulah kami berkumpul untuk membeli tiket masuk. since tiket dah dibeli oleh En. Yunos (our tour guide) jadi kami cuma berkumpul untuk bergambar seketika. lepas tu barulah masuk ke dalam kawasan CT ni. oh ya, entrance ticket for adult adalah 60 000 VND.
kenapa dinamakan Clay Tunnel? sebab semua sculpture di sini diperbuat daripada tanah liat. ada macam2 jenis. patung manusia, patung haiwan, binaan, replika kapal terbang, replika kenderaan dan banyak lagi. pendek kata kalau yang kaki IG sure tak lepaskan bergambar sakan kat sini.
cuma yang tak best nya CT ni adalah, ia kawasan berbukit. means, sekejap kena panjat tangga, lepas tu kena turun. nak turun pula dia punya tangga kemain tinggi lagi! sampai satu tahap, anies dah give up sebab penat asyik memanjat je kerjanya...
but sorry to our rombongan esp. yang bertongkat. kesian diorang nak turun naik tangga. kalau salah langkah memang boleh tertumus ke tanah! serius beb! sebab tu jugalah kami berada kat sini agak lama sebab memberi ruang untuk yang bertongkat ni menjelajah satu CT.
overall, CT ni bagi anies okey laa untuk bergambar dan berposing sakan. kalau setakat datang nak tengok2 je, rasa macam tak berbaloi sebab apa yang dihidangkan cuma sculpture daripada tanah liat. but since kami pergi ikut travel agent...hmmm redho je laa... 🤣🤣🤣
so macam biasa mestilah ada gambar kan?
check it out!
main entrance... pintu gerbang tu pun diperbuat daripada tanah liat juga...
sculpture naga ni adalah sculpture pertama yang korang akan nampak sebaik sahaja masuk ke CT ni. ia turut berfungsi sebagai fountain...
dari main entrance, nilah laluan yang akan bawa korang menyusuri CT. masa turun, nampak landai je. bila nak balik, dah rasa macam mendaki... fuhh... kiri dan kanan memang penuh dengan pelbagai sculpture daripada tanah liat
berapa banyak sculpture haiwan yang korang boleh nampak dalam gambar ni? acu kira hehehe
macam anies cakap tadi... kalau kaki tak kuat, maaf laa... tak payah pergi sini pun tak apa... tangga tu curam tau!
'lorong' yang menghala ke kanan tulah kami masuk (main entrance) amacam? rasa nak datang tak ke sini?
tu cuma replika gereja je...
ada yang beria naik motor semata2 nak berposing hahaha ya, motor tu pun diperbuat daripada tanah liat
jet tentera yang tak boleh terbang selama-lamanya hahaha... nampak vespa tu? besar tau saiz dia. nak naik pun rasa seram hahaha
air terjun tu real. tapi pokok bunga tu fake hahaha tu pun sculpture juga...
pada masa akan datang mungkin kawasan ni dah boleh dibuka kepada pengunjung. so makin besar dan panjanglah CT ni untuk diterokai...
jangan tanya anies, sculpture kat sini berinsiprasikan daripada apa. sebab anies tak ada jawapan untuk tu. kalau nak kata inspirasi daripada movie Hollywood, tak juga. yang pasti banyak sculpture rare boleh dijumpai di sini...
boleh bayangkan tak macam mana diorang buat semua sculpture ni?
ya betul... yang terukir kat dinding bukit tu pun diperbuat daripada tanah liat juga... memang artis berkemahiran tinggi je yang diupah bekerja di sini...
okey penat dah turun naik panjat tangga. cahaya matahari makin terik tapi cuaca di sekeliling dingin. sebabnya kawasan ni berada atas gunung...
part 2 akan menyusul nanti... stay tuned!
thanks 4 reading.
daaa...