#sistersthemovie terima kasih #beautifulnara

12:05 pm

✿...السلام عليكم✿


Synopsis ringkas:

Kate (Tina Fey) dan Maura (Amy Poehler), 2 beradik yang tinggal berjauhan, terpaksa pulang ke kampung halaman setelah ibu bapa mereka mengambil keputusan untuk menjual rumah mereka. Kate dan Maura tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berasakan rumah tersebut penuh dengan childhood memories mereka.

Ketika berada di rumah tersebut, mereka merancang untuk mengadakan parti, dengan tujuan untuk membuat kerosakan terhadap rumah tersebut. Dengan itu, pembeli rumah tersebut pasti akan membatalkan niat mereka untuk memilik rumah itu.

Parti berlangsung dengan meriah, ditambah pula dengan kehadiran rakan-rakan sekolah mereka. Tatkala parti sedang berlangsung, Kate; yang ketika itu sedang menganggur, tiada duit dan tiada tempat tinggal; menerima panggilan daripada ibunya. Kata ibunya, jika rumah tersebut berjaya dijual, maka sebahagian daripada duit penjualan itu akan menjadi milik Kate!

Mendengarkan berita itu, Kate terpaksa memberhentikan parti yang sedang berlangsung. Maura yang ketika itu sudah hilang entah ke mana, menambahkan lagi kepanikan Kate. Dan pada masa yang sama, rumah tersebut, sudah hampir 50% mengalami kerosakan!

Dapatkah rumah itu diselamatkan? Bagaimana Kate dapat memberhentikan kerosakan tersebut? Adakah Maura akan menerima permintaan Kate agar parti itu dihentikan?

Daripada 5****, anies beri 4****.

Filem ni dah masuk wayang pada 17 Mac yang lalu.

Komen:

Jalan ceritanya santai dan lucu. Tapi, agak kurang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana skrip yang dilontarkan kebanyakannya 18SX! Pun begitu, filem ini sarat dengan hubungan keakraban dua beradik. Meskipun timbul konflik antara Kate dan Maura yang melibatkan anak Kate, namun mereka kekal sebagai adik beradik yang ngan, lucu dan sempoi.

Kalau yu ols perlukan cerita santai atau nak rehatkan minda, this movie is highly recommended to watch.

Terima kasih kepada pihak Beautifulnara.com yang memberikan 2 pass tayangan filem ini. 

p/s Amy Poehler, juga merangkap sebagai penerbit eksekutif untuk filem ini.

antara babak2 menarik dalam Sisters:

Kate dan Maura terkejut apabila melihat bilik mereka yang masih dipenuhi barang2 sedangkan di bahagian (rumah) yang lain sudah kosong...

aksi Kate dan Maura sewaktu bertemu bekas rakan sekolah mereka (musuh ketat Kate sebenarnya)...


trailer

Kisah Silam Untuk Masa Depan

10 Words of Lo♥e

  1. nampak memarik sgt filem ni utk ditonton.

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya dpt 2 pas free... menarik... :) :)

    ReplyDelete
  3. dah lama tak tengok wayang.. kena online je lah. heeeee

    ReplyDelete
  4. la hai.. dah lama tak datang sini..mencari cari button komen ko dik..

    ReplyDelete
  5. wahhhh bestnya dapat tengok tayangan free hihihihi... nampak macam baca review dari anies ni

    ReplyDelete
  6. alaa bestnya anis dpt tgk movie free je..

    ReplyDelete
  7. Sinopsis macam best. Nak kena cari ni. :)

    ReplyDelete
  8. jalan cerita dh nampak best tp skrip lucah. lebih kurang mcm jupiter ascending dgn deadpool la. nasib tak tgk. ehhee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆