Thai lakorn : สุดสายป่าน (Soot Saai Pan)

10:29 am

✿...السلام عليكم✿

Zaman layan Thai lakorn (drama Thai) ni dah lama berlalu. Kalau dulu, tiap2 petang mesti menebeng depan tv tunggu hero hensem and heroin cantik beraksi. Lepas tu, bila drama Korea ambil alih, Thai lakorn terus dilupakan...  ;)

Bebaru ni, lepak2 sambil layan tenet, entah macam mana terbuka hati nak tengok Thai lakorn ni. Cari punya cari, terjumpa laa drama yang diterbitkan pada tahun 2013 ni.

Pelakon2nya memang sorang pun anies tak kenal. So, layan laa sekejap 2-3 episod.

Masuk episod ke 8, dah tak boleh stop. Argghhh... drama Thai ni macam ni laa... klimaks cerita kat episod tengah2. Aduiii... tak cukup kat rumah, lepas kerja sambung tengok. Ekekeke...

Okey laa... anies share sikit sinopsis drama 17 episod ni.


poster drama. credit.

Thiti (lakonan Toomtham Yuthana) jatuh cinta dengan Gaandawasi (sebenarnya Gaandamani - lakonan Vill Wannarot Sonthichai) sewaktu mereka berada di Prajuap. Tanpa diduga, Gaandawasi meninggalkan Thiti tanpa pesan dan menghilang selama setahun.

Selepas setahun, Thiti bertemu semula dengan cintanya, Gaandawasi (yang sebenar). Malangnya, Gaandawasi tidak mengenali siapa Thiti.

Beberapa peristiwa berlaku, akhirnya Thiti dan Gaandawasi berkahwin. Tidak lama kemudian, muncul seorang perempuan mirip Gaandawasi dan memperkenalkan dirinya sebagai Gaandamani.

Gaandamani memberitahu Thiti bahawa dia terpaksa menggunakan identiti Gaandawasi ketika mereka bertemu di Prajuap atas sebab2 tertentu dan meninggalkannya tanpa pesan kerana masalah keluarga. Thiti yang mula jatuh cinta demgan isterinya, Gaandawasi berasa serba salah dengan kehadiran cinta pertamanya itu.

Banyak konflik yang berlaku hingga menyebabkan ramai yang terbunuh dan terkorban di tangan saudara kembar seiras ini.

Siapa sebenarnya dalang disebalik pembunuhan ini? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Khun Thiti? Gaandamani or Gaandawasi?


Gaandamani (kiri) dan Gaandawasi. kedua2 watak ini dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Vill Wannarot Sonthichai. credit.

Dari 5 bintang, anies beri 4 1/2 bintang. Cerita ni bukan setakat best, tapi disebabkan non stop conflict menjadikan kita tertanya2 apa yang terjadi selepas itu.

Lakonan Vill sebagai Gaandamani dan Gaandawasi memang superb. Tambah pulak Vill ni...alahaiii... cantiknya dia... dia ni bukan mix ye...dia anak jati Thai. Boleh tengok kat SINI.. Orangnya pun muda lagi.

Heronya pun boleh tahan hensem. Cuma lakonannya kurang mantap pada awalnya dan di akhir2 episod barulah terserlah ‘bakat’ lakonannya.

Pelakon2 supporting pun hebat2 belaka. Tapi paling anies suka, bapa kepada Gaandamani dan Gaandawasi. Khun Wisaet. Dan tua pun hensem hahahaha…

Well, kalau yu ols nak layan lakorn ni, boleh klik kat SINI. Don’t worry, lakorn ni ada subtitle. Insya Allah, English yang digunakan masih boleh difahami (ada sesetengah drama / movie, subtitle nyer…alahai… macam nak baca buku sastera Inggeris!) lebih lanjut pasal drama ni, klik kat SINI.

Khun Gaandawasi dan Khun Thiti di hari perkahwinan mereka... comel kan? credit.

Okey tu je untuk hari ni. Selamat menonton!


Kisah Silam Untuk Masa Depan

23 Words of Lo♥e

  1. Entah kenapa dah hujung2 usia ni, kakcik malas sangat nak menonton. Kadang2 tengok anak layan drama melayu bersiri pun rasa nak marah...

    Dilwale tu pun dah berapa kali download tapi tengoknya idak...

    ReplyDelete
  2. dulu ky pun rajin melayan Thai Lakorn ni..pelakunnya pun lawa dan hencem..

    ReplyDelete
  3. gandamani (kiri) tu memey chantekk., hehe2

    ReplyDelete
  4. oii mcm best je citer ni...aku mmg suka layan citer thai..tapi movie seram la...
    lagi satu aku suka citer horror dan suka nak tahu siapa dalang mcm dalam citer ni la...hehe...

    ReplyDelete
  5. klu tak silap saya , dulu kat tv3 ada drama thai . saya mmg suka drama thai . drama thai sama dgn drama korea . jln ceritanya straight je terus sampai klimaks . tak mcm drama indon , filipine , latin yg dah nak sampai klimaks , tetiba ja keluar watak baru lah , wujud masalah barulah ... tu yg beratus episod tak sudah ... grrr .

    ReplyDelete
  6. dulu drama thai la yang kita layan tetiap petang.sampai terkejar2 nak balik kerja awal nak tengok drama thai..

    ReplyDelete
  7. Wahh.. best gak layan citer siam ni.. saya klu yg gaduh2 dan kelakar mmg feveret.. :) :)

    ReplyDelete
  8. nice sharing. sy tak berapa layan filem/drama thai hihi

    ReplyDelete
  9. Kalau jadi Thiti, kita mestilah pilih isteri sendiri kut. Dah kahwin kan? First love tu biarlah kekal sebagai kenangan. Ecewah ! Haha.
    Betul tak pilihan Thiti?

    ReplyDelete
  10. jarang kami tengok citer thai

    ReplyDelete
  11. cantik-cantik pelakon thai ni yer :)

    ReplyDelete
  12. Memang cun dan cantik..

    Ditambah lak pandai berlakon lagi la menghidupkan watak kan.

    ReplyDelete
  13. Farah layan drama Hindustan jer tiap2 petang kat zee channel.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Drama bersiri paling susah nak ikut. Tapi zaman sekarang canggih dah boleh Download semua siri

    ReplyDelete
  15. Mak dah lama x sempat nak tgk tv...huhu

    ReplyDelete
  16. Mrs. A sebelum layan Korea sekarang ni, layan cerita Indon time tu suka sangat dengan Baim Wong hiks!

    ReplyDelete
  17. nampak macam best ni kena layan nanti

    ReplyDelete
  18. cantik-cantik pelakon thai :)

    ReplyDelete
  19. lama tak layan cerita siam.. huwaaa
    memang lawa2 depa ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆