Ayutthaya, Thailand: pekena nasi khomok (gomok?)
10:30 am
✿...السلام عليكم✿
Thailand 1
Thailand 2
Thailand 3
Thailand 4
sila ketik ya bapak2 ibuk2 sekelian alam... 😃
Usai program kat Saraburi, perut kami dah start berdondang sayang. ingatkan Cek Wan nak bawa kami ke restoran kat area Saraburi ni... rupa2nya sampai ke Ayutthaya dibawanya kami! dah tu bukannya dekat! rasanya sejam plus plus juga laa kami melangut dalam bas tu. dah tidur, terjaga semula pun tak sampai2 lagi... aduyaiii... mana laa tempatnya ni...
kami sampai Ayutthaya masa tu baru lepas hujan lebat dan masih renyai2 lagi. maka bertambah keronconglah perut ni...
dan akhirnya bas berhenti jua kat depan...
restoran ni! fuhhh... cepat2 kami turun. memang lapar sangat2 dah ni. tengok jam, dah nak hampir pukul 3pm! okey, anies... share location! the exact location memang anies tak tau laa... tapi kata Cek Wan, lokasi resto ni masih berada alam bandar Ayutthaya. landmark restoran ni senang je nak cari. DEPAN KOMPLEKS MAHKAMAH AYUTTHAYA. kalau2 yu ols sampai dah sampai Ayutthaya kelak, panjang2 kan laa kaki ke restoran ni ya...
ni laa nasinya. nasi khomok (gomok or cromok... entah yang mana satu... tak kisah laa janji ada bunyi mok mok kat hujungnya tu hahaha) nasi khomok ni macam nasi ayam tapi nasi / beras dia tu, guna beras wangi Siam okey! dan rempah2 yang dia masukkan dalam nasi tu macam rempah beriyani tapi rasa bukan beriyani. ada faham tak? then ayam dia tu, dimasak sekali dengan nasi. rasa dia? fuhhhh... memang THORBAEK!! terpejam2 kami makan sampai bertambah2. dah laa tengah kebuluq, memang tak pandang kiri kanan. masuk mulut... tup tup dah sendawa... alhamdulillah...
nasi khomok ni judu dia dengan sup pedas ni. nak kata pedas sangat tu tak laa...sedang2 je. boleh hirup sampai licin mangkuk ko... oh ya...yang warna putih tu bukan kentang tapi bawang ya... dan nasi ni juga dijudukan dengan sambal mak ko hijau. sambal ni memang pedas terangkat. tapi sebab ada rasa masam2 sikit, licin jugak laa kami belasah! hahaha...
selesai makan, kami diberi 'dessert'. perrghhhhh... ni memang rojak THORBAEK yang pernah anies makan seumur hidup ni. SERIUS!! yang jadikan rojak ni sedap adalah kuah kacang dia yang memang tak terasa langsung kacang yang ditumbuk tu... dan... KEREPEK KELEDEK UNGU!!! yang lain2 tu...macam yu ols nampak dalam pic ni laa.... perrghhh sambil taip ni, tengok rojak ni rasa nak pergi Ayutthaya sekarang jugak!!!! arghhhhh..... kenapalah kita dipertemukan kat Ayutthaya wahai rojak??? kenapa tak kat KL????
masing2 khusyuk hadap juadah masing2... senyap je masa ni...perut tengah lapar kan... kena pulak makanan sedap...perrghh...
hanya mampu snap bandar Ayutthaya dari dalam bas sebab masih hujan lagi...
so, kalau yu ols baca entry ni dah merancang nak ke Ayutthaya, personally anies sangat2 recommend restoran ni untuk yu ols singgah. memang sangat2 berbaloi dengan Bath yang dileburkan tu... harga sepinggan nasi khomok? maaf laa.... since kitorang pergi guna pakej, so lunch ni dah kira sekali dengan pakej. tapi rasanya tak sampai 200 Bath untuk sepinggan nasi khomok ni...
kalau nak rate 2 makanan ni, anies beri 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟 hah, ambik ko! 😋😊
so... welcome to Thailand... the beautiful island... kata Sherry al-Hadad... hahaha...
40 Words of Lo♥e
Mesti sedap sgt nasi khomok tu sampai anies xsedar kak ada kat sebelah anies heh..heh.. gurau je
ReplyDeleteperghh..sdap nasi khomok tu..:)
ReplyDeletejie mkan kat kelantan nasi khomok tu..mmg sdp..
ReplyDeletekalau kat siam lagi sdp kot..huhu
telan air liur je tgk thailand ni :(
ReplyDeleteBlogwalkin ku pg ni mengharapkan untuk tidak jumpa post makanan...tapiiiii apakah ini??? adehhh la...
ReplyDeletelapar plak tengok gambar makanan tu !!!! hahahah~
ReplyDeletetu dia banyaknya bintang..jom Anies g lagi..hehe
ReplyDeleteoiii teringin aku nak rasa rojak tu nok...
ReplyDeleteSaya memang tak berpeluang ke sana.
ReplyDeleteDapat baca kat sini jadilah.
sedapnya...
ReplyDeletejudu tu apa ek?
ReplyDeleteayutthaya ni femes dalam buku sejarah tapi tak ingat die femes pasal apa hehe
judu tu maksudnya dipadankan...
DeleteWow bestnya makanan..kalau pi sana boleh singgah..in sha Allah
ReplyDeleteWow bestnya makanan..kalau pi sana boleh singgah..in sha Allah
ReplyDeletepunyalah banyak bintang, Anis.
ReplyDeletejauhnya nak gi makan, bila balik dah lapar semula :)
ok, 1st time dengar nama nasi tu.. hahaha
ReplyDeleteboleh gemuk tak makan nasi khomok nih.. hehehe
ReplyDeleteKirim nasi khomok satuuuuuu! Haha
ReplyDeleteDapat makan selain masakan Melayu.. Best juga kan. Dapat merasa..
ReplyDeletebest selera thailand ni, kena dengan tekak kita
ReplyDelete
ReplyDeleteHi Anies, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
kali pertama dgr nama makanan ni
ReplyDeleteAmboi! banyaknya bintang ini mesti sedap giler....nih!
ReplyDeleteBerbaloi-baloilah kiranya duk dalam bas lama nak ke situ ya...
makanan thai memang mudah kena dengan selera kita
ReplyDeletebanyaknya bintang.
ReplyDeleteSedap pulak akak tengok nasi ghomok tu Anis..
ReplyDeleteMkn time lapor..
Mmg licin lah ye.😊
mmg la makanan thailand selalu kena dgn tekak
ReplyDeleteNampak mcm best je makanan tu.. lebih2 lagi klu berjln jauh, dpt makanan mcm tu kat tmpt org.. fuhhh.. mmg terbuka selera... :)
ReplyDeleteSaya selalu jugak pergi thai tapi tak jumpa pun nasik khomok.
ReplyDeleteNak cuba lh bila gi sana nanti.
Thanks
panggil nasi khomok ek. pelik juga bunyinya. tp selera thai boleh masyuk dgn selera kita
ReplyDeletekalau ke thailand mesti makan ala-ala masakan di malaysia juga kan...tapi katanya rasa di sana lebih sedap betul ka?
ReplyDeletePpeerrgghhh..nasib baik bw sambil lunch..kalau tak..terliur jadiknya tgk nasi tu
ReplyDeletePpeerrgghhh..nasib baik bw sambil lunch..kalau tak..terliur jadiknya tgk nasi tu
ReplyDeletedapnyerrrr
ReplyDeletesedapnya masakan Thailand kan
ReplyDeleteMakanan thai semua sedap la kan..
ReplyDeletekita p hatyai lg jommmm hahahaha
Deleterasa macam pernah rasa sebelum ni masa ada food festival di QB Mall...macam nasi ayam tapi rasa nasi beriani
ReplyDeleteorang kata makanan thai ni sedap
ReplyDeletehahahha sherry mmg kelakar.. itu lah makanan thai memang lain. nis kalau teringin nk mkn sgt sila godek2 restoran yg betol2 Thai pnya mesti ad kt KL tu
ReplyDeletesana tiang letrik kalau tak serabut bukan nama thailand. haha
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆