#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #CentralIntelligence

12:41 pm

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis ringkas:

Bob (nama panggilan untuk Robbie Weirditch - The Rock) telah 'dicampak' ke tengah dewan dalam keadaan bogel oleh rakan-rakannya. ketika itu, sedang berlangsung satu majlis (hari terakhir persekolahan) dan Golden Jet (nama panggilan untuk Clyane Joyner - Kevin Hart) sedang memberi ucapan. Sebaik sahaja melihat keadaan Bob, Golden Jet terdiam dan kaku berbanding ratusan rakan-rakannya yang lain yang begitu galak mentertawakan Bob.

20 tahun kemudian, Central High School Class of 1996 akan mengadakan satu malam reunion. tatkala melayari FB alumni tersebut, Joyner mendapat 'invite' daripada Bob Stone. Sebaik sahaja dia menerima 'invite' tersebut, berlakulah satu demi satu peristiwa yang tidak terjangka oleh Joyner sehingga membawanya kepada satu masalah negara yang teramat besar.

siapakah Bob Stone? bagaimana nasib Joyner selepas berkenalan dan bertemu dengan Bob Stone?

my review:

keseluruhan, filem ni bersifat santai dan tidak 'memerlukan otak untuk diperah' semata2 untuk mengetahui apa yang terjadi pada next plot. cuma yang akan menjadi tanda tanya kepada penonton adalah, pada satu dua babak, Bob Stone dilihat seperti seorang magician. dan sehingga ke akhir cerita, tiada 'penerangan khusus' mengapa dan bagaimana Bob Stone boleh menjadi magician sedangkan pada hakikatnya dia bukanlah seorang magician.

anies sukakan lakonan Kevin Hart yang lebih selamba dan santai berbanding lakonan The Rock. The Rock dalam filem ni anies tengok dia macam struggle untuk melakonkan 'sisi' lucu dan 'macho'. ianya bagai dibuat2 sampaikan satu ketika, 'rasa malas' nak tengok part yang melibatkan The Rock.
peminat2 The Rock jangan marah ek... ni sekadar pandangan anies je... lain orang lain pandangannya, rite.

overall, cerita ni OKEY untuk ditonton.

daripada  5*****, anies beri 3***.

filem ni akan masuk pawagam seluruh tanah air pada 16. 6 2016 (ESOK).

terima kasih kepada pihak budiey.com yang sudi memberikan 2 pass tayangan perdana ini.

antara babak2 menarik dalam #CentralIntelligence.

Joyner dan isterinya, Maggie sedang menghadiri kelas terapi rumah tangga bersama Dr. Dan. tetapi tanpa pengetahuan Maggie, Dr. Dan yang berada di hadapan mereka adalah Dr. Dan palsu.

Golden Jet dan Bob sedang merancang untuk mencuri private jet sebelum bertolak ke Boston.

Joyner dan Bob bertemu pada kali pertama.

Joyner yang terperangkap ketika diserang oleh Black Badges.

Bob dan Jet ketika berada di sekolah lama mereka, sehari sebelum majlis reunion bermula.


trailer

Kisah Silam Untuk Masa Depan

12 Words of Lo♥e

  1. The Rock selalu berlakon movie genre macam ni. Rasanya cam tahu ending dia cemana, hehe :D

    ReplyDelete
  2. Wow.. menarik... terbaik ni Anies... :) :)

    ReplyDelete
  3. cerita ini pasti best kalau tengok sorang-sorang..kalau dengan teman wanita kurang feel sebab tak ditonjolkan elemen cinta

    ReplyDelete
  4. Wah..untung la anies dapat tengok dulu
    Tak aci ni

    ReplyDelete
  5. klu the rock berlakon , memang filem best ... anis blh minta alamat tak ... heeee

    ReplyDelete
  6. wah...macam best je...mesti kelakar...

    ReplyDelete
  7. Hari inilah show mula ya...
    Okay jugak cerita macam ni santai dan happy.
    Amboi! mengata The Rock nampak...

    ReplyDelete
  8. Lamanya x tgk wayang citer omputih ni anies...

    ReplyDelete
  9. Nice review awak :) Menarik kalau The Rock berlakon. Biasa filem dia tak pernah mengecewakan :)

    ReplyDelete
  10. wooo ni citer The Rock.. tunggu kawan donlod la.. nak tngk gak ni..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆