Ho Chih Minh, Vietnam: Blue River Hotel

12:43 pm

✿...السلام عليكم✿

Okey, meh sambung semula cerita kat HCM.

HCM part 1
HCM part 2

sila laa klik tanpa was-was okey!

entry kali ni, nak share pasal hotel laa... since hotel ni di booked sama2 dengan tix flight, harap2 dengan entry ni, sapa2 yang 1st time ke HCM and 'ter booked' hotel ni, boleh laa buat panduan sket2...

kata tour guide, bila kami beritahu tentang lokasi hotel ni, dia cakap area ni selalunya jadi tumpuan mat saleh. 

memang betul! bila kami balik hotel, memang terjumpa ramai laa mat saleh jalan2 kat area ni. tapi sepanjang kami stay kat hotel ni, tak de laa pulak jumpa orang mabuk ke or something else... okey je...

mungkin sebab kurang familiar, masa nak cari hotel ni, tour guide kami tu pening laa sket...

hotel ni terletak di sebelah belakang bangunan. means, ianya tidak menghadap jalan utama. so kena laa menapak sket lepas turun dari kenderaan.

lagi satu, ianya agak jauh sikit dari Ben Thant Market. jauh sangat tu tak ada laa... boleh je jalan kaki. lebih kurang 1.5KM je jaraknya.

okey, moh laa tengok keadaan hotel ni.

view dari hadapan hotel. kalau tak silap, ada 4 tingkat. sorry tak ada lift. kena naik tangga ;-)

bangunan hotel. pic ni daripada Farah kot... lupa... ada bilik yang mempunyai balkoni...

ni bilik anies dan nina sepanjang 3 hari kat HCM. nak kata besar tak sangat. nak kata kecik pun... tak laa kecik sangat. boleh laa kalau nak berguling2 atas lantai (apa kejadah nak berguling atas lantai kannn)

kemudahan lain? okey, ada Wi-Fi, air cond, locker, safety locker... dan barang2 yang korang nampak dalam pic di atas... oh, ya! plus bilik ni bersih and kami puas hati dengan tahap kebersihannya.

tandas yang bersih! i looiikkeee! ada heater, shower and of coz, ada toiletries ;-)

apa lagi ek pasal hotel ni?

oh ya... receptionist 24 hours. make sure, sebelum korang keluar jalan2, ambil name card hotel daripada receptionist tu. so, kalau2 korang naik 'teksi kerajaan', korang beri je name card tu and driver akan bawa korang ke hotel tersebut. sebabnya, driver teksi kat sana tak fasih / faham English. BM apatah lagi....

oh ya, hotel ni juga provide breakfast. tu pun kalau korang masukkan dalam pakej laa... breakfast ni halal ke tak, sorry, anies tak tau ;-) sebab kitorang makan kat luar.

lagi satu, tinggalkan kunci kat receptionist bila nak keluar. untuk apa? untuk keselamatan kot! kami ikut je... tapi bagus juga sebab kalau hilang mana nak cekau kunci oiii...

okey tu je.... sori, pic tak banyak... mungkin nanti kalau nina up entry, dia akan attach pic2 hotel ni banyak2...agak nyer laa... ;-)

kalau ada soalan tentang hotel ni, drop je kat ruangan komen ek!

daaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

17 Words of Lo♥e

  1. Kalau dapat bilik kat tingkat yang atas sekali letih nak naik tangga tu anis.

    ReplyDelete
  2. NAMPAK SELESA BILIK HOTELNYA TINGGAL BERDUA OK LA TU

    ReplyDelete
  3. hahahaha... lantai pun bersih berkilat, xmuat nk guling masuk bawah katil

    ReplyDelete
  4. Assalamua'laikum dan Salam Ramadan.. Bestnya dapat travel.. Reen jalan-jalan sambil komen dan follow blog Anies. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Anies...lama x jenguk blog anies...jalan sakan rupanya

    ReplyDelete
  6. hotel macam nih dikira berapa bintang ek kat sana? kena tinggalkan pasport tak? saya menginap kat hotel jalan utama dan agak tak jauh dr pasar ben tan...teringat kenangan di vietnam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st day je kn tggl kn passport pastu tggl kn kunci je..

      rs nyer dlm 3*** kot

      Delete
  7. seleesa hotel nya? nampak selesa

    ReplyDelete
  8. Toilet bersih antara benda trpenting kalau nak book pginapan. :)

    ReplyDelete
  9. Bersih dan selesa... mmg ok sgt klu mcm ni...

    ReplyDelete
  10. Tinggalkan kunci, tak macam bahaya ke?
    Ke lagi bahaya bawak kunci keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ok je rs nyer ms tu. lg pn sng diorg nk kemaskn bilik

      Delete
  11. nmpk luas...n mmg bersih...

    ReplyDelete
  12. Tandas dan bilik yang bersih itu penting.. Baru kita akan selesa kan :)

    ReplyDelete
  13. murah sngt2 dah tngk Nina cakap rege tiket ngan hotel skali.. terbaikla..

    ReplyDelete
  14. puas hati stay kat hotel ni..bersih dan tilam bantal pun sedap..hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆