#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #Nerve

10:48 am

✿...السلام عليكم✿

Yeahhh... 1st movie for August!

mmm... macam mana nak mula ek?

rasanya, elok kita perkenalkan laa dulu siapa Emma Roberts ni... bagi kaki movie, rasanya dah kenal kot budak pompuan ni. dia ni anak menakan Julia Roberts. memang cantik macam mak cik dia tapi dari segi lakonan, hah, yang tu dia kena belajar banyakkk lagi.

tang hero pulak, Dave Franco ni memang tak asing lagi laa untuk peminat2 movie Now You See Me 1 & 2. gandingan Emma dan Dave untuk filem ni, pada anies so - so je. mungkin lepas ni kalau mereka bergandingan lagi, filem tu boleh kebabom.

okey, meh anies cerita sikit sinopsis filem ni.

anies rasa laa kan filem ni hadir 'tepat pada masanya' di mana sekarang orang kita sana sini situ sinun cakap pasal Pokemon Go. dan filem ni, mengangkat tema 'kegilaan game online' di kalangan remaja atau lebih tepat lagi, pengguna smartphone.

Venus a.k.a Vee (Emma) pada mulanya tidak mempedulikan game yang diberi nama Nerve ini. tetapi, setelah dia berasakan dirinya asyik diperlekeh oleh rakannya, akhirnya dia menyahut cabaran dan mendaftar sebagai seorang player dalam Nerve.

Nerve memberi option kepada penggunanya sama ada mahu menjadi watcher atau player. jadi, Vee mesti menyahut setiap cabaran yang ada. setiap cabaran ditawarkan wang tunai dengan jumlah tertentu. para pemain dikehendaki merakamkan cabaran dengan smartphone mereka dan rakaman itu akan dilihat oleh ribuan 'watcher Nerve' yang lain. 

lagi ramai watcher, lagi tinggi kedudukan seorang player. dan Vee, dari suka-suka join Nerve, akhirnya tanpa sedar dia terlibat dalam perkara yang tidak disangka-sangka sehinggalah dia dan Ian (Dave) terpaksa bertarung dan menentang antara satu sama lain hingga melibatnya nyawa!

adakah Vee berjaya mengalahkan Ian? apakah tindakan Ian untuk menyelamatkan Vee daripada dibunuh?

ulasan:

filem ni memang best. sangat best. first, sebab anies suka sangat dengan jalan ceritanya yang sangat teratur. dari awal hingga akhir, penonton dapat menghayati setiap mesej yang disampaikan. even kalau yu ols bukan pengguna smartphone pun, you ols boleh memahami apa sebenarnya perangkap yang cuba diketengahkan oleh Nerve tanpa disedari.

dari satu plot ke satu plot yang lain, dapat digarab dengan baik meskipun tidaklah 100% sama dengan apa yang diceritakan menerusi novel asalnya. oh, ya! bagi yang tak tahu, filem ni adalah adaptasi daripada novel karya Jeanne Ryan.

cuma 1 yang kureng bagi anies tentang filem ni. 'kejadian' yang berlaku sepanjang cerita ni berlangsung cuma dalam tempoh semalaman sahaja... errkk... since dari Vee register sebagai player sampai laa saat dia hampir dibunuh, semuanya berlaku dalam tempoh yang singkat...oohhh... tak boleh terima ;-(

btw, daripada 5*****, anies beri 4****. mesti tengok tau!!

filem ni akan menerjah pawagam seluruh tanah air bermula hari ini (Khamis = 11.8.2016)

terima kasih kepada pihak budiey.com di atas 2 pass tayangan perdana Nerve ini.

antara babak menarik dalam Nerve:

Vee sedang mengambil gambar pasukan bola sepak kegemarannya.

Vee menunjukkan kepada kawannya bahawa dia sudah mendaftar sebagai salah seorang pemain Nerve dan bersedia untuk menyahut cabaran yang diberi.

Vee kelihatan agak marah terhadap kawan baiknya Sydney yang seolah-olah mencabar maruahnya.

Ian dan Vee, selepas menamatkan cabaran paling 'ngeri' Nerve

gambar kredit
trailer. credit. 

selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

17 Words of Lo♥e

  1. kalau 4 star ko bagi, maksudnya best la citer ni..boleh tgk ni...

    ReplyDelete
  2. MENARIK FILM NI SLMT MENONTON PADA YG BERMINAT

    ReplyDelete
  3. salam.
    singgh lawat jap sini..

    wahh da tgok dah dier citer NERVE ni..
    yaya kne tgok trailer dlu bru leh decide nk g tgok ke x..
    hehe..klo menarik bnyk aksi bru best..^o^

    ReplyDelete
  4. nampak macam menarik jalan ceritanya =)

    ReplyDelete
  5. tgk dlm triller mcm best, xtau pulak heroin ni ank menakan julia robert, patut cantik jugak.. selalu jugak tgk dia berlakon dlm cerita omputih teens..hoho..kena tgk ni..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya heroin filem ni. Tak pernah dengar pun namanya. Tak tahu sangat kalau pelakon luar negara ni. Hehe. Boleh cuba tengok nanti kalau ada masa lapang =D

    ReplyDelete
  7. Wahh.. ada masa nak gi tengok jugak lah... thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  8. ha ha ha ... comel tul anies

    ReplyDelete
  9. Vee tengah amik gambar team Liverpool ke tu? hehe..nak tengok nanti!

    ReplyDelete
  10. muka pom ade iras julia robert tu

    ReplyDelete
  11. Nak tengok. Tapi entah bilalah. Haha.

    ReplyDelete
  12. Ni klu masuk TV , mmg menghadap le my anak buah tgk ...

    ReplyDelete
  13. lawa dh anak sedara pelakon roberts ni.. adik james franco pun apa kurangnya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆