#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #SmallFoot

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Migo secara tidak sengaja terjumpa dengan small foot selepas terjatuh ke suatu lembah. penemuan singkat dengan small foot itu dikhabarkan kepada penduduk kampung. akibatnya dia diusir kerana menyampaikan berita palsu.

rakan2nya, Meechee, Gwangi, Fleen dan Kolka rupanya ada rancangan untuk meneroka apa yang berlaku di bawah awan. lalu mereka menyuruh Migo untuk melengkapkan ekspedisi tersebut.

rancangan itu berjaya dan akhirnya Migo sampai ke bumi. di bumi pada masa sama, Percy sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah rancangan TV berkenaan dengan haiwan dan alam semula jadi.

secara tidak sengaja Percy bertemu 'yeti' yakni makhluk purba yang pernah wujud sewaktu ketika dahulu. pertemuan Percy dengan yeti (Migo) mencetuskan huru-hara antara kedua2 pihak kerana salah faham serta penggunaan bahasa berlainan.

bagaimana keduanya mencapai kata persetujuan? berjayakah Migo membuktikan kepada 'kaum yetinya' bahawa small foot benar2 wujud? bagaimana pula dengan Percy? adakah rancangannya berjaya?

komen:

kalau dah nama filem animasi sudah pasti ianya menghiburkan dan Small Foot tidak ketinggalan. lebih menerujakan Small Foot juga sebuah filem muzikal dan hampir semua lagu2 yang didendangkan sedap2 belaka. nanti boleh carilah OST filem ni!

masa mula2 tengok trailer anies sangkakan filem ni adalah kesinambungan filem Ice Age. tapi sebenarnya tidak. barangkali cuma idea Ice Age sahaja diambil tapi bukan jalan cerita.

sususan plot begitu tersusun. begitu juga dengan aksi / dialog lucu. walaupun bukan dari awal hingga akhir kami ketawa, yang pasti ia benar2 menghiburkan.

filem ini juga membawa mesej bahawa manusia dan haiwan perlu hidup harmoni untuk kestabilan dan kelangsungan alam.

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐. filem ini masuk panggung wayang hari ini, 27 September 2018.

2 pass premiere diberi oleh budiey.com. mendongak ko bila dapat seat paling depan. terkehel leher mak yang jinjang ni noks!😆😆😆 btw, terima kasih budiey. jangan lupa follow budiey di:

IG /budiey
twitter /budiey
youtube /Budiey27
Google+ /budiey

antara babak2 dalam Small Foot:

Migo menunjukkan kepada Garry yang small foot benar2 wujud...

Gwangi yang terlajak excited...

Meechee dan rakan2nya sedang berbincang tentang rancangan mereka...

'Small foot' seperti yang didakwa Migo - mereka bertentanan mata buat kali pertama dan dari sinilah Migo percaya yang small foot benar2 wujud...

spesies anak2 yeti sedang berkumpul...

credit gambar

official trailer. credit video.

selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

29 Words of Lo♥e

  1. menarik. comel jer cerita ni. hehe

    ReplyDelete
  2. anak2 pasti suka tengok movie ni...

    ReplyDelete
  3. Adoi.. comel betul filem ini.. Bawa anak-anak tengok wayang, best nie..

    ReplyDelete
  4. Macam happening jer.. cerita ni baca reviews Anies rasa macam nak tengok jugalah

    ReplyDelete
  5. haha teringat zaman malaysia ada big foot dulu pulak ^^ best ni kena tgk

    ReplyDelete
  6. citer karton dekat wayang macam ni ambo nak layan :D

    ReplyDelete
  7. best yea kartun ni..bolehlah tengok

    ReplyDelete
  8. Ahahahaha..macam best je. Small foot tu kita lah kan? :D

    ReplyDelete
  9. Fuhh.. cerita mcm ni mmg anak2 terutamanya compem nak tengok. Bolehlah sat time nanti tengok sefamily.

    ReplyDelete
  10. baru tengok minggu lepas memang kelakar

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆