Skydeck @ Hatten City, Melaka Raya

2:59 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

pertama sekali, nak minta maaf kat kawan2 sebab tak BW. sebenarnya dah tak tahu lagi nak beri alasan apa. hanya termampu minta maaf je laa...

kedua, nak dapatkan momentum untuk berblog tu... aduyai... entahlah... lately rasa macam tak cukup masa je. ya Allah... apa laa nak jadi dengan anies ni...

tapi apa2 pun blog kena 'kasi nyawa' juga. tak boleh biar lama2. bulan 1 hari tu, Google Adsense kasi surat cinta emel suruh improved kan traffic... aduhhhh...

okey laa... anies sambung balik cerita kami berplaying tourist. lepas mandi dan bersiap, anies dan mak cu terus turun ke tingkat bawah di mana terletaknya kaunter untuk ke Skydeck.

FYI, kat skydeck ni korang boleh jamu mata melihat pemandangan sekitar bandar Melaka. sebelum ni anies pernah naik The Shore (boleh baca kat SINI) dengan arwah alang, dan masa tu The Shore kiranya jadi tempat paling tinggi kat Melaka untuk menikmati panorama indah.

tapi laa ni, Skydeck dah ambil alih. tapi tak kisah laa mana-mana pun, janji kami dapat naik Skydeck ni FOC!

ya betul. kami dapat naik FOC sebab kami menginap kat Hatten Place Hotel. so, semua pelanggan Hatten Place boleh naik Skydeck tanpa sebarang bayaran!

kalau bukan pelanggan hotel, kenalah bayar. so, bila dah sampai ke puncak, perkara pertama yang kami rasa adalah.... sejukkkk!!!

ya tuan tuan dan puan puan sekelian. cuaca sangat sejuk sebab angin yang kuat. almaklumlah, Skydeck ni tepi laut. so menderu-deru dia punya angin. nasib baik tak tercabut tudung.

since orang tak ramai, puas jugalah kami bergambar dan bervideo. so kalau korang datang ke Melaka, jangan lupa singgah Skydeck ya... (dah macam promoter Skydeck laa pulak)

boleh nampak ke tak? kalau datang ke sini during weekdays, bayaran yang dikenakan adalah RM20 per person manakala pada weekends adalah RM25 per person.

kaunter tiket. kalau korang pengunjung hotel, just isi details and tunjukkan kunci bilik. tapi make sure korang belum check out lagi ya. sebelah kanan, lif untuk naik skydeck yang terletak di tingkat 42!

dah sampai di puncak. jom nikmati pemandangan bandar Melaka dan kawasan sekitarnya!


ni laluan ke bahagian kanan skydeck yang juga tempat berlindung dari angin kuat hahahaha

kalau rasa nak terkucil...

ada info di dinding skydeck. mostly ia tunjuk nama kawasan2 berdekatan


macam anies cakap tadi, Skydeck ni tepi laut...

boleh nampak Pulau Besar

ada restoran kat sini... tapi buka waktu malam je

bahagian kiri skydeck yang menghadap laut...

restoran...

dalam restoran...

sebelum balik jangan lupa singgah kedai cenderamata Skydeck... 

dalam kedai cenderamata... harga kat sini ikut standard pelancong...

view Skydeck dari bilik kami... tak ubah macam Marina Bay Sands, Singapore...

terpaksa bergambar duduk sebab kalau berdiri, memang sah2 tak jadi sebab tudung 'tak betul' sebab angin hahaaha

video ringkas

okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. sekali lagi anies minta maaf sebab tak dapat BW.
thanks 4 reading... daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

56 Words of Lo♥e

  1. mcm menarik je tempat skydeck ni leh amek sunset yg chantekk., ;p

    ReplyDelete
  2. Pemandangan dari bandar Melaka cantik!

    ReplyDelete
  3. Şehir manzara fotoğrafları sevdim 😊 güzel bir haftasonu seninle olsun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bir gün buraya gelmelisin ... seni bekliyorum ;-)

      Delete
  4. Wowww view dr atas keren sekali mbak anies

    ReplyDelete
  5. Ni kira attraction baru dekat Melaka la kan?

    ReplyDelete
  6. Saya yang tinggal di Melaka pun belum pergi lagi. Satu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. cantik sungguh tempat nie...

    boleh masuk list untuk dilawati nanti

    ReplyDelete
  8. pintar kak anies take photo, view dari atas tampak indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera buruk mas, ambil gambar yang seadanya saja...

      Delete
  9. jika ada rezeki nak je pi ke sini. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  10. Memang syok dapat tengok view dari tingkat yg tinggi, walaupun gayat :)

    ReplyDelete
  11. Menarik juga ni klu jln2 weekend.. boleh juga ke sini nanti. Thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm blk kg johor nnt bolehlah singgah sini ;-)

      Delete
  12. Hermoso lugar, me enamorado te mando un beso

    ReplyDelete
  13. waaaahhh bestnya! nak kena try pegi jugak nanti nih hehehe

    ReplyDelete
  14. Sejak bila ada skydeck kat Melaka nih!
    Apsal Mrs. A yang duk dekat ni tak tahu ni ehh!
    Terima kasih Anies atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sy pun baru tahu. kalu tak duduk hotel ni mmg langsung tak tahu hehehe

      Delete
  15. tak apa tak dapat BW kak anies. sehat selalu yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mas sebab sudi komen di sini walaupun saya tak sempat BW selalu

      Delete
  16. suka nak ke Melaka ni. tapi tu lah.. kalau pegi weekend tu jem ler bebeno. now pulak lagi lah panaih.

    ReplyDelete
  17. tk pernh smp lg..slalu tgk kwn2 update pi melaka singgah sini

    ReplyDelete
  18. Amazing betul pemandangan!! ;)

    ReplyDelete
  19. cantik.. satu lagi alsan untuk kembali ke Melaka.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla nk dtg tu skrg tgh cuti sekolah ni ;-)

      Delete
    2. InsyaAllah bila dah reda covid-19 ini.. hehehe

      Delete
  20. Dah la.timgin nak duk sini mmg cantik.tempat dia

    ReplyDelete
  21. Wow, cantik ya pemandangan dari bandar skydeck, apalagi tarif masuknya cukup murah cuma 20 Ringgit Malaysia saja.😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas... bila mahu datang ke sini? ;-)

      Delete
    2. Mahu mbak Anies, tapi tidak ada doku nya aku.😂

      Delete
  22. Mantap, lihat indahnya pertemuan antara laut dan darat.
    Videonya bagus, sepertinya angina sangat kuat.

    ReplyDelete
  23. Saya juga minta maaf belum sempat BW lagi Cik :)

    Saya paling suka pemandangan ke arah laut. Serasa lepas dan lapang, memberi efek meredakan stress

    ReplyDelete
  24. wahhh ingatkan sky tower the shore tu satu2nya yang konsep skydeck..rupanya ada yang lain juga..

    ReplyDelete
  25. eh baru tahu hatten ada skydeck. foc sekali menginap kira okaylah dengan harganya tu. pasni nak try lah stay ni. Tq share anis. suka suka suka :)

    ReplyDelete
  26. xperlu rasa guilty kalau x jenguk blog kawan2.. sbb kita kdg2 ada urusan lagi penting. dahuluu kan yg hakiki okay..

    ReplyDelete
  27. Wah menarik ni tapi rasa seram nak naik 🤭

    ReplyDelete
  28. Oh, baru tahu melaka ada skydeck. best tuh. huhu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆