Nantou, Taiwan: Sun Moon Lake - SML pass + SML Ropeway

1:24 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Salam September everyone! walaupun dah 4 hari berlalu... tapi mem besar tetap nak menyapa juga... hahaha... harap2 semuanya sihat dan berbahagia selalu...

mem besar sebenarnya ada je kat bumi Malaysia ni... tak ke mana2 pun. 'hilang dari radar' sebab mama masuk hospital. so faham2 jelah situasinya... Alhamdulillah, dia dah sihat. yelah... minggu depan dia nak pergi makan angin, kalau tak sihat tak tahulah... hahaha...

hmm macam biasalah... kalau terasa nak ketuk keyboard ni, tak ada benda lain melainkan menghabiskan cerita jalan2 Taiwan ni. suka ke tak, malas ke tak.... kena update juga sebelum semua memori dalam kepala ni lenyap hahaha...

dan sama seperti sebelum ni, entry ni adalah sambungan daripada entry INI. silalah skodeng ya. jangan malu2...

hari kedua kami di Sun Moon Lake (SML)...

lepas sarapan, kami terus ke Shuishei Visitor Center (SVC). perkara pertama yang kami nak dibuat kat sini adalah membeli SML pass.

SML pass ni boleh je nak beli secara online. kemudian, redeem je kat mana2 kaunter / stesen bas.

SML pass ni ada macam2 jenis. terpulang pada bajet masing-masing. selain SML pass, pihak Taiwan Tourism turut menyediakan pass untuk tempat2 menarik yang lain seperti Chingjing Farm pass, Alishan - SML pass, Alishan pass dan banyak lagi.

pass ni tentu saja dapat membantu korang berjimat baik dari segi pengangkutan, shopping dan lain-lain.

so, untuk kami pula, kami pilih SML pass yang paling murah dan berharga NT400. (harga tanpa pass lebih kurang NT780 seorang)

insya allah next entry anies akan share lagi kegunaan SML pass ni.

ni laa SML pass. kat belakang tu, kaunter untuk membeli SML pass, tiket bas dan juga tiket bot. lokasinya di tingkat satu SVC. oh, ya... kaunter ni dibuka pada 8.30 am ya...

ada 4 kupon berlainan (sebelah kanan) untuk SML pass berharga NT400. kami juga diberi jadual perjalanan bas di SML...

bas dah bersedia nak bawa kami ke SML Ropeway...

kupon dikoyakkan dan diganti dengan tiket setelah kami menaiki bas. untuk kupon bas SML, ia hanya boleh digunakan untuk sehala je. jadi sila rancang perjalanan anda sebaik-baiknya ya sebelum menggunakannya...

suasana dalam bas...


bas bertolak dari SVC pada pukul 8.50 pagi. penumpang pun tak ramai sangat.

sepanjang jalan nak ke SML Ropeway, kami dihidangkan dengan sisi menarik SML. ada kawasan SML airnya biru, ada kawasan SML airnya hijau... pendek kata, tak jemu mata memandang.

bas yang kami lalui turut melewati beberapa tempat menarik seperti Wen Wu Temple Park, Songbailun Natural Park etc. kalau korang nak berhenti, tak jadi masalah. yang jadi masalahnya adalah nak tunggu bas seterusnya hahaha...

kira2 15 minit perjalanan, bas pun berhenti di stesen SML Ropeway. turun je bas, macam biasalah, harus snap beberapa keping gambar.

then kami terus masuk ke stesen, masa tu tengok orang ramai dah beratur panjang. sementara nina ke toilet, anies terus masuk Q. tiket ropeway kami tak payah beli sebab kami kan dah ada SML pass. just tunjuk je pass kat staff bertugas.

SML Ropeway ni menghubungkan SML dengan Famosan Abroginal Culture Village (FACV). FYI, SML ni didiami penduduk asli Taiwan. kalau tengok muka diorang, memang tak sama langsung dengan majoriti penduduk Taiwan yang lain. muka diorang sama macam muka orang melayu. kulit sawo matang dan tak sepet.

so, untuk menghargai adat dan budaya mereka, pihak kerajaan Taiwan mendirikan satu perkampungan khas untuk para pelancong yakni FACV. kalau tak nak naik ropeway, korang boleh je naik bas yang disediakan untuk ke FACV. tapi kebanyakan pelancong ke SML mereka pasti akan naik ropeway untuk ke FACV.

SML Ropeway ni bagi anies lebih panjang dari cable car di Langkawi. tapi view dan scenery-nya hampir sama. dapat tengok hutan belukar yang indah serta tasik yang membiru.

kami satu cable car dengan pasangan dari Indonesia. kami berbual sekejap je lepas tu masing2 ralit bergambar. orang tengah teruja dia dah tak peduli kiri kanan lagi. hahaha...

dari stesen ropeway ke FACV memakan masa lebih kurang 20 minit. tiba di entrance FACV, kami just merayau2 je kat situ. nak masuk FACV kena bayar. since SML pass kami tak termasuk entrance fee FACV, lebih kurang 15 minit kat situ, kami pun naik ropeway semula. sama macam tadi, just tunjuk je SML pass.

sebelum tiba SML Ropeway, bas akan melewati beberapa tempat menarik. antaranya Wen Wu Temple Park... kami tak masuk just snap gambar dari dalam bas je...

dah sampai... ni main gate SML Ropeway station... sebelum masuk, sempat bergambar kat sini sekejap...

halaman (taman) dan parking lot depan stesen SML Ropeway...

main entrance SML Ropeway...

kena beratur panjang sebelum dapat naik cable car ni...

perlahan-lahan cable car meninggalkan stesen...

view dari atas ropeway...





tetiba rasa macam berkabus tapi tak kabus pun...dingin je...

kami dah sampai kat FACV... tengok  dari luar je...

pastu cuci-cuci mata kat sini... kami tak beli apa2 pun... souvenir pun sama je macam kat kedai2 SML...

berpatah balik untuk naik cable car, kembali ke stesen SML Ropeway...

hai kak...serius semacam je... tertelan biji asam jawa ke?😆 OTW balik kami berdua je dalam cable car...

dah sampai stesen SML Ropeway... ni view belakang stesen SML Ropeway...

video dalam ropeway... baru nak update😆


ke mana kami selepas ni? tungguuuu...

thanks 4 reading...daaaa

p/s sambung BW😊

Kisah Silam Untuk Masa Depan

30 Words of Lo♥e

  1. wah.. best.. bila la agaknya ada peluang nak ke sana.. ermmm

    ReplyDelete
  2. Halo, kak Anies.
    Kabarku baik seperti doa kak Anies di kalimat pembuka artikel.

    Menarik ya naik bus ini melewati sejumlah lokasi wisata ..., bisa cuci mata pemandangan 😁

    Foto duduk di cable car diberi caption ' serius, seperti menelan asam jawa ' ...., hahahaha ... bisa aja sih kaaak 😂
    Bagus kok fotonya.

    ReplyDelete
  3. cantik view dari kabel car tu..:)

    ReplyDelete
  4. panjang nyer citer Taiwan ...tapi best ..mana lar tahu satu hari nanti ciktim tersesat kat sane.... leh pi ket webpage anies;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrp2 cik tim akan tersesat ke sana 1 hari nnt ;-)

      Delete
  5. Kalau 20 minit dalam ropeway, kira lama la kan? Berapa altitude gain dia?

    ReplyDelete
  6. wah senangnya kalau saja bisa jalan-jalan

    oh ya ibunda sakit ya? Alhamdulillah kalau sudah sehat semoga sehat selalu ya

    ReplyDelete
  7. Wah wah. Naik cable car kat Taiwan pulak akak. ^^

    ReplyDelete
  8. bila dah kat atas awan tu rasa menarik je tengok view kat bawah. langit biru buatkan kita rasa tenang je kan. thanks sudi kongsi

    jom singgah www.lubukseni.com bebilerr free

    ReplyDelete
  9. wah best berjalan yaa...
    singgh sini ya

    btw,ni puisi saya..

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/09/buatmu-bernama-cinta.html


    dari hati untuk si dia yg bernama cinta...huhu

    ReplyDelete
  10. cute la kakak tu walaupun seyes :D

    ReplyDelete
  11. Kalau kita yang pi sana, mesti orang ingat kita orang asli sebab warna kulit tu dah sama >_<

    ReplyDelete
  12. tempat fav yang nak repeat kalau mai Taiwan lg. hahaha

    ReplyDelete
  13. menariknye...cable car mcm genting....cantiknye view...

    ReplyDelete
  14. Pemandangnnya indah sekali. Kalau dikampung saya cable car itu namanya kereta gantung.
    Ayo buat video youtube, biar lebih seru pengalaman travelingnya.

    ReplyDelete
  15. bagus pihak taiwan sediakan perkampungan khas utk pelancong. Tentu mudah mencari makanan halal di situ..

    ReplyDelete
  16. Sebelum ke SML Ropeway memang keren-keren pemandangannya, bisa tuh kalau buat foto-foto dulu. Penasaran pengen naik cable car. Takut nggak ya..he

    ReplyDelete
  17. Cantiknya pemandangan dari atas. Kalau zumal memang gayat la

    ReplyDelete
  18. Bestnya naik cable car.. mesti nyaman udara kat atas tu.. seronok :)

    ReplyDelete
  19. Bestnya sekali sekala dpt tengok pemandangan hijau..

    ReplyDelete
  20. walaupun sejenis yang gayat dan penakut.. tapi suka naik cable car hahaha tapi dalam tu duduk senyap jela kejung hahaha. btw not bad harga pass tu. still mampu milik and jimat banyak dari harga walk in =)

    ReplyDelete
  21. kena sihat acik nak pi jalan tu.. insyallah bersemangat acik nak jalan cepat sembuh =)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆